Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Panduan Permohonan UPU 2018 untuk Semua Lepasan Permohonan!

Panduan Permohonan UPU 2018 untuk Semua Lepasan Permohonan!

Zik · Mar 25, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

Kepada yang menanti panduan permohonan UPU 2018, berikut kami kongsikan panduan mendaftar kali pertama dan memohon kali pertama. Untuk mendaftar anda tidak perlukan nombor Unik ID BSN tetapi untuk membuat permohonan anda wajib mempunyai nombor Unik ID. Apabila sistem permohonan dibuka pada 5 Februari (dah masuk pun), anda boleh membuat pendaftaran kali pertama, selepas itu bolehlah pergi beli no unik ID BSN dan buatlah permohonan lengkap.

http://upu.mohe.gov.my/web/

PERMOHONAN DAFTAR KALI PERTAMA

Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama apabila sistem permohonan UPU dibuka pada 5 Februari 2018  :\

  • No Kad Pengenalan
  • Alamat E-mel
  • Nama Ibu
  • Kata Laluan (pastikan kata laluan senang diingati)
  • Kod Keselamatan
  • Soalan Keselamatan Profil Akaun

 

PERMOHONAN KALI PERTAMA

Jika mahu memohon, pemohon wajib memasukkan lima (5) item berikut untuk mengemukakan permohonan kali pertama. Pastikan anda telah membeli no unik ID BSN sebelum membuat permohonan :

  • No. Kad Pengenalan/MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan
  • No. Unik ID (beli nombor pin di BSN mengikut kategori masing : SPM/Setaraf, STPM/Setaraf)
  • Jenis Permohonan
  • Program Pengajian (buat pilihan mengikut susunan)
  • Kategori (pilih kategori mengikut kelulusan, rujuk gambar kategori dibawah)

 

KATEGORI SPM/SETARAF

Kategori A : Pemohon Lepasan SPM 2017

Kategori B : Pemohon Lepasa SPM 2016 atau 2015.

KATEGORI STPM/SETARAF

Kategori A: Pemohon Lepas STPM TAHUN 2017, Aliran Sastera

Kategori S : Pemohon Lepasan STPM Tahun 2017, Aliran Sains

Kategori T: Pemohon Lepasan STAM Tahun 2017 dan 2016.

 

Kategori N: Aliran Sains BMKPM/PASUM/ Asasi UiTM

Kategori P: Aliran Perakaunan BMKPM

Kategori U: Aliran Undang-Undang Asasi UiTM.

Kategori K : Aliran Kejuruteraan UiTM

Kategori L: Aliran TESL Asasi Uitm

Kategori J: Aliran teknikal BMKPM

Kategori E:

Kelayakkan Diploma DKM/DLKM/DVM/Lain-lain Diploma:

(E1)- DKM /DLKM

(E2) -DVM

(E3)- DILPOMA LL

kATEGORI F :

(F1)- A level

(F2) – IB

(F3) – Sekolah Sukan

(F4) STPM

(F5) MATRIKULASI KPM/ASASI

F6 (STAM

F7 -AUSMAT.SAM/CPU

F8- Foundation ipts

Kategori G:

Kelayakkan Diploma UA/Politeknik

(G1) -Diploma UA

(G2) Diplima Politeknik

kemasukan upu, borang masuk upu,

PERHATIAN : Untuk lepasan STPM (bukan tahun semasa), STAM (2015 dan ke bawah), Matrikulasi KPM/ASASI (bukan tahun semasa), permohonan adalah dibawah LEPASAN DIPLOMA/SETARAF, KELAYAKAN SETARAF, KATEGORI F.

Sekiranya anda telah mendaftar dan ingin membuat kemaskini dan semakan, anda boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat. Berikut kami kongsikan carta aliran permohonan mengikut setiap lulusan :

 

CARTA ALIRAN SPM/SETARAF, STPM/SETARAF, MATRIKULASI KPM/ PASUM/ Asasi UiTM

 

 

 

CARTA ALIRAN PERMOHONAN DIPLOMA/SETARAF

 

Suka juga diingatkan, kepada lepasan SPM/Setaraf, sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan nanti, anda dinasihatkan untuk mengemaskini semula pilihan program pengajian bersesuaian dengan kelayakan akademik yang diperolehi. Ini bagi memastikan permohonan anda tidak ditolak kerana gagal memenuhi syarat kelayakan am dan khas program pengajian yang dipilih.

Untuk lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi pula, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan kali pertama tetapi pemilihan program pengajian hanya boleh dibuat mulai 8 Februari 2018. Hanya program pengajian yang sesuai dengan kelayakan akademik yang dimasukkan sahaja yang akan terpapar dalam senarai pilihan. Sekiranya, program pengajian yang ingin dipohon tiada dalam senarai, bermakna anda tidak layak memohon.

FASA PERMOHONAN LEPASAN MATRIKULASI KPM/ PASUM/ Asasi UiTM

Bagi lepasan matrikulasi/asasi, terdapat 2 fasa permohonan. Fasa 1 bermula sama seperti pemohon yang lain. Pilihan kursus yang terpapar adalah berdasarkan kepada markah peperiksaan semester 1 yang dimasukkan dalam sistem permohonan.

Selepas keputusan peperiksaan akhir keseluruhan yang sebenar diumumkan, pemohon wajib mengemaskini permohonan di Fasa 2 yang akan dibuka pada 28 Jun 2008 mulai jam 12.00 tengah hari hingga 02 Julai 2018, jam 11.59 malam. Mana-mana pemohon Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM yang tidak memohon Fasa 1, tidak akan dipertimbangkan dalam permohonan ke UA.

Maklumat yang boleh dikemaskini semasa Fasa 2 adalah seperti berikut :

 

  • Pilihan Program (bukan program bertemu duga)
  • Alamat yang boleh dihubungi
  • Alamat emel
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi

 

Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat am dan khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan semester akhir dengan pencapaian akademik keseluruhan. Diharap perkongsian ini membantu anda membuat persediaan permohonan kelak. Semoga berjaya!.

Share this on WhatsApp

Akademik borang upu 2018, cara nak isi borang upu secara online 2018, cara nak mohon upu 2018, isi borang upu, Panduan Permohonan UPU 2018 untuk Semua Lepasan Permohonan!, permohonan upu 2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.