Kepada yang menanti panduan permohonan UPU 2018, berikut kami kongsikan panduan mendaftar kali pertama dan memohon kali pertama. Untuk mendaftar anda tidak perlukan nombor Unik ID BSN tetapi untuk membuat permohonan anda wajib mempunyai nombor Unik ID. Apabila sistem permohonan dibuka pada 5 Februari (dah masuk pun), anda boleh membuat pendaftaran kali pertama, selepas itu bolehlah pergi beli no unik ID BSN dan buatlah permohonan lengkap.
PERMOHONAN DAFTAR KALI PERTAMA
Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama apabila sistem permohonan UPU dibuka pada 5 Februari 2018 :\
- No Kad Pengenalan
- Alamat E-mel
- Nama Ibu
- Kata Laluan (pastikan kata laluan senang diingati)
- Kod Keselamatan
- Soalan Keselamatan Profil Akaun
PERMOHONAN KALI PERTAMA
Jika mahu memohon, pemohon wajib memasukkan lima (5) item berikut untuk mengemukakan permohonan kali pertama. Pastikan anda telah membeli no unik ID BSN sebelum membuat permohonan :
- No. Kad Pengenalan/MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan
- No. Unik ID (beli nombor pin di BSN mengikut kategori masing : SPM/Setaraf, STPM/Setaraf)
- Jenis Permohonan
- Program Pengajian (buat pilihan mengikut susunan)
- Kategori (pilih kategori mengikut kelulusan, rujuk gambar kategori dibawah)
KATEGORI SPM/SETARAF
Kategori A : Pemohon Lepasan SPM 2017
Kategori B : Pemohon Lepasa SPM 2016 atau 2015.
KATEGORI STPM/SETARAF
Kategori A: Pemohon Lepas STPM TAHUN 2017, Aliran Sastera
Kategori S : Pemohon Lepasan STPM Tahun 2017, Aliran Sains
Kategori T: Pemohon Lepasan STAM Tahun 2017 dan 2016.
[Read more…] about Panduan Permohonan UPU 2018 untuk Semua Lepasan Permohonan!