Bagi pengguna yang mahu log masuk, berikut adalah cara-cara kita tunjukkan secara kasarnya.
Log Masuk Semakan status – https://bantuantunai.hasil.gov.my.
1. Login STR (Terus guna direct link)
Ikuti langkah-langkah yang ringkas untuk log masuk BTR seperti di bawah:
- Layari portal rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan No MyKad anda
- Masa tengha masukkan, pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit dan isi dengan betul.
- Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 780011-01-5437, masukkan 780011015437. KDah masuk IC, Tekan butang Semak dekat bawah kad pengenalan tak silap.
- Kena ambil perhatian, sebabnya akan ada dua situasi , ketika dalam proses login STR:
- Yang pertama, jika ada belum pernah mendaftar lagi, akan akan terpapar ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.” Maka, anda perlu buat pendaftaran STR yang baru terlebih dahulu.
- Yang kedua, jika anda sudah mendaftar, akan berjaya login STR.
- Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar atau kemaskini permohonan Bantuan Tunai Rakyat
- Isi apa yang patut, lepas tuh tekan butang submit. Banyak stage jugak.
2. Akaun STR anda disekat?
Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk login dan menerima ralat Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat, jangan menggelabah.
Apa yang anda perlu lakukan ialah tunggu dalam masa lebih kurang 10 minit.
Selepas itu, cuba login sekali lagi. Kalau tak jugak, call no dibawah sekali. atau pergi ke LHDN , tanya dekat kaunter cakap ada masalah login STR. Tak silap aku ada kaunter khas untuk STR punya. Dekat depan.
3. Selepas Login STR, Perlu Buat Apa?
Ada banyak sebab seseorang itu perlu login STR selepas pendaftaran berjaya. Jangan ingat selepas selesai daftar, anda tidak perlu buat apa-apa. Pemohon bertanggungjawab untuk melengkapkan permohonan dan menyemak dari semasa ke semasa.
Selepas login STR, anda boleh melakukan perkara seperti dibawah adalah:
- Mohon STR
- Kemaskini STR
- Semak status permohonan STR
- Semak status kelulusan STR
- Semak bayaran STR
4. Masalah Log Masuk sTR
Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login STR:
- Portal STR jem, tak boleh masuk
- Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal STR mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
- Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login STR dalam masa yang sama.
- Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 12 tengah malam dan ke atas.
- Keluar error“ID pengenalan belum didaftarkan”
- Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar untuk Bantuan Keluarga Malaysia atau bantuan-bantuan sebelum ini
- Anda dikehendaki pergi ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar terlebih dahulu.
- Untuk panduan ringkas, sila baca cara buat pendaftaran akaun STR
- Kata Laluan salah
- Ada kemungkinan anda terlupa kata laluan (password) sebelum ini. Jangan risau. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan? sebelum mencuba Log Masuk STR
- Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama, sampai 5.
- Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda isikan semasa buat pendaftaran dahulu. Sebolehnya korang ambil gambar soalan keselamatan dan jawapan guna phone atau tangkapan skrin (screenshot).
- Klik butang Seterusnya untuk soalan yang seterusnya
- Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
- Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai
Maklumat lanjut berkenaan STR
Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara login STR, namun masih lagi mempunyai masalah untuk Log Masuk dan dalam masa yang sama ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran STR, permohonan STR, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline STR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
- 1-800-88-2747
Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline STR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
Leave a Reply