Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Keputusan UPU online 2020

Keputusan UPU online 2020

Zik · Jun 3, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
keputusan upu .
Inilah hari yang ditunggu-tunggu buat lepasan spm yang bakal melanjutkan ke ipta seluruh negara. Semakan keputusan untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan SPM dan setaraf pada hari ini mulai jam 12.00 tengahari.
Namun tarikh kemasukkan belum kita ketahui lagi setakat ini.

Semak dibawah ini.
Keputusan upu 2020

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataannya memaklumkan ia membabitkan kemasukan ke universiti awam (UA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Individu yang memohon boleh menyemak status bermula jam 12 tengah hari, pada hari berkenaan melalui saluran hebahan di UPUPocket 2.0.

“Sebanyak 205,972 permohonan bagi Lepasan SPM diterima dan calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA,” kata kenyataan itu.

Selain menerusi UPUPocket 2.0, mereka juga boleh menyemak status menerusi pautan http://jpt.umt.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.utm.my dan http://jpt.uum.edu.my.

“Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.

“Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Katanya, pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan.

“Bagi permohonan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan di pautan http://upu.moe.gov.my dalam tempoh lima hari bekerja mulai 3 Jun hingga 10 Jun, jam 12 tengah hari hingga 5 petang.

“Bagi permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan,” katanya.

Kenyataan itu menjelaskan, dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.

“Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) akan membuka kemudahan ‘Hotline’ mulai 3 Jun hingga 10 Jun dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.

“Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan,” katanya.

Berdasarkan lampiran disediakan, pendaftaran kemasukan ke 17 UA akan bermula pada 13 Julai hingga 4 Oktober depan sementara kategori lain bermula pada 5 Julai hingga 4 Januari tahun depan.

Share this on WhatsApp

Akademik keputusan kemasukkan upu 2020, keputusan upu, semak keputusan upu 2020, semak keputusan upu secara online

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.