Jumlah pengganggur dinegara kita semakin bertambah??
Terpanggil dan tercabar aku untuk membincangkan tentang tajuk diatas dari akhbar metro. Inilah jadinya bila golongan-golongan yang dikatakannya cerdik pandai sampai ke peringkat tertinggi (PHD), tapi masih tak dapat kerja.
Ya, itu aku memang akui. JIKA dulu menggenggam keputusan cemerlang dalam akademik bermakna CONFIRM masa depan cerah, kini semuanya berubah bak ombak tsunami, malah bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan. Sebabnya ialah dulu selepas zaman kemerdekaan graduan masih baru, tak ramai seperti sekarang (demand) dan sekarang masih lagi memegang jawatan yang kosong itu, , manakala mahasiswa sekarang ini terpaksa menunggu pencen/ bersaing dengan pekerja sedia ada yang lebih jauh berpengalaman.
Ia satu cabaran yang sangat besar aku rasakan sekarang nie. Bila interview pun aku tengok memang ramai gila. Bila aku tengok sijil-sijil diaorang nie, bukan main lagi, master ada, degree dan sewaktu dengannya.
Kemahiran akademik bukan lagi jadi sandaran.
Segulung ijazah bukan lagi ciri tarikan utama majikan dan pasaran kerjaya memilih graduan sebaliknya gabungan kemahiran insaniah lebih diutamakan industri. Ini memberi ‘amaran’ kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) lebih bersedia mengimbangi tuntutan kecemerlangan akademik dan kepentingan kokurikulum.
Persoalannya??
Bagaimanapun, ada mahasiswa bersikap skeptikal dan menganggap jaminan kecemerlangan akademik masih menjadi tiket utama meraih pekerjaan. Persoalannya, mengapa masih ada tidak mahu membuka minda dan menyalahkan semua pihak lain jika menganggur melainkan diri sendiri? Sudah tiba masanya mahasiswa menukar minda bahawa kecemerlangan akademik dan penganugerahan ijazah bukan asas kecemerlangan, sebaliknya perlu meningkatkan nilai kemahiran serta modal insan dan budaya keusahawan harus ditanam.
Universiti atau mahasiswa itu sendiri haruslah sentiasa bersiap sedia menghadapi fenomena perubahan kebolehan pasaran yang semakin ditekankan majikan. Konteks pembelajaran hari ini juga bukan lagi statik sebaliknya merangkumi semua aspek seperti elektronik pembelajaran (E-learning), pengajaran dan kemahiran modal insan.
“Mahasiswa hari ini bukan saja memerlukan ilmu, tetapi kemahiran bagi memenuhi permintaan kebolehan pasaran yang sudah menjangkau tahap global. Justeru, tiba masanya universiti menjadi institusi bukan saja berpengaruh kepada masyarakat, malah mampu menukar minda warganya mengeluarkan graduan yang memenuhi permintaan negara”
Gandingan universiti dan akademik perlu diseimbangkan dan bukan semata-mata melahirkan graduan ulat buku, tetapi tidak tahu hidup bermasyarakat atau kurang nilai di pasaran ekonomi. Ia berkait rapat dengan mahasiswa yang dianggap anti sosial bagi akulah.
Sama ada institusi awam atau swasta perlu berganding dan bekerjasama bagi menjayakan matlamat pembangunan negara. “Gabungan ini merangkumi ilmu, kemahiran dan modal insan. Semuanya perlu dikuasai supaya mampu menjadi pelaburan pendidikan dan negara.
Menjelang 2012, sektor pendidikan tinggi negara bakal memasuki fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menggariskan tujuh teras utama merangkumi empat fasa iaitu Peletakan Asas (2007-2010), Peningkatan dan Pemerkasaan (2011- 2015), Kecemerlangan (2016) dan Kegemilangan dan Kelestarian ( melangkaui 2020).
Pelan Tindakan ini memberi tumpuan pada pembangunan modal insan dalam usaha melahirkan rakyat kreatif dan inovatif, beretika dan bermoral tinggi, mudah diubah suai dan berfikiran kritis.
Tiga kelemahan mahasiswa di institusi pengajian tinggi
- Kemahiran komunikasi yang lemah,
- Sikap tidak pandai membawa diri di kalangan masyarakat
- Pemikiran kurang kritikal.
Kelemahan ini perlu diatasi segera bagi memastikan graduan yang dikeluarkan mempunyai nilai idea baru, tidak terkongkong dan luhur dalam pencarian ilmu serta dapat membantu masyarakat dalam penjanaan negara pada masa depan.
Mahasiswa asset negara yang tak ternilai.
Mahasiswa hari ini adalah aset terpenting universiti dan negara selain menjadi penentu kejayaan. Kepentingan itu tidak semestinya sekadar memenuhi tuntutan kerjaya semata-mata namun turut menyumbang kekuatan modal insan atau bakat. Ia kerana, mereka (aku) bakal-bakal peneraju negara kita dan juga menjadi ikon kepada masyarakat setempat.
Ia bertujuan melestarikan pembangunan negara pada masa depan yang tidak boleh hanya bergantung ada hasil bumi semata-mata, tapi kekuatan masyarakatnya. Kelemahan sedia ada perlu dicari penyelesaiannya supaya mereka menjadi generasi baru lebih mantap, berkualiti, berdaya saing serta jati diri kukuh.
Jadinya, memang ada yang demand dengan gaji disebabkan itu ada ramai graduan kita berpindah ke luar negara, ataupun semasa belajar di luar negara seperti blogger yang masih belajar di luar negara Ariffshah, PascaSPM, JeoGrimJeo dan sewaktu dengannya berkemungkinan besar mendapat tawaran bekerja di negara sana yang lebih tinggi gaji dan income per kapita.
Bak kata pepatah, Hujan Emas, di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negara kita yang kaya dengan hasil pribumi dan juga menjadi kebanggaan anak tempatan.
NOTA TAMBAHAN.
Tujuh Teras Pelan Strategik dan Pelan Tindakan Pengajian
* Meluaskan akses dan meningkatkan kualiti tinggi.
* Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran.
* Memperteguhkan penyelidikan dan inovasi.
* Memperkasa institusi pengajian tinggi.
* Mempergiatkan pengantarabangsaan.
* Membudayakan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
*Mengukuhkan sistem penyampaian kementerian pengajian tinggi. *Membudayakan/Mewajibkan teras dalam keusahawanan dalam meningkatkan ekonomi negara.
Keseimbangan dalam bidang masing-masing.
Bagi aku perkara yang harus ditekankan ialah bukan ketika sudah habis belajar mempraktikkan apa yang sudah belajar, tetapi ketika kita belajar, mencuri peluang sebaik mungkin agar pelan perancangan kita itu terlaksana dan berjalan lancar. Sekurang-kurangnya masa mengganggur dapat dikurangkan.
Memang betul, bidang keusahawanan orang melayu memang jarang sekali meletakkannya sebagai kerjaya nombor satu, tetapi kita harus mencontohi bangsa-bangsa yang lain, untuk terus maju kehadapan.
Jarang sekali kita dengar anak-anak muda bangsa kita yang dapat perhatian media kerana kencang businessnya, mungkinkah jutawan senyap?? MLM?? Ada , cuma boleh dihitung dengan jari sahaja, Irfan Khairi, Uncle Seekers?? Yang ramainya sekarang ini ialah keruntuhan moral dan juga publisiti murahan artis-artis tempatan yang havoc tak ingat.
ST says
Pendapat aku la…. sistem pembelajaran kat Malaysia nih kena tukar dah. Terlalu “exam oriented”. Memang setuju student pun kena lebey usaha pada komunikasi.
Just my 2 cent… huhu
akubiomed says
Setuju, terlalu exam oriented. Bayangkan ilmu yang diajar adalah asas walhal di industri lebih jauh advance. Pada pandangan saya latihan industri memainkan peranan penting kerana ia akan memberi persediaan bakal graduan untuk berkerja di situasi sebenarnya. Latihan industri kena dipanjangkan dan pihak pengajian perlu selalu mendapat maklumbalas keperluan industri jangan asyik syok sendiri. Kerugian kepada bakal graduan dan pihak industri kerana perlu melatih semula dan ia berkaitan kos yang kena tanggung. Saya biasa jadi panel penemuduga kadang-kadang tak faham pointer memang terbaik bila suruh buat amali sikit tak tahu. Saya pernah menyoal subjek asas alasan mudah tak ingat sebab subjek belajar pada semester pertama. Kalau saya yang bagi alasan memang masuk akal kerana sudah lama meninggalkan kolej. Baik saya ambil budak-budak lapisan SPM latih betul-betul menjadi pekerja mahir dari bercerita bagai nak rak tapi pengisian kosong.
dnoBiz says
Betul tu Bro,
pada aku mungkin format peperiksaan perlu diubah, kepada cara yang lain, cari satu cara yang dapat menilai tahap pemahaman dan penguasaan terhadap apa yang mereka pelajari, dan juga cari cara untuk menilai kebolehan mereka dalam mengunakan dan mengolah ilmu tersebut, terutama di peringgkat pengajian tinggi
Ladfe Amir says
semuanya terletak kepada kepercayaan diri masing2 untuk meneroka lebih jauh lagi. ramai yg sanggup menganggur semata2 sanggup menunggu tawaran kerja daripada kerajaan. dan tidak berani untuk mencuba sesuatu yg berbeza drpd bidang yg dipelajari semasa di sekolah/univrsiti.
hafizmd says
maksud bro…mereka masih dalam mood suka memilih kerja?
suri says
org suka pilih kerja mmg sush..
klu dok pilih mmg lama le nak dpt kerja g sesuai heee
padin says
kalau memilih sangat, tunggu kerja yang betul2 di rasakan sesuai, memang ini lah jadinya huu
Ladfe Amir says
betul tu maksud aku. last sekali bila tak dapat keje yg diidamkan, sanggup jadi guru.
jadi guru pun sbb terpaksa, bkn sbb minat.
satu lagi yang aku dapat tahu.
student pilih kos masa belajar yg mmg jenis tak glomour (peluang dpt keje susah).. so, kenapa bidang tu masih ada kat Universiti..?
muhammad fakhruddin says
Betul tu,kalau nak mengharap bulan jatuh ke riba entah bila peluang terbuka seluas-luasnya hendak direbut.
Terkenang kenyataan Tun Dr. Mahathir di MAHA baru-baru ini “Di Malaysia sepatutnya tak da orang susah”
Mohd Hafiz says
dulu time kursus cidb dulu pun ade gak bincang pasal nih.. memang realiti skill dan kemahiran itu sangat diperlukan untuk pasaran sekarang π
Hadi Rofiee says
Salam Zik.
Aku sangat setuju dengan artikel ini. Awal2 dahulu sewaktu belajar peringkat ijazah, aku telah dapat menghidu masalah ini terutamanya pada diri aku sendiri. Aku terasa seperti banyak lagi kekurangan yang mesti diperbaiki.
Bagi aku, kuncinya adalah diri kita sendiri & tidak perlu menyalahkan orang lain sebelum menilai dahulu diri kita. :ninja:
Kamal Mustafa says
Setinggi mana pun pendidikan tue,kuncinya pada tuan punya diri.Teringat lawak dari Wanda Sykes, dulu-dulu masa sekolah pelajar bermatian-matian belajar semua benda yang diajar guru nak serap habis kalau boleh.Macam komputer habis memori.Habis sekolah semua hilang.Cubolah tanyo memang tak dapek jawab punyo.So para mahasiswa sekarang tak boleh bersandarkan pada 100% pada apa yang diorang belajar atau diajar.Cuba cari alternatif lain yang seiring dengan zaman yang semakin maju nie.
suffer8zine says
setuju la bro!
Terkini : Rumah Berbentuk Telur | 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia
suri says
try bukak perniagaan sndri…model kena pinjam bank huu..pastu terus ingat alamak pinjaman blum bayr lagi…harap tak di senarai hitamkan huuu..
akubiomed says
Sebab pembelajaran di pengajian tinggi mesti up to date dan relevant dengan keperluan industri kalau kesian lepasan graduate yang dilahirkan tidak ada kemahiran yang diperlukan. Bukanlah 100% peratus memenuhi apa yang hendak diindustri sekurang 70% telah ditangani cuma 30% maturity ketika industri
hafizmd says
aku setuju 200% sgn entri zik ni…tahniah zik…
memang kalau ditanya majikan sekarang, apa yg utama? antaranya ialah;
1. skil komunikasi
2. kebolehan mengaplikasikan teori
3. dinamik
psssst…kalau setakat 4 flat…tapi suruh buat itu inipun tak tahu…baik ambil budak yg 2.95 saje…tapi paling tidak tahu bilalah diminta buat itu dan ini…
eimsperfume says
mmg stuju sgt ngn apa yg ko ckp bro..
sbb tu aku mmg dah lama cm xpandang sgt sijil apa individu tu ada… itu xmelambangkan kebolehan sebenar individu tu..
suri says
kerja…buatlah apa jer yang blh dtgkan kemahiran..asalkan bila kita mtk kerja kat tempat lain bila or tayer kamua da kmahir kerja lain.dok le kita segan nak jawab..
akubiomed says
Sokongan kerajaan dengan melatih graduan menganggur adalah satu usaha yang baik kerana ia menjamin graduan menganggur ini bekerja. Ada beberapa majikan swasta yang menyokong usaha ini dengan membangun modul latihan sendiri dan menyertai skim usahasama ini diantara kerajaan dan majikan membuat match making. Boler layar info-info ini di Kementerian Sumber Manusia dan banyak peluang-peluang bakal graduan untuk mohon. Tepuk dada tanya selera.
syahrilhafiz says
setuju dengan cakap ko bro
ulat buku tak belah la..setakat baca je advance dia..hurmmm tak kemana negara ni..haha
lagi satu 50- 50 baru seimbang. Cth macam kat tempat aku ni sekarang diorang pilih top student based pada aktif dengan kecemerlangan dia dalam belajar..aktif ok je pointer..
tengkorak emas says
memang kemahiran perlu ada, bukan setakat kemahiran belajar je, aku setuju dgn entri ko ni..
aku rasa masa belajar kat U boleh dimanfaatkan juga belajar kemahiran lain, contoh kemahiran baiki laptop, bila laptop member ada masalah dan nak format..dicarinya kita..duit tu..boleh belajar buat kek ke apa..nanti boleh buka kedai kek..belajar fotografi ke design ke..
jgn takut kembangkan minat menjadi kemahiran professional,
p/s:kalau jadi artis blog? mwahaha
Ali ridha says
Dunia disanjung tinggi.
rusliesophian says
Salam Zik,
Saya hanya graduan sekolah pondok. Tapi pengalaman kerja yang ada, pernah membawa saya jawatan penting dalam beberapa buah syarikat korporat.
Meskipun kini masa sudah berubah, saya rasa pengalaman kerja masih menjadi aset penting terutama pada syarikat swasta, ditambah pula dengan degree yang ada, maka cepatlah lagi naik pangkat dan gaji.
Apa yang saya perhatikan, ramai graduan kita hanya tumpukan untuk makan gaji dengan jabatan kerajaan kerana ada pencen. Mereka ‘takut’ menceburi syarikat swasta terutama bidang jualan. Sedangkan di situlah mampu memberikan kita hasil bulanan yang lumayan.
akubiomed says
Tanniah, bro telah memberi contoh yang baik. Kalau datang interview dan diantara top list untuk mengambil kerja. Ada pengalaman dan ada qualification memang cepat career growth. Don’t forget create reputation. Insyallah majikan akan datang cari kerana your good reputation
mancai says
biasanya apa yang ada dalam buku tak sama dengan masa kerja
Ali ridha says
majikan pemilih ke
kita yang memilih untuk
bekerja.
Ali ridha says
Isilah borang dahulu.
sebelum dapat pengajian.
Ali ridha says
belambak aku tengok.
kertas sanan sini.
termasuk pesbuk.
kata boleh jadi kaya.
menipu aje.
tehr says
masa ngajar kat sarawak dulu ada kawan iban cerita
dia pergi minta kerja sebagai pengimpal dengan membawa sijil latihan
tapi, majikan tak mahu pandang pun sijil tu
majikan mahu dia tunjukkan kemahiran mengimpal masa tu juga
padin says
Betul la, segulung kertas tu (tak kira tahap apa) hanya sebagai tiket untuk melayakkan diri di panggil interview, selebihnya kemahiran personal lebih penting..
komunikasi antara yang terpenting..
zaryl says
cuba amik teladan dari filem hindustan 3 idiots tu… kejar sijil je tak ke mana sudahnya. bila ilmu yg dikejar, dpt sijil ke apa ke takdak kurangnya. yg penting ilmu. pendapat aku saja ni… π
fitri says
sekarang zaman k-ekonomi..knowledge is power..tapi dalam masa yang sama KI juga harus ditingkatkan..orang yang hanya cemerlang akademik boleh diibaratkan macam robot..hanya pandai teori semata..
yup aku setuju sekiranya skil2 ini dilatih masatyme belajar ni..bukannya masa dah grad esok..
shaharil says
Dorang kena ubah pemikiran dorang tentang akademik saja yang beri jaminan masa depan dorang.
samanosuke_04 says
hehe, no doubt memang benda nie yang sedang berlaku walopon pahit.. sebab tue laa aku tak brape suke blajar lama2, pastue keje jadik hamba orang.. hahhahaha
adamfaiz says
Belajar untuk exam saje tak menjamin masa depan…ramai yang kerja biasa je..tapi yang flunk jadi jutawan sebab berusaha keras untuk bangun dari kegagalan..
dnoBiz says
teringat masa kerja kat sebuah kilang di Pasir Gudang Johor pada tahun 1999, aku merupakan salah seorang dari 3 penal untuk sesi temuduga bagi pengambilan technician dan engineer baru untuk production yang aku jaga, dan aku akan menyoal bahagian teknikal, tapi aku tak pernah gunakan skrip yang diberikan oleh syarikat sebab pada aku tak kompetetif , aku lebih pentingkan kreativiti pengetahwan mereka,
contonya jika graduan mekanikal aku akan tanya dia tentang pokok bunga, apa yang mereka boleh lakukan dengan ilmu yang mereka ada pada pokok tu π
Ps : aku hanya lulusan sijil dari Poli KB
blackrosehunter says
sy stuju ngn pendapat saudara..
klu stakat pandai,xsemestinya mereka mahir..
mmg la sistem pembelajaran kt msia ni kne ubah..xlepas2 ngn exm..
klu exm stdnt byk menghafal,faham ke x lantak la..itu mslhnya..
aktechpage.com says
Sangat suka artikel ini…
Dalam kerjaya, graduan yg ulat buku dan mempunyai pointer yg tinggi x semestinya akan berjaya dalam kerjaya yg diceburi…
Sikap dan amalan mempelajari sesuatu secara paktikal adalah lebih diutamakan dalam sesuatu industri…
Cthnya ICT yang bergerak cepat, 5 tahun dulu aku graduate, tech yg aku pelajari masa kt U dah x guna skrg dah… nak x nak aku terpaksa mengamalkan continuos learning utk survive dalam kerjaya ICT…
Apa yg penting… belajarlah selalu…
Ali ridha says
kerjaya sebagai mampu tak pergi jauh.
sebab gaji doktor lagi mahal.
MR.Z says
banyak pelajar sekarang ini hanya belajar sekadar nak lulus satu tahap yang diletakkan oleh u atau sekolah saja, tak ingin mengembangkan pembelajaran dan kemahiran diri sendiri..hanya tunggu disuap tanpa perlu berdikari..
Ismail N says
Zik, walaupun kecemerlangan dalam akdemik tidak semestinya menjamin masa depan yang cerah ia tetap memberi graduan tersebut satu “advantage” yang amat besar.
Pertama sekali dari segi opyen. Mereka yg dapat keputusan cemerlang boleh meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan biasiswa, jika mahu. Mereka yang diperingkat sarjana boleh tentukan samada mahu career dalam bidang akademik atau lain-lain.
Kedua dari segi keutamaan. Byk syarikat yang besar terutamanya meletakkan syarat pemohon kerja hendaklah lulus dengan kepujian pertama atau kedua atau CGPA yang melebihi 3.6 atau 3.8.
Byk kes yang mereka tidak cemerlang dalam akademik berjaya dalam hidup, cuma kelebihan mereka yag cemerlang patut juga kita akui. π
BG says
Salam ZiK,
Yang tanam anggur itu mungkin akibat terlalu memilih…
Beberapa tahun kebelakangan ini saya perhati ada aktiviti job hunting bagi penuntut tahun akhir. Masa itu sepatutnya bakal graduan sudah siap-siapkan diri untuk memasuki alam pekerjaan… Jika bersungguh-sungguh dan tidak terlampau berkira dan memilih, insya Allah rezeki tetap ada… :biggrin:
Ali ridha says
terasa la kita ni.
miliki Diploma/Ijazah.
tapi tak boleh pergi jauh.
abun says
Nak buat macam mana,dah parent masing-masing suruh blaja tinggi2.Bagi aku, pemikiran mak bapak kena di ubah. Xsemestinya beljat tinggi2 akan menjamin kehidupan mewah.Penerapan ilmu usahawan dan juga kemahiran boleh pergi lebih jauh lagi.Bahkan mampu menampung perbelanjaan untuk jenerasi yang seterusnya.
rashid says
Sistem pendidikan negara telah diringkas2kan sebab negara perlukan modal insan yang ramai untuk menampung industri yang semakin pesan dalam masa yang singkat..contohnya kejuruteraan hanya perlukan 4 tahun berbanding 5 atau 6 tahun sebelumnya untuk habiskan pengajian, dalam masa 4 tahun yang singkat itu, para siswa/zah perlulah mencari “ilmu” yang tak diajar secara teknikal di dalam kelas sebagai bekalan masa hadapan, contoh ilmu komunikasi, penampilan personaliti dan banyak lagi…dengan ini tidak timbul masalah menganggur atau memilih kerja…