Berminat untuk menyambung pengajian di Politeknik?
Politeknik ini diantara IPTA yang lebih menjurus kepada kemahiran. Ianya menjadi pilihan kedua selepas UPU. Jaranglah yang lepasan Poli ini tak dapat kerja. Memanglah sekarang persaingan kerja agak tough berbanding zaman dahulu (amboi ayat macam purba kala lah).
Sila berkunjung ke Booth Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti di Karnival Pendidikan Negara 2018 untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan pendidikan di Politeknik. Untuk lepasan SPM 2017 , terus mohon online disini. (sesi jun 2018).
- Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Dalam Talian e-Borang ini pada waktu yang lain (luar pejabat) lepas pukul 5-12 malam keatas ). jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada server pangkalan (server sibuk).
- Sila gunakan nombor Unik ID yang sama untuk membuat pindaan kepada permohonan yang telah dihantar.
- Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.Jadinya isi borang dengan lengkap dan pastikan semak terlebih dahulu sebelum submit borang itu, (tekan send bila dah confirm betul-betul).
Syarat minimum untuk masuk ke politeknik :
Warganegara Malaysia ; dan
- Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnyaLIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah(SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM.
MEMENUHI SYARAT AM UNIVERSITI
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM
1. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian Gred C dalam mata pelajaran Mathematics atau Additional Mathematics; DAN
2. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran berikut:
- Chemistry
- Physics
- Biology
- Additional Science
- Sains Pertanian
- Science
- Aplikasi Elektrik dan Elektronik
- Automotif Elektrik dan Diesel
- Automotif Kenderaan
- Bahan Binaan
- Fundamental of Programming
- Geografi
- Grafik Berkomputer
- Information and Communication Technolgy
- Lukisan Kejuruteraan
- Pendidikan Seni Visual
- Pengajian Kejuruteraan Awam
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- Penyamanan Udara
- Penyejukan
- Pemesinan Berkomputer
- Programming and Development Tools
- Prinsip Elektrik dan Elektronik
- Reka Cipta
- Teknologi Binaan
- Teknologi Kejuruteraan
- Teknologi Maklumat
- Additional Mathematics; DAN
3. Mana-mana DUA (2) mata pelajaran yang belum diambilkira kepujiannya; DAN
4. Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris; DAN
5. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.
dan syarat-syarat khas yang lain , seperti rabun warna, ikut jenis courese dan tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak kolej/uiversiti.
Apa lagi cuba :
Semak kelayakan di sini (SPM sahaja).
Pengambilan Tahun 2018Senarai Program & Syarat Kemasukan
| Diploma Sepenuh Masa | |
|---|---|
| Borang Permohonan dibuka | |
| Lepasan SPM Tahun 2015 – 2017 [klik untuk memohon] | 05 Februari 2018 (Isnin) |
| Lepasan SPM Tahun 2014 & sebelum [klik untuk memohon] | 09 Mac 2018 (Jumaat) |
| Lulusan SKM Tahap 3 [klik untuk memohon] | 09 Mac 2018 (Jumaat) |
| Lulusan Selain SPM (Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Perda-Tech, Institusi Pertanian, IKM, APEL) [klik untuk memohon] | 09 Mac 2018 (Jumaat) Jam 5.00 petang |
| Borang Permohonan ditutup | 10 April 2018 (Selasa) |
| Semakan Panggilan Temuduga | 22 April 2018 (Ahad) |
| Semakan Keputusan Permohonan | 28 Mei 2018 (Isnin) |
| Borang Permohonan Rayuan dibuka | 28 Mei 2018 (Isnin) |
| Pendaftaran Pelajar | 23/24 Jun 2018 |
| Maklumat lanjut: | |
| Diploma Separa Masa (KSS) | |
| Borang Permohonan dibuka [tekan disini untuk memohon] | 16 Mac 2018 (Jumaat) Jam 5.00 petang |
| Borang Permohonan ditutup | 16 April 2018 (Isnin) |
| Umum keputusan pra tawaran | 04 Jun 2018 (Isnin) |
| Cetakan surat tawaran | 11 Jun 2018 (Isnin) |
| Pendaftaran Pelajar | 30 Jun 2018 |
| Maklumat lanjut: | |
| Pra Diploma Politeknik | |
| Borang Permohonan dibuka [tekan disini untuk memohon] | 09 Mac 2018 (Jumaat) Jam 5.00 petang |
| Borang Permohonan ditutup | 17 April 2018 (Selasa) |
| Semakan Keputusan Permohonan | 28 Mei 2018 (Isnin) |
| Borang Permohonan Rayuan dibuka | 28 Mei 2018 (Isnin) |
| Pendaftaran Pelajar | 23/24 Jun 2018 |
| Maklumat lanjut: | |
| Sijil Kemahiran Politeknik | |
| Borang Permohonan dibuka [klik untuk memohon] | 09 Mac 2018 (Jumaat) Jam 5.00 petang |
| Borang Permohonan ditutup | 10 April 2018 (Selasa) |
| Semakan Keputusan Permohonan | 28 Mei 2018 (Isnin) |
| Borang Permohonan Rayuan dibuka | 28 Mei 2018 (Isnin) |
| Pendaftaran Pelajar | 23/24 Jun 2018 |
| Maklumat lanjut: | |
| Sarjana Muda Politeknik | |
| Borang Permohonan dibuka | 05 Jun 2018 (Isnin) |
| Borang Permohonan ditutup | 06 Julai 2018 (Jumaat) |
| Semakan Panggilan Temuduga | 10 Julai 2018 (Selasa) |
| Keputusan Permohonan | 27 Julai 2018 (Selasa) |
| Borang Permohonan Rayuan dibuka | 27 Julai 2018 (Selasa) |
| Pendaftaran Pelajar | 26 Ogos 2018 |
| Maklumat lanjut: | |
Kenapa Politeknik menjadi pilihan?
- Institusi milik penuh Kerajaan. Bila mana ianya badan kerajaan, ianya sudah tentu jadi satu pilihan untuk semua pelajar, apa pun semua tuh atas individu sendiri.
- Program pengajian yang diiktiraf: Badan MQA iktiraf seluruh Malaysia untuk kerja dimana-mana badan kerajaan terutamanya. Badan swasta pun boleh juga.
- Lokasi di seluruh negara: Sabah dan sarawak pun ada. Satu malaysia kan. Tiada masalah semua negeri ada politeknik ini.
- Yuran yang berpatutan (yuran pengajian setakat ini rm 200 , yuran asrrama rm 360/630 per semester. Murahlah, kalau nak dibandingkan dengan swasta dalam satu semester hampir seribu juga. ikut institusi masing-masing.
- Peluang pekerjaan yang cerah. Sebab politeknik lebih kepada kemahiran. So peluang pekerjaan sekarang banyak yang kosong dibahagian teknikal berbanding ofis-ofis nih. Tapi sekarang ini memang persaingan memang sangat sengit (amboi dah macam battle lah). Sebab setiap tahun , lebih kurang 50 ribu lebih setahun sisw/mahasiswa akan graduate.
- Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi (Boleh sambung diploma, degree, master, ). Lompat ke aliran lain ke macam mana.
Sebarang pertanyaan.
No telepon:
03-8891 9323.
Alamat :
Bahagian Pengambilan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
politeknik.edu
BAP JPP Media
@bap_politeknik
bapjppmedia
Install apps google play untuk lagi mudah.
![]()
Untuk akan datang kita cuba buat tutorial cara nak isi borang Politeknik secara online.

