• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Permohonanan pinjaman pelajaran MARA (YTP) 2019/20

Permohonanan pinjaman pelajaran MARA (YTP) 2019/20

Zik · Mar 16, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

pinjaman pelajaran mara 2019

Permohonan Pinjaman Pelajaran
YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP).

Berita baik untuk pelajar lepas SPM yang baru sahaja mengambil keputusan minggu ini. Jadinya MAJLIS AMANAH RAKYAT ada membuka peluang untuk pelajar bumiputera memohon pinjaman pelajaran mara, yang dikenali sebagai YOUNG TALENT DEVELOPMENT (YTP).

Program Pembangunan Bakat Muda

Tarikh Buka: 15 Mac 2019 (10:00 pagi)

Tarikh Tutup : 22 Mac 2019 (4:00 petang)

Syarat kelayakkan pinjaman ini.

DRAF SYARAT KELAYAKAN PROGRAM YTP LEPASAN SPM 2018

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA
    http://www.mara.gov.my mulai 15 Mac 2019 (Jumaat) jam 10.00 pagi hingga 22 Mac 2019
    (Jumaat) jam 4.00 petang.
  • Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
  •  Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program
    YTP. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar
    permohonan.
  • Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa
    menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
  • SYARAT UMUM
    ? Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
    ? Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam
    tindakan undang-undang MARA.
    ? Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau
    agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
    ? Lulus pemeriksaan kesihatan.
    ? Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan
    rendah (B40).

  • SYARAT KHUSUS
    Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2018.
    Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.
    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-
  • Telefon : 03-261 32487 / 32108 / 32099 / 32098
    Email : postspm@mara.gov.my
    Facebook : Postspmmara

Waktu Urusan

  • Hari Isnin hingga Khamis Jumaat
  • Masa 9.00 pagi – 1.00 tengah hari 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
  • Rehat 1.00 tengah hari – 2.00 petang 12.15 tengah hari – 2.45 petang
  • Masa 2.00 petang – 4.30 petang 2.45 petang 4.30 petang
  • TUTUP PADA SABTU, AHAD DAN CUTI KELEPASAN AM

 

 

SOALAN LAZIM

YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP)
PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA LEPASAN SPM 2018

1. Apakah itu Young Talent Development Programme (YTP)?

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran di
bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2018 bagi
menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama
di institusi terpilih.

2. Apakah kursus dan syarat kelayakan untuk melayakkan saya memohon Program YTP?
Kursus dan syarat kelayakan Program YTP boleh dirujuk dalam senarai kursus dan syarat
kelayakan semasa permohonan dibuka.

3. Bagaimanakah cara untuk saya memohon Program YTP?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web rasmi MARA
http://www.mara.gov.my apabila permohonan dibuka. Pemohon hendaklah mendaftar
terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga
dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat
permohonan.

4. Berapa lamakah tempoh permohonan dibuka?
Permohonan dibuka selama 8 hari mulai 15 Mac 2019 (Jumaat) jam 10.00 pagi hingga 22 Mac
2019 (Jumaat) jam 4.00 petang.

5. Bolehkah saya memohon Program YTP sekiranya Ibu saya telah disenaraihitam MARA?
Tidak boleh. Ibu, ayah, penjaga, penjamin dan pemohon perlu bebas dari senarai hitam MARA.
Pemohon dinasihatkan menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA
sebelum memohon Program YTP.

6. Sekiranya permohonan telah ditutup, adakah saya boleh memohon secara manual
menggunakan surat permohonan?

Tiada permohonan secara manual dibenarkan.

7. Adakah pemohon dibenarkan untuk mengikuti program persediaan secara persendirian?
Tidak. Pemohon yang berjaya ditawarkan di bawah Program YTP perlu mengikuti program
persediaan di kolej/institusi yang telah ditetapkan oleh MARA sahaja.

8. Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk
memohon, adakah dibenarkan?
Pemohon dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat
permohonan. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan
untuk ditawarkan dalam Program YTP.

9. Adakah saya perlu menduduki ujian psikometrik dan proses temuduga selepas memohon?

Semua pemohon wajib menduduki ujian psikometrik secara atas talian semasa mengisi
permohonan Program YTP, manakala proses temuduga hanya melibatkan kursus tertentu
sahaja. Sebarang maklumat berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari
semasa ke semasa.

10. Apakah bentuk tajaan yang akan saya terima sekiranya ditawarkan dalam Program YTP?

Tajaan pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara
Hidup serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya akan dibayar
kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah / Sarawak atau
pelajar Sabah / Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.

11. Saya mendapat 8A dalam peperiksaan SPM 2017. Bolehkah saya memohon?
Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar yang telah menduduki SPM
pada tahun 2018 sahaja.
12. Adakah pihak MARA boleh menawarkan kursus/institusi selain daripada pilihan pertama dan
kedua pemohon semasa permohonan dibuat?

Ya. MARA berhak menawarkan kursus/institusi selain pilihan pertama dan pilihan kedua
kepada pemohon berdasarkan kepada merit pemilihan serta jumlah kuota bagi sesuatu
kursus/institusi. Sebarang permohonan pertukaran kursus/institusi oleh pemohon adalah tidak
dibenarkan.

13. Adakah saya perlu menghantar borang atau apa-apa dokumen selepas membuat
permohonan?

Tidak perlu. Pemohon hanya perlu mencetak slip pengesahan permohonan setelah selesai
membuat permohonan untuk tujuan rujukan.

14. Bilakah saya boleh membuat semakan keputusan?
Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di laman web MARA dari
semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.
15. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi MARA sekiranya ada sebarang pertanyaan?
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-
Telefon : 03-261 32487 / 32108 / 32099 / 32098
Email : postspm@mara.gov.my
Facebook : Postspmma

Apa lagi mahu tunggu, daftar disini

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik cara memohon mara ytp, cara memohon pinjaman pelajaran mara 2019, cara memohon young development programme ytp mara 2019, permohonan pinjaman pelajaran mara

lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: