Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / UPU lanjut permohonan hingga 17 April

UPU lanjut permohonan hingga 17 April

Zik · Apr 4, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

upu,

Sudah tentunya ianya melegakan buat lepasan SPM yang mungkin terlepas tarikh untuk permohonan UPU berikutan wabak covid19 yang melanda dinegara kita. Ini satu inisiaftif yang bagus buat kementerian pengajian tinggi peka dan faham keadaan semasa ini.

Tunda sehingga 17 april 2020 (hari jumaat).

TARIKH tutup permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dilanjutkan sehingga 17 April ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, lanjutan kerana kesukaran calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf mendapat akses internet sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Menyedari akan hal itu, kementerian bersetuju melanjutkan tarikh tutup permohonan kemasukan ke enam institut pengajian melalui saluran UPUOnline bermula 7 April kepada 11.59 malam, 17 April.

“Manakala hari terakhir bagi calon membeli nombor UNIK di BSN bagi tujuan permohonan adalah pada 16 April,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keputusan permohonan calon SPM bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dijangka diumumkan pada 3 Jun.

Manakala, keputusan permohonan calon STPM atau setaraf bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda di UA dijangka diumumkan pada 18 Ogos.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh layari laman rasmi Facebook UPU atau tontoni Facebook Live yang disiarkan setiap hari sehingga 14 April pada 10 pagi hingga 11 pagi dan 3 petang hingga 4 petang.

 

Share this on WhatsApp

Akademik permohonan upu dilanjutkan 17 april 2020, permohonan upu dilanjutkan ke 17 april 2020, UPU lanjut permohonan hingga 17 April

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.