Tahniah, baru-baru ini Sijil Pelajaran Malaysia baru sahaja diumumkan untuk tahun 2017. So kepada semua yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang iaitu bekas Tingkatan 5, permohonan secara atas talian (online) untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun sesi pengajian pengambilan 2018 / 2019 adalah seperti berikut:
PEMBUKAAN SEMULA PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2018 / 2019(TERHAD) MULAI 20 MAC 2018 HINGGA 25 MAC 2018. |
Sebagai makluman, permohonan kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di kolej-kolej Matrikulasi bagi tahun pengambilan sesi 2018 / 2019 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI).
Syarat Kelayakan Permohonan Kolej Matrikulasi
Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2018 dan menghantar borang permohonan online sebelum atau pada 20 sampai 25 macm masa semakin suntuk dah nih.
Baca juga info lebih di: Maklumat Permohonan Online Kolej Matrikulasi Sesi 2018/ 2019
Cara Memohonan Kolej Matrikulasi Secara Online
Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi laman web (portal rasmi) sistem aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI).
Pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan individu iaitu (PIN) dengan membayar RM6.06 kepada kaunselor / guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN untuk permohonan program Matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang permohonan online
Ikut yang atas tuh dah di highlightskan warna merah tuh ha..
- Klik disini untuk melihat Panduan Permohonan(isi borang)
- Klik di sini untuk terus membuat permohonan
Nota : Pemohon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebolehnya jangan isi borang salah, kalau salah jawabnya tak dapatlah masuk ke matrikulasi .
Kepada yang berjaya ditawarkan ke Matrikulasi, anda digalakkan untuk membuat Pra pendaftaran secara dalam talian (online). Pendaftaran tersebut boleh dibuat bermula 15 Mei 2018 jam 12.00 tengah hari hingga 31 Mei 2018 jam 11.59 malam.
Untuk membuat pra pendaftaran tersebut, anda perlu melayari laman sesawang mengikut kolej matrikulasi masing-masing seperti di bawah, klik untuk ke portal matrikulasi masing-masing :
Kolej Matrikulasi Melaka
http://register.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
http://register.kmns.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
http://register.kmpp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perlis
http://register.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
http://register.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
http://register.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
http://register.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
http://register.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang
http://register.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
http://register.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
http://register.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
http://register.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
http://register.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
http://ematris.matrik.edu.my/eStudent/login
Kolej Matrikulasi Sarawak
http://mis.kmsw.matrik.edu.my/online
Kepada yang sudah tidak sabar hendak membuat pendaftaran itu, sudah bayar yuran ke belum?. Jika belum, jangan buat-buat hairan kenapa tak boleh mendaftar ye. Anda perlu membuat pembayaran yuran di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum membuat pra pendaftaran.
Apa tujuan pra pendaftaran ini?. Lecehlah!. Hamboi kau belum masuk belajar lagi dah kekwat. Sebenarnya pihak Matrikulasi mengalakkan pelajar untuk membuat pra pendaftaran sebelum hari pendaftaran supaya proses pendaftaran nanti berjalan dengan lancar.
Menerusi pra pendaftarannya ini pelajar akan melengkapkan maklumat peribadi seperti saiz baju, kunci bilik, kad matrik dan sebagainya. Ini penting supaya tidaklah nanti terkial-kial atau lama menunggu giliran untuk mendaftar. Lagi leceh kan? Ada faham?. Jika sudah mendaftar tak sempat punggung nak panas, giliran sudah dipanggil!.
Tetapi kepada yang ada masalah, anda boleh memilih untuk terus membuat pendaftaran di kolej pada tarikh-tarikh yang ditetapkan di dalam surat tawaran masing-masing. Cuma lamalah sikit tempoh menunggunya. Jadi jangan nak komen lama menunggu okay. Apa-apa pun, selamat menempuh alam pra-universiti di ucapkan!.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-8884 4083/4036/4040 atau melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan http://www.moe.gov.my
apesal Kolej matrikulasi selangor tak boleh bukak?
dia tulis Kolej matrikulasi perlis tapi url address still kms
asalam, nak tanya kalau tersalah isi macam mana nak betulkan balik sebab saya tersalah isi no akaun masa e pendaftaran pelajar.