• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • Ad Block Detection Notice

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • Ad Block Detection Notice
You are here: Home / Kesihatan / Kepentingan makanan berkhasiat.

Kepentingan makanan berkhasiat.

February 19, 2010 by Zik 5 Comments

Share this on WhatsApp

hotTHE BERKAT DOT COMhot
Amalkan pemakanan yang seimbang

Salam semua. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). Sumber dari berita harian

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun masih ramai yang tidak mengambil perkara ini secara serius  sehingga ditimpa penyakit-penyakit popular seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat dan kurang bersenam.

Amalkan beberapa tips diet seimbang ini insyallah kita beroleh kesihatan yang maksimum.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah

Buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri. Zik pun tak sure, vitamin apa.

2. Banyakkan juga memakan Kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya – yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempeh, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat,
perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.

Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru.

Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan.

Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buahbuahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan kita.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.

Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam)
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis)
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Sumber dari UTUSAN PENGGUNA, MAC 1997, M/S 19

Penutup.

Kadang-kadang dugaan yang menimpa diri kita untuk makan makanan yang sedap tetapi tak berkhasiat telah mengundang padah kepada diri kita. Tetapi kadang-kadang bila umur dah semakin berusia, mula mengetahui bahawa kesihatan itu penting (sebab dah kena penyakit, adoi!!). Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita. Yang muda tuh kena ingat, tak semestinya akan terus sihat.

More from my site

  • Tips mudah berhenti merokokTips mudah berhenti merokok
  • Cara nak lebatkan rambut.Cara nak lebatkan rambut.
  • Tips elak mabuk lautTips elak mabuk laut
  • 7 Rahsia Tips memilih minyak wangi bagi lelaki maskulin, HAHA!! 7 Rahsia Tips memilih minyak wangi bagi lelaki maskulin, HAHA!!
  • Cara untuk merawat cirit biritCara untuk merawat cirit birit
  • Tips mudah kuruskan badan dalam 3 bulan sahaja!!Tips mudah kuruskan badan dalam 3 bulan sahaja!!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...
Share this on WhatsApp

Filed Under: Kesihatan Tagged With: berdiet, diet seimbang, kepentingan makanan berkhasiat, makanan berkhasiat, mari diet

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Comments

  1. izzah hazirah says

    April 3, 2011 at 2:24 pm

    kalau banyak minum air boleh adi gemuk jugakan?

    Reply
    • Zik says

      April 3, 2011 at 5:06 pm

      boleh juga... tengok jumlah kuantiti dan jenis air yang kita minum itu..

      Reply
  2. azmil rosdi(SMSJ) says

    May 26, 2011 at 11:22 am

    Amalkan pemakanan yg sihat yer adik2~
    renung2 kan, & selamat beramal

    Reply
  3. makanan seimbang says

    July 7, 2011 at 12:33 am

    makanan seimbang lah dapat mengurangkan risiko penyakit.Jadi sama-sama kita amalkan gaya makanan seimbang

    Reply
    • Zik says

      July 7, 2011 at 1:10 am

      ya betul tuh... sama2 kita berusaha.. bulan puasa pun dah nak dekat... kasi cuci perut nih...

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com







THE BERKAT

Doa Selepas Solat

Cara Solat Istikharah

Cara Solat Tahajjud

Cara Solat Taubat Nasuha

Cara Mandi Wajib

Recent Posts

  • Lirik lagu Hati, Hael Husaini
  • SAHIFAH: LEMBARAN HADIS RASULULLAH SAW
  • Live streaming Final Indonesia vs Vietnam sukan sea 10.12.2019
  • Live streaming Myanmar vs Cambodia sukan sea penentuan 3&4 10.12.2019
  • Gegar Vaganza 6 minggu ke 9 2019

Sponsored Links :

 

 

hotSiapa Cakap Nak Bercuti Macam Neelofa Kena Pakai Duit Banyak Giler?hot

 

 

 

 

 

eBook Google Ads For Newbie: 15 Minit Google Ads!

Buat duit dengan Applikasi Andriod




Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan


Buat Duit Dengan Blog Part1

Ada blog? Buat duit dengan blog denganPOPCASH.NET!!

Jom Shopping ke JD SPORT

Jana Income 4-5 angka Shopee Sebulan!!





 




Kategori/Sitemap

Archives

Langgan artikel blog ini ke email anda secara percuma!!

Enter your email address:




Delivered by FeedBurner





Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Copyright © 2019 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • Ad Block Detection Notice
%d bloggers like this: