Kenapa kita tidak digalakkan makan ayam?? ada beberapa perkara yang aku dan anda semua rasakan ia sangat penting. Berat untuk cerita, tetapi itulah hakikatnya pada hari ini. Sumber ini aku dapat dari email dan ia tidak semestinya benar, cuma kita perlu fikir-fikirkan. Ada tujuh sebab:
1. Kajian menunjukkan bahawa 92 peratus penternak ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam. Mereka ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.
2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan suka-suka menaikkan harga anak ayam tanpa sebarang sebab.
3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar makanan ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari perayaan.
4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.
5. Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya (ayam suntik). Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya ‘kelihatan’ subur dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.
6. Ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.
7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.
Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lagi membimbangkan untuk satu tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.
Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu.
Kulit ayam pun kena jaga-jaga!
Kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun. Kulit ayam tidak digalakkan untuk dimakan kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya.Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat.
Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak. Tambahan pula, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.
Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan. Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini.
Sekali lagi disarankan kurangkan/berhenti membeli ayam daging dipasaran yang telah diubahsuai susunan genetiknya, dikawal harganya oleh golongan kapitalis, diracuni serta telah menjalani food programming secara kaedah yahudi yang sangat memberi kesan kepada pertumbuhan minda, boleh menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama kepada kanser rahim serta kanser payudara.
Sangat susah kalau nak berhenti makan ayam nih. Sebenarnya , aku pun sama jugak, boleh dikatakan hari-hari makan ayam ini. Entahla…
Sumber email, utusan.com.my, hairul.com, ftpunisri
Ayam KFC paling ketara kan.. Dulu ayam xde kes nak suntik2.. Sekarang kalo x suntik, ayam x sihat la pulak.. Tapi bila suntik, kesan akan datang kena pada manusia jugak..
Memang benda ni boleh menyebabkan banyak masalah pada masa hadapan.
eh2 cik tom baru je makan ayam kepci tadi..erk pas ni pose r makan kepci…hee
Kena kurangkan makan tu cik tom, makan sekali sekala tak pe kot.
Tp kan… KFC tu kan menjilat jari…. huhuhu
kalau ayam di Mesir ni saya tak penah kaji plak sebab lebih 90 peratus rakyatnya muslim..
disana tak tahulah macam mana permintaan nya?? kalau banyak mungkin ada injik2..
dah lama tau fakta ni tp sbg manusia, kita tak diberi alternatif lain..
makan ayam kampung… cuma liat sikitlah.. kalau tak nak liat.. kena rebus lama2.. .
Nak merebus tu lah bercinta sikit…. hehehe. Lagi2 nak buang bulu ayam kg. Mak aihhh….. lagi bercinta tau!!! 😛
dah lama tak mkn aym, tapi kalau teringn mkn jgk…
apa2 pun tq baru tau fakta ni
ayam kiranya macam dah jadi makanan wajib.
aku dah lah asyik melantak ayam jer…huhuhu…hurm untuk penternak ayam…rasanya dah ada kesedaran…dah ada muslim jadi penternak secara besar2an
just dari kita kena tahu dari mana datangnya ayam itu…biar cerewat…pasal benda tue juga jadi darah daging…ye dak?
tanya jer.. takder deme nak marah .. huhu.. penting nih..
Dah beberapa kali baca artikel seperti ini, setiap kali baca akan tersedar dan rasa macam tak nak makan ayam, tapi bila pergi kenduri kendara, ataupun majlis-majlis keraian yang lain, bila hidangan adalah ayam, dah lupa balik pasal artikel ni. Lemah betul diri ini, semoga pasni akan lebih berhati-hati.
samalah kita bro..kita tahu tapi tidak mahu melakukannya..
patutkah sudah terhantuk baru nak terngadah?
suka makan nasi ayam, tapi takut betoi bila baca artikel ni…rasa cam takmo makan ayam je dah
insaf sekejap jer kot??? hehe
zaman skang ni ramai manusia terdedah dgn pelbagai penyakit sumbernya dari pada benda2 mcm ni la,,
mmg tak seperti org dulu2 yg kurang terdedah dgn bhan2 kimia ni..
semua makanan dah banyak sangat yang bahaya.. nak makan apa yang bagus nih… huhu
parents aku pun dah stop makan ayam.. sebab dorang hari tu baru tahu pasal ayam suntik tu.. aku sebelum ni dah pernah cerita kat dorang tapi masa tu dorang macam endah tak endah je.. entah macam mana tetiba dorang dah stop makan sekarang..
Sekarang ni nenek dengan atok pun dah kena kencing manis, darah tinggi dan banyak lagi penyakit. Patutnya berhenti lagi makan ayam ni.
ala………… ayam itu sedap.. peberet tu… huhuhuhuhu
sekali sekala ok kot… kalau selalu tak elok…
baik…. hahhahha….
yang aku dengar jangan makan kulit ayam sebab banyak bahan kimia berbahaya (sebab ayam suntik kot)
sebab kulit ayam nie merupakan organ yg digunakan untuk sinkirkan toksin / bahan kumuh berlebihan dari mana-mana haiwan dan manusia, jadinya, memang ler bahagian kulit byk bahan yg tak diperlukan badan
tp bila dah goreng berempah di tambah dengan crunchy pula..perghh kadang2 tewas dalam renyukan aym cripsy huhu
Sekarang ni kena makan ayam kampung je ni.
cuma susah sikit nak dapat dan harganya agak mahal juga… huhu
adusss…aku ngah makan ayam ni. tadi cari lauk ikan dah abis.hehehe
hehe… takper slim diet ada..
yeay!!..saya tak suka ayam, haha..nasib baik lah kan.. dulu tak makan langsung pun ayam nih…sekarang sket-sket ja..haha..
kulit = organ yg digunakan untuk menyingkirkan toksin / bahan kumuh berlebihan dari mana-mana haiwan dan manusia, jadinya, memang ler bahagian kulit byk bahan yg tak diperlukan badan
owh terima kasih nota tambahan tuh.. hehe
suri cuba utk mengawalnya sedaya yg boleh heee..
selera org dah berkahwin ni mood makan dia berselerah sungguh heeee
owh yeker.. biasalah orang bujang mana tahu pun…
kena bela ayam la camni…aku suka ayam kampung…manis dagingnye..huhu..liat lagi tu..
kalau tak nak liat.. kena rebus lama2… hehe… aku pernah buat.. jadi2..
Ayam dengan ikan sedap lagi makan ayam. Kalau nak boikot ni susah jugak sebab dari segi rangking makanan, ayam di tempat kedua paling ramai makan selepas ikan.
tapi kalau untuk kebaikan semua, untuk turunkan harga ayam, apa salahnya boikot sekali-sekala kan
demand ayam nie.. tak pernah putus2x…
Assalam…
Ayam dulu dan ayam skrg mmg berbeza..
Skrg ni kalau goreng ayam, mesti ada keluar benda warna putih macam lemak tu, tak tau apa benda, mungkin kesan ubat ke….entahla..
Pastu cepat jemu..
dah hari2 makan.. mana tak jemunya.. huhu
salam Zikr..
molek juga kempen ni..
saya setuju sebab saya tak
suka makan ayam ni..
🙂
mari kita boikot makan ayam.!!!
paling selamat jangan makan ayam..
makan ikan pun ok….
so pasni kene hati2 la makan ayam
lagi2 ayam kat fast food restaurant
huhuhuhu
kalau makan ayam kampung.. ok 🙂
ayam kampung dia tak kena injection dan dikasi makan ubat..
susah juga makan ayam tak boleh.
kenapa orang islam tak kuasai
perniagaan ni.ayam kat tempat aku elok
kot.
orang kita banyak berniaga restoran..
oh no!! aku baru je lepas makan kfc.. jarang2 sekali tu xpe kot..he3
amboi… sedap lah pulak.. aku jarang makan kfc…
erm..kadang2 bila kuar di paper atau berita..ttg isu penyembelihan ayam..ishk…wat seram plak …tp walau apa pun..ayam ttp jadi pilihan utama..adeih..
seram jugak… ntah tak tahu dah berapa ekor ditelannya..errkkk
Zik, 1perkongsian yg cukup bagus. Memang ade benarnya apa yg dikongsi…insyaAllah, kang aku citer sikit pengalaman aku dlm bidang ayam-ayaman nie….
owh yeker..cecita2x.. hehe
saya sendiri dah lama kurang makan ayam
tapi anak2 masih meminatinya
payah juga nak larang budak2 ni
anak2 memang suka…
ayam tue fevret cik tom..kalau xmakan ayam nak makan pe ek?huhu..
makan daging lembu..takpun ikan pun ok aper.. huhu
sekarang ada ayam organik keluaran HPA hehe, tp taktau la pasaran meluas ke tak
Kat area abg Mus pun susah ke nak dapat ayam kampung?
kena la makan ayam organik pulak. Ayam kampung tak dpt nak bela pulak
kat kampung nie ada banyak kak.. kalau nak beli…hehe..
Gua pun dh bosan makan ayam suntik nih…tp bro, nak beli ikan pun boleh tahan gak rega kt pasar skg nih…mahal gilerzz tuuu…..
ikan memang harganya mahal …. adoi… makan daging lembu jerla.. huhu
1. >92% penternak ayam daging bukan org Islam – aku setuju sbb rata2 farm yg aku pergi, taukenya mmg cina..dan pekerjanya ramai indonesia..bab naik harga, mereka juga kdg2 terpaksa sbb hrga mknn ayam naik disebabkan harga bahan mentah spti jagung (diimport) dll naik…kira kesan berantailah ni…
2. 100 peratus pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam – mmg ramai breeder bukan Islam..dan harga anak ayam pedaging sekarang mungkin hampir mencecah RM1.40 sekor..kalau tak silap, 2-3 tahun lepas dalam 60-70sen sekor…
3. Isu pengeluar mknn ayam – cam biasa, mmg mereka yg kuasai bidang ni..dari buat mknn, breeder dan penternak..tp ade jg yg org kta buat, cuma tak besar. Kenapa? Sbb modal utk buat ladang ayam ni mmg teramatlah besar…itulah limitnya sekarang…
4. Mmg ramai peniaga ayam halal adalah seagama dan sebangsa..mmg aku sendiri dgr yg mereka tersepit..jual mahal takde org nak beli pulak..tp masih lagi org kita beli, sbb suka sgt kat ayam ni…hehe
5. Isu bukan lagi ayam yang sebenarnya (ayam suntik) – setakat apa yg aku tgk, secara teknikalnya, dah takde dah ayam suntik2 macam dulu…tp mmg ada penggunaan antibiotik utk mencegah pelbagai penyakit…lagi, utk ayam2 membesar, ada spec yg mereka tetapkan, kalau nak berat ayam begini, luas per square feet utk sekor ayam begini….malah ayam pedaging sekarang ada yg hidup mewah, dalam air cond, makan mmg ikut jaduallah, kais juga guna kaki, tapi takde cacinglah..kalau cacing, itu namanya ayam kampung…hehehe
6. Guna antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf – yg ni sukar nk dibuktikan, sbb kalau aku mintak senarai yg mereka guna, mmg takkan dapat…jadi utk pembuktian, biasanya sampel dihantar ke makmal utk buat analysis antibiotic residue…mungkin apa yg doktor tu jumpa…adalah tuh…ermmmm
7. Isu komplikasi kesihatan – mmg sekadar yg aku tahu, kalau daging ayam yg kita makan masih lagi ada sisa baki antibiotic, mmg ianya akan memberi kesan yg tak baik pada sistem imun bdan kita…senang citer gini…kenapa kdg2 kita ambil ubat antibiotik, kita masih lagi tak baik2? salah satu sbb sbb badan kita dah imun dgn antibiotik yg diberi oelh doktor…jadi doktor kasi antibiotik lain pulak…itulah namanya bdn kita sudah imun dgn antibiotik yg sama (mungkin kita dapat dari daging ayam yg kita makan…)
Alamak zik, ni dah panjang yang amat ni…maaf yer…sekadar berkongsi pandangan dan idea…kalau salah tolong betulkan yer.. 😀
pssst…ada alternatif utk ayam bebas antibiotik? jawapannya memang ada…
terima kasih diatas penerangan nie bro… LIKE!!!
Erk! Serius?
Camni ternak ayam sendiri jelah.
Pastu bila rasa nak makan, sembelih je.
Bro, info pasai daging lembu pula camne?
daging lembu,, nanti akan dikupas… .. tungguew..
Kalau duduk kampung boleh ternak ayam tentu tidak bimbang dengan ayam suntik. Kebimbangan cara penyembelihan yang tidak sah pun sudah menjadi umat islam
ya betul… tapi kalau kat kg nie.. ada juga yang beli ayam ekspress nih.. huhu
Ayam tu nyum nyum nyum….
Budak kecik pun suka ayam goreng. Mcm mana nak terlepas dari makan ayam sbb ayam tu sedap! huhuu. Nak kawal pun susah… 😀
Memang sedap tapi tidak boleh setiap hari,,harus dikurangi
mak aiih aku ni boleh kata setiap hari mesti ada menu ayam.. rasa macam ketaq pulak bila baca pasai kanser.. pasni kena kurangkan lah
kfc memang la sedap tapi kurangkanlaah makan kfc
ih mengerikaan, syukur saya tidak suka ayam
sekadar berkongsi pengalaman sendiri.. Alhamdulillah.. sy dah tak makan ayam suntik tu dlm tempoh 4 tahun.. memula tu susah juga.. tp skrg ni, bila tgk org dok pulun makan ayam goreng (suntik).. perasaan sy ngeri pun ada…
baru baca artikel ini