• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD), langkah pencegahan yang kita perlu tahu

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD), langkah pencegahan yang kita perlu tahu

Zik · Jul 31, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

HFMD. HFMD kesan,

APA ITU HFMD,

Ia dalam bahasa English, Hand (Tangan ), Foot (kaki), Mouth (mulut) dan Decease (wabak) . wabak ini sedang tular di negara kita, malaysia. Kita harap kerajaan dapat tangani masalah ini selain kita semua bekerjasama mengatasi wabah ini.

Ikut rekod, sudah ada kematian, so benda ini sangat serious. Bukan boleh dibuat benda gurau atau diambil sambil lewa. Bayi 14 bulan, budak sekolah tahun 4.

NASIHAT KESIHATAN (ADVISORY) HFMD

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

HFMD. HFMD kesan,

HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

i)
Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

ii)
Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

iii)
Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my.

Info tambahan :

HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut.

Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus.

 

Adakah penyakit HFMD ini biasa terjadi di Malaysia?

Ya! Kementerian Kesihatan melaporkan penyakit HFMD adalah wabak berkala dikalangan kanak-kanak.

Sejak jangkitan pertama yang dikesan di Malaysia pada tahun 1997, Kementerian telah menutup pelbagai “playschools”, sekolah rendah, pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dan tadika untuk membendung penyakit ini.

Bagaimana nak tahu jika bayi saya mengalami penyakit HFMD?

Bayi atau kanak-kanak yang menghidapi penyakit tangan, kaki, dan mulut ini akan berasa tidak sihat.

Tanda-tanda virus amat kecil – seperti ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki. Anak anda juga boleh:

  • Mengalami sakit tekak
  • Demam ringan
  • Kelihatan keletihan dan tak bermaya
  • Lepuh akibat penyakit ini amat menyakitkan.

Malah, bayi yang dijangkiti HFMD mungkin tak mahu menyusu atau makan kerana kudis dalam mulut mereka yang sangat menyakitkan.

Adakah saya perlu menghubungi doktor jika saya mengesyaki anak mengalami penyakit HFMD?

Anda harus membawa anak ke hospital untuk pemeriksaan doktor. Dalam kerana yang serius, anak anda mungkin perlu ditahan di hospital.

Walau bagaimanapun, jika demam anak anda melebihi 39 darjah C, dan tak reda selepas empat hingga lima hari – doktor perlu menyemak untuk jangkitan sekunder.

Hati-hati dengan tanda-tanda dehidrasi!

Kadang-kadang bayi tak mahu menyusu kerana lepuh dalam mulut menyakitkan. Jadi, jika bayi anda tak akan makan atau minum dan lampinnya tak basah dalam lebih daripada enam hingga lapan jam, hubungi doktor!

Bagaimana saya boleh menjaga bayi yang sakit akibat penyakit HFMD?
Anda perlu tunggu selama 7 hingga 14 hari untuk penyakit ini reda.

Tapi, jika virus sudah merebak ke tangan, kaki dan mulut, mungkin masa yang lama diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh menjaga bayi anda dengan cara ini:

Di bawah nasihat doktor anda, cuba tangguhkan pemberian paracetamol kepada bayi

Gel untuk pertumbuhan gigi juga boleh melegakan kesakitan bayi anda

Untuk mengela dehidrasi, terus beri susu badan, formula, atau air dan jus yang dicairkan untuk bayi yang sudah besar.

 

Sebaik sahaja bayi saya pulih daripada menghidap penyakit HFMD, bolehkah dia dijangkiti semula?

Ya. Seperti selesema, bayi anda akan kebal kepada virus yang sudah menjangkitinya namun, masih banyak lagi virus penyakit tangan, kaki dan mulut.

Adakah penyakit HFMD memberi kesan kepada wanita hamil?
Tiada risiko khas untuk wanita hamil, tapi dalam kes-kes tertentu, janin boleh terjejas.

Jika seorang wanita hamil terpaksa menjaga atau memegang seorang kanak-kanak yang dijangkiti dengan penyakit tangan, kaki dan mulut ini, dia perlu membasuh tangan dengankerap.

Atau mungkin perlu memakai sarung tangan getah jika dia perlu menukar lampin atau melakukan rutin penjagaan bayi yang lain.

Elakkan dari anak-anak bermain di luar di tempat yang terdedah dengan orang luar, seperti taman tema air, mainan , di taman.

HFMD. HFMD kesan,

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kesihatan apa itu HFMD, langkah pencegahan HFMD, simptom terkena HFMD, tanda terkena HFMD

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021
  • Dividen kwsp 5.2 konvensional, 4.9 peratus shariah 2020
  • Live streaming Kuala Lumpur United vs Selangor (piala prihatin menteri wilayah) 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kesihatan

Boikot makan ayam, kenapa??

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Kenapa kita tidak digalakkan makan ayam?? ada…

Kesihatan

5 jenis makanan yang tidak digalakkan masuk peti sejuk

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Kebanyakan orang beranggapan, termasuklah dir…

Kekeluargaan Kesihatan

Kucing panjangkan usia.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Menyayangi haiwan merupakan satu sifat yang b…

%d bloggers like this: