Lihat gambar dibawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pengambilan makanan yang seimbang. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Sumber kementerian Kesihatan Malaysia.
Pendahuluan: amalan pengambilan makanan seimbang panting – memberikan kebaikan kepada tubuh badan
Isi 1: Tubuh badan kita akan kekal sihat – membekalkan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan
Isi 2: Tubuh badan kite mempunyai daya tahan yang tinggi untuk melawan penyakit – pengambilan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran – dapat mencegah penyakit daripada mudah menyerang
Isi 3: Membantu tumbesaran badan dengan lebih balk – dalam kalangan kanak-kanak dan remaja -membekalkan pelbagal kandungan zat yang mencukupi – pertumbuhan tumbesaran badan menjadi normal – perkembangan fizikal dan mental sihat dan sempurna.
Penutup: Pengambilan makanan yang berasaskan piramid makanan haruslah dijadikan sebagai panduan – berdisiplin dalam hal ini demi memperoleh kehidupan yang lebih slhat – warganegara yang sihat mampu memberikan sumbangan yang bermakna untuk negara.
CONTOH KARANGAN.
Pengambilan makanan seimbang amat penting kerana amalan ini dapat memberikan kebaikan yang banyak kepada tubuh badan kita. Pelbagai kebaikan dapat kita peroleh melalui pengambilan makanan yang seimbang.
Kebaikan yang paling nyata apabila kita mengambil makanan yang seimbang pada setiap hari ialah tubuh badan kita akan kekal sihat. Hal ini demikian kerana, pengambilan makanan yang seimbang mampu membekalkan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Sebagai contohnya, pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat yang mencukupi dapat mengurangkan pengambilan lemak dan gula kepada seseorang individu. Hal ini dapat mengelakkan individu tersebut mengalami penyakit diabetes.
Selain itu, pengambilan makanan seimbang juga akan menjadikan tubuh badan kita mempunyai daya tahan yang tinggi untuk melawan penyakit. Hal ini demikian kerana, pengambilan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C, dapat mencegah penyakit selesema, masalah kulit dan sebagainya. Keadaan ini dapat mencegah penyakit daripada mudah menyerang kita dan mencegah itu lebih baik daripada mengubatlnya.
Malahan, amalan makanan seimbang juga akan membantu tumbesaran badan dengan lebih baik terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Tumbesaran ini dapat dilakukan kerana makanan seimbang dapat membekalkan pelbagai kandungan zat yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Keadaan ini membolehkan pertumbuhan tumbesaran badan menjadi normal. Malahan keadaan ini dapat memastikan perkembangan fizikal dan mental kita sihat dan sempurna.
Kesimpulannya, pengambilan makanan yang berasaskan piramid makanan haruslah dijadikan sebagai panduan untuk menentukan jenis makanan dan kadar yang perlu kita ambil. Kita perlulah berdisiplin dalam hal ini demi memperoleh kehidupan yang lebih sihat. Warganegara yang sihat mampu memberikan sumbangan yang bermakna untuk pembangunan negara.
Sudut KATA ?
• seimbang: khasiatnya sesuai bagi keperluan tubuh
• diabetes: kencing manis
• tumbesaran: pertumbuhan
• normal: biasa menurut keadaan yang biasa
• berdisiptin: menurut area mengikut tatatertib
• mencegah itu lebih baik daripada mengubaiinya: menghalang penyakit lebih balk daripada mengubati penyakit
Leave a Reply