Satu peringatan buat diriku agar tidak mengamalkan minuman segera. Mengakui ketika belajar dahulu, kekerapan minum minuman 3 dalam1 boleh dikatakan setiap hari. Alasan yang aku gunakan ialah tidak sempat ( sibuk konon) dan malas untuk membancuh teh diwaktu pagi.
Mengikut laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada bulan 10 tahun lepas (2010) menggesa rakyat Malaysia untuk tidak menggunakan minuman segera 3 dalam 1. Minuman dan bijirin ini lebih murah dan mudah untuk siap minum, tetapi penuh dengan gula berlebihan yang membawa banyak bahaya tersembunyi kepada kesihatan kita.
Laporan : Malaysia pengguna tinggi gula.
Rakyat Malaysia dilaporkan menjadi antara pengguna tertinggi gula di Asia Tenggara. Pada 1970-an rakyat Malaysia mengambil kira2 17 sudu teh gula sehari. Angka ini kemudiannya meningkat kpd 21 sudu teh sehari pada 1980-an. Mana tak Robert Kwok , digelar raja gula, nie koranglah banyak sangat beli gula. Hehe
Kekerapan anda minum, minuman segera 3 in 1??Market Research
Kini rakyat Malaysia dilaporkan mengambil purata 24 sudu teh gula sehari. Ini kerana gula terdapat dalam hampir semua jenis makanan yg diproses serta diambil bersama minuman di kedai dan di rumah.
Sebagai tambahan kepada 24 sudu teh gula ini, pengeluar minuman kini mendapati cara lain untuk meningkatkan pengambilan gula harian kita. Mereka menyuntik gula tambahan ke dalam diet kita dengan memasarkan minuman 3 Dalam 1 seperti kopi, teh, coklat, milo, minuman malt dan bijirin yang dicampur bersama krimer dan sejumlah besar gula.
Punca ramai yang membeli, termasuk aku!
Minuman ini murah dan mudah diperolehi, serta mudah untuk diminum dan disasarkan kepada mereka yang mempunyai gaya hidup yang sentiasa sibuk. Setiap satu daripada minuman ini biasanya mengandungi sehingga 4.4 sudu teh gula atau kira 80 kcal (Kilo kalori)!
Glukosa dalam gula memberikan pengguna ‘tenaga’ yang mereka fikir akan membantu menyediakan lebih tenaga di tempat kerja atau di sekolah. Pengambilan sesuatu yang tinggi kandungan gulanya dan pada masa yang sama mempercayai bahawa gula sumber tenaga sebenar, ramai percaya mereka merasa lebih bertenaga. Bagaimanapun, ia tidak benar dan hanya kesan plasebo.
Apa yang sebenarnya ialah kita mendapat semua tenaga yang kita perlukan daripada sumber makanan kita. Menurut Garis Panduan Pemakanan Malaysia yg diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan pada 1999, untuk memastikan kita memperolehi semua kalori harian yang diperlukan oleh kita daripada makanan, apa yang diperlukan ialah memakan makanan seimbang daripada pelbagai jenis makanan dan memakannya secara sederhana. Ini sudah cukup untuk menyediakan kita dengan purata keperluan tenaga harian antara 1500 hingga 2500 kcal.
Lihat kandungan gula setiap minuman instant, 3in1. Banyaknya gula!!!
Dengan 24 sudu teh gula sudah pun berada dalam saluran darah kebanyakan rakyat Malaysia, tambahan 3 bungkus minuman 3 Dalam 1 sehari berlebihan daripada amaran oleh WHO yg menyatakan 150 kcal akan meningkatkan pengambilan gula kita kepada 37 sudu teh atau 670 kcal – melebihi amaran keselamatan oleh hampir 450%!
Bagi mereka yang tubuhnya tidak mampu untuk mengawal glukosa, boleh mengakibatkan diabetes. Gula ini jika dibiarkan tanpa berkembang sebagai tenaga boleh dimetabolisme oleh hati dan kembali semula ke saluran darah sebagai lemak.
Bagi mereka yang menyerap kalori tambahan dan tidak diperlukan ini daripada gula dan krimer yang juga dipenuhi dgn kalori dan lemak tepu serta mempunyai gaya hidup tidak aktif, berisiko berdepan dgn masalah obesiti dan penyakit kardiovaskular.
Gula juga turut memberi makan sel kanser dan dikaitkan dengan lebih drpd 60 penyakit lain. Ia memusnahkan tubuh dlm byk cara – menjejaskan kesihatan, menyemai penyakit dan memendekkan hayat kita. Ringkasnya, gula membunuh!
Kurangkan gula, tambah senyuman.
Gula merupakan kenikmatan yang membahayakan dan tidak diperlukan. Ketika Malaysia merupakan negara keempat tertinggi bilangan penghidap diabetes di Asia, maka adalah lebih baik kita mengelakkan drpd mengambil minuman 3 Dalam 1 sbg permulaan untuk hidup bebas dgn gula. Ia bermakna permulaan kepada kehidupan rakyat Malaysia yang sihat dan produktif serta bebas daripada ketagihan kepada gula.
Kesimpulannya, kita mampu mengubah corak kehidupan ke arah kurang gula untuk kehidupan yang sihat demi mengurangkan risiko kepada penyakit kencing manis dan penyakit-penyakit lain.
Sumber : utusan pengguna september 2010.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Ceqla says
kenalan ceqla baru² ni dah kena sakit buah pinggang sebb minm Eurycoma longifolia ni… kesian dia… muda² lagi dah sakit
AdaAkuKesah says
kalau camtu, suh dia jumpa aku.. aku ada produk yg bagus untuk dia..
Ceqla says
ha acai la tu 🙂
kome nihh…. 🙂
sempat lagi eh
naimulfirdaus says
owh.. mujur saya kurang gunakan minuman 3 dalam 1..
terima kasih aas info ini..
zam says
Aku suruh wife aku je buat air ..sonang… hehehe.. Hasil tangan wife sendiri lagik afdhal..hikihik…. nak merasa kene la kawin cepat….. 😛
naimulfirdaus says
er, bro zik apa kabaq?
suri says
suri pjbt petang jer bt mili mug besar, gula satu sudu..pastu kat umh dah tak sentuh air manis lagi huuuu..
Zik says
sihat, alhamdulillah.. minta maaf bro naimulfairdaus.. sibuk sikit…
MDHAFiZ.NET says
kalau nescafe tu aku hari2 minum pagi dan malam…dh jadi habit dh…
tengkorak emas says
samalah kita huhu
Amry says
memang bahaya la bro minuman 3 dalam 2 ni. Ada member kepada member aku kena batu karang sebab minum minuman jenama tuttttt. Tiruan punya la. bahaya o.tak leh kerap. dah nama pon instant food kan. Food ker? BI aku fail.hehe
Zik says
sekali -sekala ok kot…. kalau hari2… naya
titan says
dah tak minum dah sejak habis study. Sekarang buat sendiri aje air. lagi best..
Zik says
cayalah bro titan…
eastbullet says
aku rasa kalau minuman 3 in 1 lagi mahal harganya dibanding kalau kita beli, milo, gula dan susu asing-asing. dekat uni pun aku buat manual je. kalau guna 3 in 1 ni rasanya kurang umph berbanding manual.. ( dah macam bawak kereta plak)
Zik says
buat sendiri lagi puas hati..
iza says
Assalam..
Nestum 3 in 1 termasuk sekali ke?
akak jarang minum air manis,minum air masak je tp kdg2 minum jgk nestum ni…
Mmg sedap nestum 3 in 1 ni sbb manis, kalau bancuh sendiri, rasa tak sedap je..
Zik says
tak pasti nestum … kalau tak tersenarai.. takdalah kot??
Ismail N says
Kawe pun sedar jugak tetapi terbeli gak. Mahu senang skrg adakala akan buat susah di masa akan datang. Hmmm… kena jaga disiplin diri nih.. 😀
Zik says
kena bagitahu orang rumah lah kalau macam tuhla ek..
akubiomed says
Memanglah mudah membancuh minuman segera maka segeralah dapat penyakit yang berkaitan. Adakala menakut macam campuran ada yang sampai 7 bahan yang dicampur terutama bahan tradisional. Kebimbangan bahan manisan dan bahan asing yang dicampur tidak pasti berapa halus dikisar. Bahan yang tidak cukup halus dikisar akan melekat di buah pinggang kerana gagal tapis dengan baik. Ibarat singki air tersumbat dengan sisa makanan.
Tidak kira minuman segera atau dibancuh haruslah di kawal supaya tidak melebihi had. Minum air sekurang 2L sehari. Untuk pesakit buah pinggang memerlukan 120L untuk mesin dialisis setiap rawatan. Pilihlah cara hidup yang sehat
Zik says
lam2 buah pinggang tidak dapat nak tampung semua tuh..
suffer8zine says
fuhhh banyak betul telan gula ni
Esempoi says
memang saya pun kena kurangkan minum yang 3 dalam 1 ni
kena buat sendiri nampaknya air baru leh kurangkan gula..
Zik says
buat sendiri lagi puas hati…
LiFe KaMi says
memang bahaya minuman instant ni, tp ramai yg suka,kadang kita order kat kedai mamak pun pakai 3 in 1 juga..
banyakkan lah minum air masak sebelum terlambat..
Zik says
minum air masak jadi pilihan…
ProfHariz says
Salam bro, Kehidupan kami pelajar.. 3 in 1 inilah minuman utama.. Hoho.. Mudah kot? Kalau nak beli bancuh macam x sedap kan 😛
Zik says
faktor yang mudah nak sediakan, punca 3 in 1 jadi pilihan…
fitri says
aku minum radix…mungkin banyak gula gak kot…buat teh la lebih baik
Zik says
kebanyakkan 3 in 1 nie banyak gula…
tengkorak emas says
aku minum nescafe..dalam gelas besar..dan aku rasa tak manis..maka aku tambah gula sendiri..fuh berapa banyak gula yg aku dah ambil…..
Zik says
erk…. tambah lagi gamaknya..
Firdaus Kasim says
pendedahan yg baru aku ketahui.. thanks 4 sharing 🙂
Zik says
beres2x bro…
BroZooL says
Kurangkan gula dalam minuman..
Tambahkan senyuman dalam kehidupan..
Tambah rakan demi kesejahteraan..
Hidup sihat kesihatan memuaskan..
Zik says
ya betul tuh… mantap2…
mankuchai says
Hari2 minum 3 in 1 coffee ni…lepas ni kena tukar bancuh macam biasa lah nampaknya..tq Zik!
Zik says
kalau bancuh sendiri lagi puas hati…
adele says
sy takkan sentuh milo fuze lg sbb pernah berlaku pengalaman yg mengerikan..takkan minum milo lg..arghh
Zik says
bad history nih. ce cecita..
adele says
biarlah rahsia.. 😀
AdaAkuKesah says
susah nak kira aku minum 3 in 1 nk bape kali sebulan.. mungkin dalam setahun ada la minum 6 tin
Zik says
amboi 6 tin.. rupanya 6 kali.. hehe..
AdaAkuKesah says
eh.. bukan 6 tin.. 6 kali
nizam says
aku suka sangat nescafee and coklat..hehehe…
tapi dalam masa yang sama aku minum air masak la…kira badan full dengan air…haha… ok ke?
Zik says
kiranya balance lah kan…
Pemerhati Dunia says
Bahaya 3 in 1 ini, janganlah diamalkan, memang banyak kandungan gula.
Zik says
gula yang terlalu banyak…
anuarkarimz says
bagaimana pula kopi radix, kopi jantan , sawda dsb? apakah ia termasuk dlm kategori ni?
Zik says
tak pasti lah.. tapi kebanyakkan 3 in1, semuanya kandungan gula nie memang banyak…
Razlan says
Ayah aku suke betul dengan minuman 3+1,risau juga aku memandangkan die keje sebagai security guard ,selalu la beli 3+1 ne ..kena gtaw kat dye entry bro ne kat dye
Zik says
owh yeker…
Ali ridha says
minuman ni orang suka beli.
senang nak bancuh.ambil air
panas tuang dalam gelas.dah boleh minum.
Zik says
benda2 mudah itu yang orang suka…banyak orang nak cepat, sebelum pergi kerja…
sazuwi says
dulu selalu gak minum..
tapi skarang kalau nak minum,
lebih baik pegi warong..
dapat relax + surf internet..hehe
Zik says
hehe.. baguslah kalau macam tuh
Iklil says
erk..?
bru jer lpas mnum td…huhu.
Zik says
erkkk.. alamak.. minum air kosong banyak2. kasi neutral..
Norasikin says
Itu sebabnya saya tak gemar 3 ini1. Minum air manis pun sehari sekali je. Kalau pergi kenduri atau majlis yg tak sediakan air kosong, terpaksa la jugak minum lebih dari secawan tapi lepas tu beberapa hari tak minum manis lagi. takut sangat bila tengok jari kaki arwah ibu mertua dipotong sbb kencing manis
Zik says
takutnya… baguslah kak buat macam nih..
Mrs.Ayie says
Bahaya rupanya. Nasib baik memang tak suka 3 in 1. Lebih suka bancuh sendiri, sebab boleh kurangkan gula.
Zik says
biar tak manis..janji kesihatan terjaga…
nuriz says
info pengiklan ni kadang2 tak betul jugak , cakap minuman berkhasiat tapi rupanya ada kandungan gula yg lebih..habih camno?
Zik says
hurm betul tuh.. promo nak lebih jer… adoi..
tehr says
rasanya tahun ni belum minum sebarang minuman 3 in 1
aku memang jarang sangat minum benda ni
dnoBiz says
aku pun dah hampir setahun tak jamah benda tu…
Ps : stetment macam dadah la pulak
Miss Tira says
Ramai guna minuman 3 in 1 ni sebab mudah nak sediakan. Sebab malas. Hehehe.
Zik says
betul tuh… samalah
zulkbo says
salam Zikr..
ermmm..saya dari dulu
tak suka minuman 3 in 1
ni..tak tahu kenapa..
sekarang baru tahu..
nasib baik..
Zik says
wah bang zul lagi bagus..tak pernah merasa …
dnoBiz says
Aku dan lama tak minum lepas saudara aku kena stroke akibat darah terlampau pekat kesan daripada minuman 3 dalam 1 tongkat ali..
Ps : muda lagi tu
Zik says
yeker muda lagi.. takutnya
decrewz says
X hairanlah nape ramai sangat rakyat malaysia kena kencing manis sampai buat iklan kurangkan gula…
Zik says
itu lah pasal… malaysia nie dah tahap bahaya nie …
Dila.13 says
Perghh!! nescafe 3 in 1 satu sachet 3.3 sudu teh gula!! Waktu saya belajar kat uni dulu, untuk sarapan je saya bancuh & minum terus 2 sachet! sekarang ni dah tak ambil langsung 3 in 1 kecuali kalau teringin nak minum Hazelnut white coffee yg Old Town punye. itu pun satu sachet kongsi dgn housemate buat 2 cawan. huhuhu…
Zik says
takper atlet banyak guna tenaga… huhu
syahrilhafiz says
tapi kalau cafe produk HPA, Eman tu berkenaan kopi pracampur premix macam mana pulak? minuman ni aku rasa yg certain je..
Zik says
kebanyakkan 3 in 1 gula dia memang campur ekstrak banyak… HPA tuh tak pastilah… mungkin ada part yang kedua , akan datang update 3 in1/ 5 in 1 yang banyak kandungan gula dan yang less sugar..
Firdaus Kasim says
bro, thanks komen kt blog aq..
aq hargai sgt2
nasslimdiet2 says
saya memang jarang minum 3 in 1. buat air manis pun jarang, lebih banyak minum air kosong je. Alhamdulillah
Zik says
bagusla… kalau macam itu kan..
bEe says
Mmg bahaya minuman 3 in 1 ni. Tapi, pelik kan… kerajaan minta rakyat menjaga kesihatan tp minuman begini / makanan begini begitu byk di pasaran bukan!
Sama juga bila kita pi hotel bertaraf 4 / 3 stars ke…. Ada juga dijual (cuma kandungan gula kurang jer skit) huhuhu
Zik says
sebab nak untung jer.. huhu
saiful says
Dah lama berhenti beli minuman 3 dlm 1.Rasanya pun bukan sedap sangat.
Zik says
kureng lah… sebab dia ekstrak.. banyak bahan campuran…
fiezaradzi says
dulu rajin gak la minum, time blajar dulu, tapi skg ni lebih suka bancuh, tu pun kurangkan gula, sbb en abg tak suka minum manis2 sgt.. so, leh kiralah beli gula kt kedai dlm sebulan tu…
yas says
Milo fuze tu peberet gua lorr…tp biasanya manis tu kasi kurangkan laa..buh air banyak sket…
paihujey says
banyaj gula la ni..aku minat yg milo 3 in 1..bukan buat air tapi ratah camtu jew,,hehe..ibarat mkn gula jela
nanaTheWitch says
thanx for the info bro.. betul2 mmbntu research sye skit sbnyak mngenai kesan pngmbilan minuman 31n-1.. ;p