Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan- Obesiti dalam Kalangan Masyarakat

Karangan- Obesiti dalam Kalangan Masyarakat

Zik · Aug 31, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

Masalah obesiti yang melanda di negara kita malaysia agak kritikal.

Berdasarkan gambar dibawah ini, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menangani obesiti. Panjang hurainan anda hendaklah diantara 200 hingga 250 patah perkataan. Selamat mencuba.

 

langkah-langkah menangani obesiti

Rangka karangan.

Pendahuluan: bilangan rakyat Malaysia obesiti semakin meningkat — 30 peratus rakyat Malaysia tergolong dalam obes — perlu langkah-langkah menangani masalah obesiti ini

Isi 1: menggalakkan masyarakat agar mengamalkan pemakanan seimbang — menyusun pola makanan kita secara sihat supaya tubuh badan kita mendapat gizi yang diperlukan

Isi2: menyedarkan masyarakat agar mengelakkan pengambilan makanan segera — mengandungi lemak, garam, dan bahan perisa yang berbahaya untuk kesihatan

Isi 3: membanyakkan aktiviti fizikal — mampu membakar lemak yang tedapat dalam tubuh badan kita melalui peluh

Penutup: harus dipandang serius — menimbulkan pelbagai penyakit kronik — semua pihak harus berusaha untuk menangani masalah ini.

 

CONTOH KARANGAN.

Pada masa ini, bilangan rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai obesiti semakin meningkat. Kajian Kementerian Kesihatan mendapati 30 peratus rakyat Malaysia termasuk dalam golongan obes. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil untuk menangani masalah obesiti ini.

Antara langkahnya adalah dengan menggalakkan masyarakat agar mengamalkan pemakanan seimbang. Hal ini demikian kerana, pemakanan seimbang menyusun pola makanan kita secara sihat supaya tubuh badan kita mendapat gizi yang diperlukan. Piramid makanan juga memberi peringatan kepada masyarakat tentang jenis makanan yang patut diambil secara banyak dan jenis makanan yang patut dikurangkan. Oleh itu, pengetahuan terhadap piramid makanan dan pemakanan seimbang harus ditingkatkan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, masalah obesiti dapat ditangani dengan menyedarkan masyarakat agar mengelakkan pengambilan makanan segera dalam kadar yang kerap. Hal ini demikian kerana, makanan segera mengandungi lemak, garam, dan bahan perisa yang berbahaya untuk kesihatan. Lemak yang terkandung dalam makanan segera itu merupakan kolesterol yang menjadi penyumbang utama obesiti. Walaupun, banyak syarikat restoran segera mendakwa bahawa makanan yang dijual di restoran mereka baik untuk kesihatan tetapi hakikatnya, makanan itu hanyalah indah khabar daripada rupa. Sebagai contohnya, minuman berkarbonat yang dihidangkan bersama dengan menu makanan yang ditawarkan mengandungi gula yang amat tinggi. Gula mengandungi karbohidrat yang turut menyumbang kepada masalah obesiti di samping berisiko tinggi untuk menghidap penyakit diabetes.

Di samping itu, masalah obesiti dapat juga ditangani dengan membanyakkan aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana, aktiviti fizikal mampu membakar lemak yang tedapat dalam tubuh badan kita. Pembakaran lemak tersebut melalui peluh yang dikeluarkan oleh tubuh badan kita. Malahan, peluh ini juga menyingkirkan sisa toksik yang tidak diperlukan oleh tubuh. Oleh sebab itulah, semua pakar kesihatan mengesyorkan masyarakat agar bersenam sebagai cara yang paling efektif untuk mendapatkan berat badan yang ideal sekali gus menangani masalah obesiti.

Kesimpulannya, masalah obesiti harus dipandang serius sebagai masalah yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit kronik. Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk menangani masalah ini agar bilangan penghidap obesiti di negara kita dapat dikurangkan. Hal ini amat penting dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang sejahtera.

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia cara menangani obesiti, elakkan makanan segera, Karangan- Obesiti dalam Kalangan Masyarakat, mengamalkan pemakanan seimbang

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.