Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / KARANGAN SPM, PUNCA-PUNCA JEREBU

KARANGAN SPM, PUNCA-PUNCA JEREBU

Zik · Oct 8, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

punca jerebu

Lihat gambar diatas dengan teliti. Huraikan punca berlakunya jerebu di negara kita. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pendahuluan: Jerebu ini telah menimbulkan pelbagal kesan negatif – berkaitan dengan kesihatan rakyat, kegiatan ekonomi negara, industri pelancongan turut terjejas – punca- punca berlakunya jerebu harus dikaji dengan teliti.

Isi 1: pembakaran hutan secara terbuka – langkah untuk membersihkan kawasan – menjimatkan wang tetapi menjejaskan kualiti udara

Isi 2: banyak kilang yang beroperasi – mengeluarkan asap yang banyak kerana pengusaha kilang lidak membina serombong yang cukup tinggi.

Isi 3: asap kenderaan- jutaan kenderaan bergerak di jalan raya – kenderaan komersial yang melepaskan asap hitam ke udara menyebabkan masalah jerebu kian buruk.

Isi 4: tapak pelupusan sampah yang menggunakan kaedah pembakaran – asap yang dilepaskan – sukar terurai  di udara.

Penutup: semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah Jerebu – mengelakkan komplikasi buruk.

 

Contoh Karangan.

Sejak akhir-akhir ini, negara kita kerap dilanda jerebu. jerebu ini telah menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan rakyat. Dalam masa yang sama, kegiatan ekonomi negara turut terjejas terutama industri pelancongan apabila banyak pelancong asing membatalkan rancangan untuk bercuti di negara kita. Dengan itu, punca-punca berlakunya jerebu harus dikaji supaya mudah diambil usaha untuk menanganinya.

Antara punca berlakunya jerebu ialah pembakaran hutan secara terbuka. Terdapat sesetengah pengusaha ladang yang sengaja membakar hutan sebelum kawasan tersebut dijadikan ladang. Kaedah ini sering dipilih oleh pengusaha kerana kaedah ini menjimatkan wang, cepat, dan baik untuk kesuburan tanah. Namun begitu, kaedah ini menyebabkan asap terbebas ke udara sehingga menjejaskan kualiti udara.

Selain itu, jerebu berlaku kerana semakin banyak kilang yang beroperasi di negara kita. Pembukaan kilang-kilang ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing menanam modal di negara ini. Kilang-kilang yang dibuka ini mengeluarkan asap yang banyak kerana pengusaha kilang tidak membina serombong yang tinggi untuk melepaskan asap jauh ke angkasa. Malahan, asap tersebut juga tidak dirawat sebelum dilepaskan ke angkasa. Dengan itu, indeks pencemaran udara menunjukkan kadar jerebu tinggi di kawasan perindustrian seperti di Tasek, Perak dan Pasir Gudang, Johor.

Pada masa ini, jutaan kenderaan bergerak di jalan raya di negara kita. Peningkatan taraf hidup serta keperluan yang mendesak menyebabkan permintaan terhadap kenderaan semakin meningkat. Walaupun, teknologi pembuatan kereta pada masa ini bersifat mesra alam, tetapi bilangan kenderaan lama serta banyaknya kenderaan komersial yang melepaskan asap hitam ke udara menyebabkan masalah jerebu kian buruk.

Di samping itu, jerebu juga berlaku kerana terdapat sesetengah tapak pelupusan sampah yang menggunakan kaedah pembakaran untuk melupuskan sampah. Kaedah ini walaupun mudah dan menjimatkan tetapi memberikan kesan yang besar terhadap jerebu kerana asap yang dilepaskan daripada tapak pelupusan sampah biasanya sukar terurai di udara kerana terdapat pelbagai jenis sampah yang dibakar.

Kesimpulannya terdapat pelbagai punca yang menyebabkan jerebu berlaku. Dengan itu semua pihak perlulah bergandinga bahu untuk menangani masalah jerebu bagi mengelakkan komplikasi buruk terhadap kesejahteraan rakyat. Janganlah nanti sudah terhantuk barulah tengadah.

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia contoh karangan punca jerebu, Huraikan punca berlakunya jerebu di negara kita. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan., karangan punca punca jerebu, karangan spm, PUNCA-PUNCA JEREBU

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.