• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
You are here: Home / Akademik / Karangan-Kebaikan Pembinaan Lebuh Raya di Malaysia

Karangan-Kebaikan Pembinaan Lebuh Raya di Malaysia

September 19, 2020 by Zik Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

jaringan lebuh raya di malaysia

Lihat peta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan pembinaan lebuh raya di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.  Sebenarnya pembinaan lebuh raya ini memang da kebaikan dari segi ekonomi negara dan juga jadi perhubungan diantara seluruh semenanjung malaysia. Namun ada baik dan buruknyalah sebenarnya. Tetapi kali ini kita nak bincang mengenai kebaikan pembinaan leburaya di malaysia kita ini. Masa jadi singkat berbanding di jalan biasa.

Rangka Karangan

Pendahuluan: negara kita mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang termoden di rantau Asia Tenggara

— pembinaan lebuh raya banyak membawa kebaikan

Isi 1: memudahkan perjalanan

— antara bandar dengan bandar

— antara negeri dengan negeri

— dapat pergi ke seluruh pelosok tanah air tanpa sebarang masalah

— perjalanan yang lebih mudah dan lancar dapat menjimatkan masa perjalanan

Isi 2: menjana pertumbuhan ekonomi negara

— memudahkan penghantaran barang ke sesuatu tempat

— boleh berurusan dengan negara yang bersempadan dengan Malaysia, iaitu Thailand di utara Semenanjung Malaysia dan Singapura di selatan Semenanjung Malaysia

Isi 3: sistem pengangkutan awam dapat dimajukan

— memberi keselesaan kepada rakyat kerana dapat bergerak ke mana-mana sahaja

— turut membantu perkembangan industri pelancongan

— pelancong boleh pergi ke mana-mana negeri dengan mudah Penutup: pembinaan lebuh raya dapat memberi kebaikan kepada rakyat dan negara

— merupakan kemajuan dalam bidang perhubungan

— kemudahan lebuh raya yang sentiasa dinaiktarafkan

— meningkatkan imej negara di mata dunia.

Contoh karangan. 

Negara kita mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang termoden di rantau Asia Tenggara. Antaranya ialah Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya KESAS, Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Timur-Barat, Lebuh Raya SPRINT, dan lain-lain.  Pembinaan lebuh raya banyak membawa kebaikan. Antaranya memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan melalui jalan darat serta meningkatkan imej dan ekonomi negara.

Pembinaan lebuh raya menjadikan perjalanan antara bandar dengan bandar dan antara negeri dengan negeri menjadi lebih mudah. Pembinaan lebuh raya yang menghubungkan semua kawasan ini menyebabkan semua tempat di seluruh pelosok tanah air dapat dihubungi tanpa sebarang masalah. Pengguna lebuh raya juga dapat bergerak ke sesuatu destinasi dengan perjalanan yang lebih mudah dan lancar. Hal ini juga dapat menjimatkan masa perjalanan berbanding dengan menggunakan jalan biasa.

Selain itu, pembinaan lebuh raya dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Urusan perniagaan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan lancar. Syarikat-syarikat perniagaan dapat menghantar barang ke sesuatu tempat dengan lebih cepat dan mudah. Dalam pada itu, urusan perniagaan juga boleh dilakukan dengan negara yang bersempadan dengan Malaysia, iaitu Thailand di utara Semenanjung Malaysia dan Singapura di selatan Semenanjung Malaysia. Malaysia boleh mengeksport barangan kraf tangan, pertanian, dan makanan ke negara jiran ini dengan cepat. Secara tidak langsung, hal ini dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Perkembangan sistem pengangkutan bergerak seiring dengan perkembangan pembinaan rangkaian lebuh raya. Sistem pengangkutan awam turut dimajukan untuk memberi keselesaan kepada rakyat untuk bergerak ke mana-mana sahaja di seluruh pelosok negara. Perkembangan ini secara tidak langsung turut membantu perkembangan industri pelancongan negara. Hal ini demikian kerana, pelancong asing dapat pergi ke mana-mana negeri yang diingini dengan mudah, cepat, dan selesa. Jelaslah di sini bahawa pembinaan lebuh raya dapat menggalakkan perkembangan sistem pengangkutan dan industri pelancongan di negara kita.

Kesimpulannya. pembinaan lebuh raya dapat memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. Kemajuan teknologi pembinaan lebuh raya juga menunjukkan peningkatan negara dalam bidang perhubungan. Hal ini menjadikan negara kita mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Oleh itu, kemudahan lebuh raya yang sedia ada hendaklah sentiasa dinaiktaraflcan supaya dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.

 

 • imej: keperibadian atau watak sesuatu pada pandangan pihak lain

• pelosok: ceruk

• mengeksport: mengirim barang-barang dagangan ke luar negara

• rangkaian: sesuatu yang bersambung-sambung –

• berdiri soma tinggi. duduk soma rendah: seimbang dan setaraf

Sudut KATA
• imej: keperibadian atau watak

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: Akademik, Bahasa Malaysia Tagged With: contoh karangan hobi saya, Karangan-Kebaikan Pembinaan Lebuh Raya di Malaysia, kepentingan pembinaan lebuh raya di malaysia, pendapat anda kebaikan pembinaan lebuh raya

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

 

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Liverpool vs Manchester united liga epl 18.1.2021
  • Live streaming badminton final beregu malaysia vs chinese taipei 17.12.2021
  • Jenis butter yang sesuai untuk digunakan!
  • PEMBAYARAN BPN 2.0 PADA 21 jANUARI 2021, semak di bpn.hasil.gov.my
  • TELEGRAM BOTS YANG ANDA BOLEH CUBA, YANG KE 5 PALING BEST!!

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Karangan- Hobi saya

Share this on WhatsApp KERJA KOSONG Saya mempunyai hobi yang tersendiri. Hobi sa…

%d bloggers like this: