Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / CONTOH KARANGAN, PERANAN MASYARAKAT MENJAGA ALAM SEKITAR

CONTOH KARANGAN, PERANAN MASYARAKAT MENJAGA ALAM SEKITAR

Zik · Jan 3, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

PERANAN MASYARAKAT MENJAGA ALAM SEKITAR

Berdasarkan gambar diatas , huraikan pendapat anda peranan masyarakat dalam menjaga ala sekitar. Panjang huraian anda hendaklah dari 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan.

Pendahuluan: alam – anugerah Tuhan yang tidak ternilai – harus dijaga oleh setiap penghuninya
Isi 1: memastikan keaslian alam sekitar terus terpulihara – haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak harus dimusnahkan – udara tidak harus dicemari – sekiranya tercemar – risiko menghidap pelbagai jenis penyakit
Isi 2: pihak kilang tidak harus membuang sisa toksik ke dalam sungai dan tasik – jangan membuang sampah di merata-rata – kesedaran orang ramai penting – menjaga kebersihan alam sekitar
Isi 3: setiap penghuni harus bekerjasama – setiap pencerobohan terhadap alam mestilah dilaporkan kepada pihak berwajib
Penutup: kandungan dan keindahan alam harus dikekalkan – setiap orang harus disemai budaya cinta akan alam sekitar

CONTOH KARANGAN :

 

          Apabila menyebut perkataan “alam”, sudah tentu kita terbayang akan segala makhluk yang terdapat di bumi dan langit. Hal ini demikian kerana, alam meliputi kandungan di darat, laut, dan udara. Kesemuanya merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Sehubungan itu, kita selaku penghuni alam perlu mencintai alam dengan memainkan peranan tertentu.

       Antara tanggungjawab kita ialah memastikan bahawa keaslian alam sekitar terus terpulihara. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak harus dibunuh atau dimusnahkan dengan sewenang-wenangnya. Demikian juga dengan udara yang tidak harus kita cemari. Sekiranya alam sekitar tercemar, setiap hidupan, lebih-lebih lagi manusia akan berhadapan dengan pelbagai risiko terutama serangan penyakit. Oleh itu, nasihat Jabatan Alam Sekitar selaku badan yang bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar di negara ini hendaklah dipatuhi.

       Selain itu, pemilik kilang juga tidak harus membuang sisa toksik ke dalam sungai dan asap kilang tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Orang ramai pula harus mengetahui kesan buruk melakukan pembakaran secara terbuka. Pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat tidak wajar dijadikan amalan. Kesedaran orang ramai tentang perkara ini amat penting bagi memastikan bahawa alam sekitar bebas daripada sebarang pencemaran. Sesungguhnya, penjagaan alam sekitar menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kita.

         Setiap penghuni alam juga perlu memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam usaha penjagaan alam sekitar. Pencerobohan dan pemusnahan alam sekitar hendaklah dilaporkan kepada pihak yang berkuasa. Sebagai contoh, kes penebangan balak secara haram, pencerobohan hutan simpan, dan pembuangan sisa toksik tidak harus dibiarkan berterusan. Hal ini penting kerana perbuatan sedemikian sukar diatasi tanpa kerjasama daripada orang ramai.

        Kesimpulannya, kandungan alam memang indah dan keindahan itu perlu dikekalkan. Namun begitu, matlamat ini sukar menjadi kenyataan sekiranya tiada kesedaran dan kurangnya nilai bertanggungjawab dan cinta akan alam sekitar dalam kalangan orang ramai. Ingatlah pesanan peribahasa, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis, dan jangan sudah terhantuk baru tengadah.

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia, Karangan contoh aktiviti kelestarian alam sekitar, contoh karangan peranan masyarakat menjaga alam sekitar, karangan alam sekitar spm, karangan spm peranan masyarakat dalam menjaga alam sekitar, langkah menjaga alam sekitar, peranan individu dalam menjaga alam sekitar, peranan masyarakat dalam menjaga alam sekitar pdf, PERANAN MASYARAKAT MENJAGA ALAM SEKITAR, Setiap individu main peranan memelihara alam sekitar

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.