• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan SPM- Punca-punca kemalangan Jalan Raya di negara kita

Karangan SPM- Punca-punca kemalangan Jalan Raya di negara kita

Zik · Aug 25, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

Punca kemalangan Jalanraya.

Tengok jadual dibawah ini. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya di negara kita dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjang huraian tersebut hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

punca kemalangan jalan raya

Rangka karangan.

Pendahuluan-Mengikut statistik, kemalangan berlaku setiap hari. Meningkat hari demi hari. Mencatat kadar kemalangan paling tinggi di dunia.

Isi 1 : Faktor berlakunya kemalangan:-

  • kecuaian pemandu.
  • mengendalikan kenderaan dalam keadaan mabuk.
  • mengantuk atau letih.
  • menjadikan jalanraya litar perlumbaan.

Isi 2: Pertambahan bilangan kenderaan

  • menyebabkan jalan raya sesak.
  • kemalangan mudah berlaku.
  • sistem jalan raya sedia ada tidak dapat nak menampung jumlah kenderaan yang sedia ada ketika waktu puncak (pergi kerja, balik kerja).

Isi 3 : Keadaan Jalan Raya.

  • bengkang-bengkok, licin, berlubang, tiada papan tanda amaran kalau jalan rosak.
  • lebih berbahaya jika hujan.
  • ada beberapa tempat dikenal pasti sebagai “kawasan hitam”

Penutup.

Agak sukar untuk mengatasi permasalahan ini, setiap tahun akan ada kes. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, perlu ada pemantauan pihak berwajib.

  • Undang-undang yang lebih ketat
  • Mampu mengawal masalah ini.
  • Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku setiap hari di negara ini. Angkanya pula meningkat dari setahun ke setahun. Kini, Malaysia adalah antara negara yang mencatat kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi di dunia. Fenomena ini memperlihatkan bahawa jalan raya di Malaysia seolah-olah tidak selamat untuk digunakan. Mengapakah perkara ini berlaku?

Faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah kecuaian pemandu. Berdasarkan kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan, terdapat sesetengah pemandu yang mengendalikan kenderaan mereka dalam keadaan mabuk, mengantuk, atau letih. Sesetengahnya pula menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan. Kenderaan yang membawa muatan yang berlebihan juga mengakibatkan kemalangan jalan raya apabila kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik. Perangkaan pihak polis trafik juga menunjukkan bahawa lebih daripada 95 peratus kes kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan.

Selain itu, kemalangan jalan raya juga berpunca daripada pertambahan bilangan kenderaan. Peningkatan taraf hidup rakyat membolehkan lebih banyak individu di negara ini memiliki kenderaan sendiri. Sesetengahnya pula memiliki kenderaan lebih daripada sebuah. Pertambahan jumlah kenderaan yang tidak seimbang dengan pertambahan jalan raya mengakibatkan jalan raya sesak. Kemalangan jalan raya sukar dielakkan apabila situasi ini b erlaku.

Keadaan jalan raya juga merupakan antara punca kemalangan berlaku di negara ini. Kini, masih terdapat jalan raya yang bengkang-bengkok, sempit, berlubang-lubang, dan licin. Keadaan ini ternyata mengundang bahaya kepada pengguna, terutama pada hari hujan. Kemalangan mudah berlaku di tempat-tempat yang sedemikian. Oleh sebab itu,  terdapat beberapa lokasi di jalan raya di negara ini telah dikenal pasti sebagai kawasan yang kerap berlakunya kemalangan jalan raya.

Kemalangan jalan raya memang sukar ditangani sepenuhnya. Namun demikian, pemantauan yang lebih kerap dan pelaksanaan Sudut KATA undang-undang yang lebih ketat diyakini mampu mengawal masalah ini. Pengguna jalan raya sendiri sewajarnya sedar dan menghayati cogan kata Pandu Cermat, Jiwa Selamat.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia karangan kemalangan, karangan punca berlakunya kemalangan jalan raya di malaysia, karangan spm punca kemalangan di malaysia, Karangan SPM- Punca-punca kemalangan Jalanraya di negara kita

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik Sains

Sains- Berkomunikasi

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGKemahiran Berkomunikasi Maklumat atau idea yan…

Akademik

Boleh buat apa dengan pokok kelapa nie?

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG  Bila kita memerhatikan pokok kelapa ini…

Akademik Politik

Senarai menteri kabinet 2013, OFFICIAL punyer!!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Meja kopi warung masih lagi hangat berkata te…

%d bloggers like this: