• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / KARANGAN- KEPENTINGAN PERPADUAN YANG UTUH DIANTARA KAUM

KARANGAN- KEPENTINGAN PERPADUAN YANG UTUH DIANTARA KAUM

Zik · Sep 14, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

perpaduan utuh

Topik ini berat juga sebenarnya. Tapi negara kita malaysia sangat unik, berbilang bangsa dan kaum. Namun ada segelintir yang tak suka dengan keadaan negara kita , mereka jadi batu api.

Perbincangan mengenai topik ini adalah mengenai huraikan kepentingan perpaduan kaum kepada negara yang berbilang bangsa. Tajuk karangan anda hendaklah dari 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN PERPADUAN YANG UTUH ANTARA KAUM.

(a) Mewujudkan masyarakat yang harmoni

(b) Memajukan ekonomi negara Kepentingan Perpaduan yang Utuh kepada Negara yang Berbilang Bangsa

(c) Menonjolkan imej yang baik di mata dunia

(d) Menggamit pelancong asing berkunjung ke Malaysia

Rangka Karangan Pendahuluan: perpaduan merupakan asas kemakmuran masyarakat Malayisa yang berbilang kaumperistiwa kejatuhan Melaka dan 13 Mei – dihayati dan dijadikan iktibar – perpaduan penting melestarikan kemerdekaan

Isi 1: mewujudkan masyarakat yang harmoni – perpaduan rakyat penting – keinginan yang berbeza

Isi 2: menjana ekonomi negara – keharmonian negara-mencetuskan persekitaran perniagaan yang aman-meningkatkan jumlah pelabur-membuka peluang pekerjaan

Isi 3: memangkin kehidupan yang berkualiti – menonjolkan imej yang baik-bagi negara yang berbilang kaum – hubungan yang mesra antara bangsa.

Isi 4: asimilasi pelbagai budaya yang pelbagai – menggamit para pelancong datang dan menyaksikan kehebatan bangsa 1 Malaysia

Penutup: hidup berlandaskan konsep bagai aur dengan tebing tanpa mengira kaum – menjadi pegangan setiap warga Malaysia. – bersama-samalah berjuang demi melahirkan bangsa Malaysia jenama baharu yang sentiasa ikhlas bersatu.

 

CONTOH KARANGAN.

Perpaduan merupakan asas kemakmuran masyarakat dan negara Malaysia yang berbilang kaum. Peristiwa kejatuhan Melaka dan 13 Mei seharusnya dihayati dan dijadikan iktibar. Oleh itu, bagi melestarikan kemerdekaan yang dikecapi hasil perpaduan rakyat dan pemimpin ini, semua pihak harus mengikis sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Dalam konteks kepelbagaian ini, perpaduan rakyat Malaysia sememangnya penting. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai.

Keharmonian yang tercetus hasil daripada ikatan perpaduan yang utuh mampu memajukan ekonomi negara. Hal ini boleh dijelaskan melalui peningkatan jumlah pelabur asing yang berminat untuk menjana perniagaan mereka di Malaysia kerana persekitaran perniagaan yang aman. Jika jumlah pelaburan asing tinggi di Malaysia, peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia akan terbuka luas. Secara tidak langsung, bukan sahaja ekonomi negara meningkat secara global tetapi ekonomi rakyat juga akan semakin rancak.

Selain itu, perpaduan kaum yang utuh juga memangkin kehidupan yang berkualiti sehingga menjadikan negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. Imej sebagai sebuah negara berbilang kaum yang sentiasa berpaksikan perpaduan sentiasa menjadi buah mulut negara luar. Pengiktirafan Malaysia sebagai penanda aras dalam memacu hubungan rakyat yang mesra merupakan satu tanda penghargaan negara luar terhadap keistimewaan acuan kemajuan negara kita sendiri.

Selain itu, asimilasi pelbagai budaya rakyat Malaysia diterima sebagai satu budaya unik di bawah satu bumbung. Hal ini menjadi satu elemen menarik yang menggamit minat pelancong asing untuk datang dan menyaksikan sendiri kehebatan bangsa 1 Malaysia. Rakyat Malaysia yang ramah dan mesra akan mudah menerima kedatangan para pelancong ini dan seterusnya memberikan layanan kelas pertama kepada pelancong yang datang untuk mengalami keunikan Malaysia.

Kesimpulannya, hidup berlandaskan konsep bagai aur dengan tebing tanpa mengira kaum patut menjadi pegangan setiap warga Malaysia. Bersama-samalah kita rakyat Malaysia berjuang demi melahirkan bangsa Malaysia jenama baharu yang sentiasa ikhlas bersatu.

Koridor Peribahasa

• bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing: tiada kata sepakat dalam sesuatu perbincangan

• rambut sama hitam, hati lain-lain: setiap orang mempunyai pendapat yang berlainan • duduk sama rendah, berdiri sama tinggi: sama taraf • bagai aur dengan tebing: tolong-menolong antara satu sama lain

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia karangan spm, KARANGAN- KEPENTINGAN PERPADUAN YANG UTUH DIANTARA KAUM, kepentingan perpaduan kaum kepada negara yang berbilang bangsa., KEPENTINGAN PERPADUAN YANG UTUH ANTARA KAUM.

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: