• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / KARANGAN- PUNCA PENCEMARAN UDARA

KARANGAN- PUNCA PENCEMARAN UDARA

Zik · Oct 7, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

karangan punca pencemaran udara

Soalan – Pencemaran Udara disebabkan oleh aktiviti dan sikap manusia.

Bahaskan penyataan diatas.

Isi untuk dikarang karangan.

Ini adalah cadangan, belum tentu betul. Tetapi kalau boleh biarlah logik akal. Jangan main sembrono jer ok. Jadi korang boleh senaraikan terlebih dahulu isi penting punca pencemaran anda ditempat anda atau tempat-tempat yang boleh berlakunya percemaran ini.

Pendahuluan: bumi menghadapi pencemaran udara daripada fenomena alam semula jadi – aktiviti harian  manusia menyebabkan pencemaran udara semakin berleluasa.

lsi 1: aktiviti perindustrian dan pembangunan – menghasilkan bahan pencemar yang mencemarkan udara -gas rumah h.ijau amat memudaratkan -mengakibatkan pencemaran bunyi.

lsi 2: penggunaan kenderaan bermotor – menghasilkan asap dan bunyi bising – kenderaan tenaga, tahap teknologi enjin, dan motor penyumbang utama pencemaran udara.

lsi 3: pembakaran terbuka – pembakaran sampah sarap – pembakaran pokok tua di ladang untuk tujuan penanaman semula – pembakaran sekam padi dibendang -menghasilkan asap yang tebal sehingga mewujudkan jerebu – menjejaskan kesihatan.

Isi 4: aktiviti harian – Isi rumah menggunakan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik – cecair penyejuk didalam peti sejuk dan pendingin udara melepaskan klorolluorokarbon (CFC) ke udara – penyembur aerosol dan asap rokok.

lsi 5: kurang penghayatan kempen oleh masyarakat – kempen tidak memberikan kesan yang mendalam

– kurang kesedaran untuk memulihara alam sekitar. termasuk udara

Secara semula jadinya. bumi menghadapi pencemaran udara daripada fenomena alam semula jadi sepeni letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat daripada panahan petir, dan sebagainya. Dalam usaha menangani masalah pencemaran ini, bumi mempunyai kaedah tersendiri. Namun begitu, aktiviti harian dan sikap manusia telah menyebabkan pencemaran udara semakin berleluasa sehingga bumi tidak mampu memikul bebannya.

Aktiviti perindustrian dan pembangunan sememangnya mempengaruhi perkembangan ekonomi negara terutama industri pembuatan seperti elektronik. kimia, perabot, dan getah. Sungguhpun demikian, kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia, dan habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya, industri kimia melepaskan pencemar yang berasaskan nitrogen dan sulfur manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon.

Industri logam pula mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah pencemar, terutama karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan kerana mampu mengalcibatkan perubahan &Inn di seluruh dunia. Tambahan pula, kegiatan manusia di zon industri tuna mengalcibatkan pencemaran bunyi. Penggunaan kenderaan bermotor turut menjadi faktor yang mencemarkan udara. Masyarakat kini amat memerlukan pengangkutan bermotor seperti kereta, motosikal, lori, dan kereta api.

Setiap pergerakan kenderaan bermotor bukan sahaja menggunakan tenaga yang banyak, malahan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil lalu menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada manusia dan keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung pada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin, dan jumlah tenaga yang diperlukan.

Dalam sektor pengangkutan, kenderaan bermotor merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara. Angka kenderaan ini akan terus meningkat saban hari dengan bertambahnya pembelian kenderaan oleh masyarakat, selain disebabkan oleh kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap dan secara langsung meningkatkan pencemaran udara.

Di samping itu, pembakaran terbuka turut mengakibatkan pencemaran udara. Pembakaran sampah sarap. selain pembakaran pokok tua di ladang untuk tujuan penanaman semula telah menyebabkan banyak partikel jelaga yang diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin sehingga mewujudkan jerebu. Keadaan jerebu menyebabkan manusia menghidap pelbagai penyakit seperti sesak nafas, selesema, batuk, dan pedih mata.

Pembakaran terbuka juga melibatkan pembakaran sekam padi di bendang oleh petani yang bukan sahaja menghasilkan asap tebal menyelubungi ruang udara, bahkan juga menjejaskan jarak penglihatan pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya. Pembakaran pokok dan sekam padi juga memusnahkan flora dan fauna di sekitarnya.

Pencemaran udara juga berpunca daripada aktiviti harian manusia. Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan pendingin udara. Cecair penyejuk di dalam peti sejuk dan pendingin udara melepaskan klorofluorokarbon (CPC) ke udara dan seterusnya menipiskan lapisan ozon.

Di samping itu, penggunaan penyembur aerosol secara berleluasa dan pembebasan asap rokok yang tidak berkesudahan turut mencemarkan udara. Punca lain yang menyebabkan pencemaran udara ialah sikap manusia sendiri. Masyarakat di negara ini kurang menghayati kempen-kempen pemuliharaan alam sekitar dan mengelakkan pencemaran, termasuk pencemaran udara yang dilaksanakan oleh kerajaan. Telah terbukti bahawa kempen-kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan objektif untuk memberikan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar tidak membeiikan kesan yang mendalam dalam kalangan masyarakat dan umpama bertepuk sebelah tangan sahaja apabila masyarakat masih melakukan aktiviti yang mencemarkan udara, contohnya pembakaran terbuka.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha untuk menangani masalah Mi. Masyarakat pula tidak seharusnya mengharapkan pihak-pihak tertentu sahaja untuk mengurangkan masalah pencemaran udara. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan , masyarakat dan individu haruslah bulat air kerana pembentung , bulat kata kerana muafakat dalam mengatasi kemelut pencemaran udara demi kepentingan generasi sekarang ini dan akan datang.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia faktor berlakunya pencemaran udara, huraikan faktor-faktor yang membawa kepada pencemaran udara, karangan punca pencemaran udara ditempat kita, karangan spm pencemaran udara, KARANGAN- PUNCA PENCEMARAN UDARA

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: