Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / KARANGAN- MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

KARANGAN- MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Zik · Jan 11, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Malaysia yang hidup dalam suasana pelbagai kaum dan budaya , tapi itu tidak bermakna malaysia berada dalam keadaan yang huru hara.

memupuk semangat kejiranan

Berdasarkan gambar diatas, sila buat karangan bagaimana memupuk semangat kejiranan. Panjang karangan hendaklah lebih kurang 200 hingga 250patah perkataan.

 

Pendahuluan: jiran dapat memberikan kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga ~ terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.

Isi 1 : hendaklah bertegur sapa dan menziarahi jran – dapat mengeratkan hubungan kejranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain,

1si 2: mengadakan kegiatan gotong-royong dalam sesebuah Kawasan perumahan ~ dapat mengenal jiran-jIran ~ kegiatan gotong-royong ini merupakan satu platform untuk membina ukhwah dan ‘membina slaturahim yang utuh dalam kalangan masyarakat

Isi 3 : kita mestilah mempunyai sikap prihatin terhadap masalah dan dengan menghulurkan bantuan kepada mereka — bantuan sebegini amat besar maknanya Kerana menyelamatkan nyawa orang lain.

Penutup: kita mestilah berbuat balk kepada jiran tetangga ~ pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejranan ~ pupuklah semangat kejranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa,
aman dan harmon

 

CONROH KARANGAN MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN 

Dalam kehidupan kita, kita tidak dapat menidakkan kepentingan jiran kepada kita kerana jiran dapat memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Hal ini demikian kerana, jiran yang baik akan mengembirakan kita tetapi jiran yang tidak baik akan mendatangkan kesusahan kepada kita. Terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan
untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah kita hendaklah bertegur sapa dan menziarahi jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa hari perayaan, ketika jiran kita sakit, menyambut Kelahiran anak, majlis kenduri dan lain-lain lagi. Amalan menziarahi jiran ini amat digalakkan kerana dapat mengeratkan hubungan Kejiranan kerana kita saling
‘mengambil berat antara satu sama lain.

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan mengadakan kegiatan gotong-royong dalam sesebuah kawasan perumahan. Melalui aktiviti gotong-toyong ini, kita dapat mengenal jiran-jiran kita, bertanya khabar dan berbual-bual dengan mereka. Jelaslah bahawa kegiatan gotong-royong ini merupakan satu platform untuk membina ukhwah dan membina silaturahim yang utuh dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap prihatin terhadap masalah jiran dengan menghulurkan bantuan kepada mereka. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti mahu melahirkan anak sedangkan suaminya berada di luar kawasan, kita patut membantunya dengan menghantarnya ke hospital. Bantuan sebegini amat besar maknanya dalam kehidupan bermasyarakat kerana jiran yang dalam kesusahan tidak akan berasa tersisih. Hubungan yang baik ini akan sentiasa teguh bagai aur dengan tebing dan ke gunung sama di daki, ke lurah sama di turuni.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengadakan aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia, Karangan bagaimana memupuk semangat kejiranan yang cemerlang, CONROH KARANGAN MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN, contoh karangan memupuk semangat kejiranan, MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.