Soalan : Berikan kepentingan Hijrah dalam Tamadun Islam.
Pengertian Hijrah:
- Hijrah dari segi bahasa ialah: berpindah.
- Hijrah dari segi istilah ialah: perpindahan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berserta sahabat – sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul.
- Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin
- Orang – orang Islam yang berpindah dari Makkah ke Yathrib dinamakan Muhajirin, sementara orang – orang Islam yang menerima kedatangan saudara – saudara Islam Makkah dinamakan Ansar.
Kamus Bahasa Melayu Definisi : perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah. berhijrah 1 berpindah dr Mekah ke Madinah (bkn Nabi Muhammad SAW). 2 meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: Mereka ~ ke bandar utk mencari pekerjaan. menghijrahkan memindahkan (tentera dsb) ke tempat lain. perhijrahan perbuatan atau hal berhijrah; perpindahan. penghijrahan perbuatan atau hal menghijrahkan; pemindahan. penghijrah orang yg berhijrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
- Hijrah membolehkan kegiatan dakwah dan amalan ibadatdilakukan secara bebas tanpa sebarang halangan.
- a) Sebelum hijrah, kegiatan dakwah dan amalan ibadat Islam tersekat akibat tentangan kaum Quraisy Makkah,
- b) Madinah dijadikan pusat menyebaran Islam yang baru.
- Hijrah telah menyatupadukan penduduk Madinahyang terdiri daripada pelbagai kaum,budaya dan agama.
- a) Sebelum hijrah, amalan konsep assabiah memecahbelahkan masyarakat Arab.
- b) Suku Aus dan Khazraj yang sering bergaduh atas perkara yang kecil akhirnya dapat disatukan.
- Hijrah berjaya mewujudkan persaudaraan Islam yang erat.
- a) Ini jelas ditonjolkan oleh kesediaan orang Islam Madinah memberikan bantuan kepeada orang Islam yang berhijrah dari Makkah.
- b) Orang Islam Madinah telah diberi gelaran golongan Ansar oleh Nabi MUhammad s.a.w. sementara orang Islam dari Makkah diberi gelaran golongan Muhajirin.
- c) Akibatnya orang Islam yang berhijrah ke Madinah dapat menyesuaikan diri dengan cepat di Madinah tanpa berasa asing atau rendah diri.
- Sikap toleransi dan tolong-menolong antara kaum selanjutnya membolehkan wujudnya kehidupan yang harmoni dan masyarakat yang cemerlang di MAdinah.
- a) Nama Yathrib telah ditukar kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksub kota bercahaya.
- b) Madinah telah menjadikan pusat tamadun dan penyebaran ISlam yang baru.
- c) Keadaan ini hanya dapat diwujudkan akibat pengorbanan dan sokongan pelbagai pihak seperti yang dilakukan oleh golongan Ansar, ara sahabat nabi dan NAbi MUhammad s.a.w.
Golongan Ansar:
- a) Sanggup memberi tempat tinggal, makanan dan keperluan asas kepada orang Muhajirin.
- b) Mereka sanggup menerima orang Muhajirin sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah.
Sahabat-sahabat Nabi MUhammad s.a.w.
- a) Abu Bakar al-Siddiq bergadai nyawa dan harta untuk melindungi baginda semasa berhijrah.
- b) Pada malam penghijrahan , ALi bin Abu Talib sanggup tidur di tempat baginda untuk mengelirukan orang Arab Quraisy.
- c) Abdul Rahman din Auf sanggup menyumbangkan hartanya untuk membantu masyarakat Islam yang miskin.
5) Hijrah juga telah menonjolkan kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W dalam mengatur strategi.
a) Baginda tidak pergi terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur untuk bersetika.
b) Baginda menggunakan jalan lain dahulu, iaitu ke Tihamah (bahagian Laut Merah) di selatan Makkah sebelum ke Madinah di utara Makkah.
6) Hijrah juga menonjolkan peranan besar yang dimainkan kaum wanita.
a) Mereka tidak sahaja berperanan sebagai suri rumah tetapi terlibat bersama untuk memajukan Negara Islam.
b)Asma (puteri Abu Bakar al-Siddiq) bertindak sebagai penghantar makanan dan berita kepada Nabi Muhammad s.a.w.ketika baginda bersembunyi di Gua Thur. ini jelas merupakan satu misi yang bahaya.
Kiraan tahun hijrah dalam takwin Islam telah diwujudkan sempena peristiwa hijrah.
a)Tawin atau kalendar hijrah ini telah mula digunakan sejak pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang kedua , iaitu Khalifah Umar bin-Kahattab.
b)Setiap tahun sambutan ‘Maal Hijrah’ diadakan untuk memperingati perjuangan yang penting ini.
8.Negara Islam dibina Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah. A ntara cirri-ciri Negara Islam yang pertama ini ialah;
a)Nabi Muhammad s.a.w. diiktiraf sebagai ketua agama, tentera dan Negara.
b)Undang-undang atau syarifah Islam dilaksanakan sepenuhnya.
c)Semua rakyat Negara Islam diberi perindungan serta hak yang saksama.
d)Kuam wanita diberi pembelaan sewajarnya.
e)Penindasan oleh golongan kaya dan kuat keatas golongan miskin dan lemah dibendung.
9.Majsid al-Nabawi dibina dan sejak masjid merupakan institusi agama Islam yang penting.
a)Masjid bukan sahaja merupakan tempat beribadat tetapi juga sebagai pusat aktiviti orang Islam di mana semua aspek kehidupan masyarakat dan Negara dibincang.
b)Masjid juga meru pakan tempat pendidikan dan tempat aktiviti harian seperti berjual beli juga di sediakan di sekitar mas.
10) Piagam Madinah ( Sahifah Madinah) dibentuk sebagai asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah.
Bincangkan Kepentingan Hijrah Dalam Tamadun Islam.
Pendahuluan :
- Hijrah dari Mekah ke Madinah.
- Hijrah daripada istilah hajara, bermakna pindah.
- Dalam sejarah Islam : berpindah dari Mekah ke Madinah.
- Dalam konteks lain : berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah dari perkara yang buruk kepada yang baik.
- Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas.
- Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi.
- Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al Khattab.
- Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada bulan Rabiulawal 622M.
Isi-isi :
Kepentingan Hijrah :
Pusat Gerakan Islam Berpindah Ke Madinah :
- Kegiatan dakwah Islam berkembang bebas
- Melepasi sempadan Mekah Madinah
Penyebaran Islam Semakin Meluas :
- Ajaran Islam semakin pesat berkembang.
- Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untuk menyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah.
- Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy.
Perubahan Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. :
- Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Quraisy.
- Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah
Pertumbuhan Umat Islam :
- Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin.
- Umat Islam semakin kukuh.
Penubuhan Negara Islam :
- Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabi membentuk sebuah Perlembagaan Madinah.
- Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan.
Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah :
- Sistem perundangan yang teratur di bentuk meliputi semua bidang.
Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar :
- Konflik tradisi antara Aus dan Khazraj telah berjaya dilenyapkan apabila Nabi Muhammad berjaya menyatukan dengan ikatan semangat ukhuwah Islamiah.
Permulaan Kalendar Hijrah :
- Tarikh penghijrahan merupakan titik terawal bagi pengiraan sistem
- kalendar Islam (hijrah) pada 634 M oleh Khalifah Umar al Khattab.
Perubahan Dasar Politik :
- Umat Islam dibenarkan bertindak lebih agrasif – berperang menentang kekerasan.
Kesimpulan :
Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar.
Leave a Reply