• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / KARANGAN- FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

KARANGAN- FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

Zik · Sep 21, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum semasa sekolah ini kalau ikut jujurlah, ramai pelajar tak berminat nak turut serta. Terutamanya yang budak-budak nakal nih. Budak-budak nerd biasalah mesti suka tuh.

Namun ianya sebenarnya ada faedahnya dalam menyertai aktiviti kokurikulum. Nak-nak sekarang ini ada TP 1-6 (untuk sekolah rendah) , petaksiran dalam bilik darjah. Semua tuh dikira markah dan dinilai oleh Guru.

Huraikan faedah menyertai aktiviti kokurikulum disekolah. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Selamat mencuba.

ISI KARANGAN.

Pendahuluan: selain mempelajari mata pelajaran akademik – pelajar dimestikan menyertai aktiviti kokurikulum

Isi 1: penyertaan pelajar dalam kokurikulum – melatih pelajar menggunakan masa lapang dengan cara yang berfaedah-mengelakkan daripada kegiatan negatif

Isi 2: dapat menambah pengetahuan dan pengalaman -membentuk sikap yakin akan diri, berani, dan tidak mudah berputus asa-mengetengahkan bakat.

Isi 3: dapat memupuk sikap kepemimpinan-mendedahkan mereka kepada konsep demokrasi melalui pemilihan jawatan-memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

Penutup: aktiviti kokurikulum memainkan peranan penting – membentuk keperibadian pelajar.

CONTOH KARANGAN.

           Selain mempelajari mata pelajaran akademik, setiap pelajar sekolah dimestikan menyertai sekurang-kurangnya satu persatuan atau kelab dan satu unit beruniform. Antaranya ialah Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Sains dan Matematik, Kelab Rekreasi, dan lain-lain. Unit beruniform yang terdapat di sekolah pula termasuklah Pengakap, Bulan Sabit Merah, Renjer Puteri, dan Kadet Polis.

              Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat melatih pelajar agar memanfaatkan masa lapang kerana masa itu emas. Hal ini demikian kerana, aktiviti kokurikulum biasanya dijalankan di luar waktu persekolahan. Amalan ini dapat mengelakkan pelajar daripada melepak di kafe siber, di pusat beli-belah, dan lain-lain. Tegasnya, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membendung penglibatan pelajar dalam kegiatan negatif yang boleh menggelapkan masa depan mereka.

             Setiap persatuan menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Aktiviti lawatan sambil belajar dan ekspedisi tentunya dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang kehidupan. Penyertaan pelajar dalam aktiviti-aktiviti bahas, kuiz, melukis poster, dan sebagainya secara tidak langsung dapat membentuk sikap rajin, berani, dan yakin diri. Di samping itu, pelajar juga berkesempatan untuk mengasah dan mengetengahkan bakat masing-masing dalam bidang tersebut.

               Selain itu, keupayaan pelajar menjadi pemimpin dapat juga dikesan untuk diketengahkan. Proses pemilihan pemimpin persatuan pula mendedahkan pelajar kepada amalan demokrasi. Pelajar yang terpilih sebagai pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, dan lain-lain akan membiasakan diri untuk memikul tanggungjawab. Nilai-nilai murni, misalnya nilai bekerjasama, bertolak ansur, amanah, dan sebagainya secara tidak langsung menjadi amalan ahli persatuan. Langkah ini penting bagi melahirkan generasi muda yang bernilai murni.

                 Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum banyak faedahnya, terutama dalam membina jati diri pelajar. Dengan kata lain, aktiviti kokurikulum penting dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Email

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia contoh karangan kebaikan sertai aktiviti kokurikulum, KARANGAN- FAEDAH AKTIVITI KOKURIKULUM, KARANGAN- FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: