• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan-Kepentingan Penguasaan Bahasa Kebangsaan

Karangan-Kepentingan Penguasaan Bahasa Kebangsaan

Zik · Sep 14, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Berdasarkan gambarrajah dibawah ini, huraikan pendapat anda tentang kepentingan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat malaysia.  Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih dari 120 patah perkataan. Selamat mencuba!!

 

kepentingan penguasaan bahasa kebangsaan,

 

Pendahuluan:

Perkara 152 termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan — wajar diutamakan dan didaulatkan.

lsi 1: memupuk perpaduan kaum — bahasa sebagai alat komunikasi penduduk pelbagai kaum

Isi 2: bahasa ilmu — digunakan di sekolah dan di pusat pengajian tinggi sebagai bahasa pengantar

lsi 3: memupuk semangat patriotik — membina rasa cinta akan negara melalui bahasa

lsi 4: memupuk budi bahasa — bahasa Melayu mementingkan kesopanan dan kesusilaan

Penutup: bahasa kebangsaan wajar dimartabatkan — digembleng penguasaannya pada semua peringkat

Contoh karangan.

Bahasa Melayu termaktub sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, penguasaan bahasa kebangsaan sangat penting kepada rakyat Malaysia. Antara kepentingan penguasaan bahasa kebangsaan ialah dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana bahasa dijadikan sebagai alat komunikasi penduduk pelbagai kaum. Selain itu, bahasa kebangsaan juga penting dikuasai kerana merupakan bahasa ilmu yang digunakan di sekolah dan di pusat pengajian tinggi sebagai bahasa pengantar. Di samping itu, bahasa kebangsaan wajar dikuasai bagi memupuk semangat patriotik. Hal ini dilakukan dengan membina rasa cinta akan negara melalui penggunaan satu bahasa.

Seterusnya, bahasa kebangsaan juga penting dikuasai bagi memupuk budaya berbudi bahasa. Bahasa kebangsaan seperti bahasa Melayu sangat mementingkan kesopanan dan kesusilaan. Bahasa kebangsaan wajar dikuasai dan dimartabatkan oleh semua rakyat Malaysia. Hal ini dapat dilakukan dengan menggembleng penguasaannya pada semua peringkat.

Sudut Kata
• termakmb – tertutis atau tercatat

• komunikasi – perhubungan

• patriorik – cinta akan negara

• menggembleng – menyanikan atau memadukan

 

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia contoh karangan pt3, karangan pentingnya kuasai bahasa kebangsaan, karangan pt3, Karangan-Kepentingan Penguasaan Bahasa Kebangsaan, kenapa perlu fasih bahasa kebangsaan

lazada
Formula Naikkan Followers Tiktok

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2023 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: