Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan SPM ,usaha menarik kedatangan pelancong Asing ke Negara kita Malaysia

Karangan SPM ,usaha menarik kedatangan pelancong Asing ke Negara kita Malaysia

Zik · Oct 24, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

Lihat peta dibawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk menarik kedatangan pelancong asing dinegara kita ini. Panjang huraian patah perkataan hendaklah diantara 200 hingga 250 patah perkataan. Selamat mencuba!!

peta malaysia

Rangka Karangan

Pendahuluan: industri pelancongan mendatangkan pelbagai faedah kepada rakyat dan negara ini

— menambahkan peluang pekerjaan

— dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara

— usaha yang berkesan perlu ditakukan untuk menarik lebih banyak pelancong asing datang ke negara ini

Isi 1: memastikan keamanan negara ini berkekalan

— sikap bertolak ansur dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum hendaklah dikekalkan

— meningkatkan keyakinan pelancong asing tentang keselamatan mereka di negara ini

Isi 2: destinasi pelancongan yang baharu perlu dikenal pasti

— kemudahan asas untuk sampai ke tempat pelancongan yang sedia ada hendaklah ditambah ataupun dinaiktarafkan

— pembinaan jalan raya yang lebih baik, kemudahan lain, terutama bekalan air dan etektrik serta tempat penginapan perlu disediakan

— untuk membolehkan pelancong asing sampai ke destinasi tersebut dengan mudah

— menginap dengan selesa

Isi 3: mengadakan promosi tentang negara ini

— mempromosikan tempat-tempat yang menarik dan menyediakan pakej pelancongan

— mempromosikan makanan, pakaian, kraf tangan

— menarik minat pelancong

Penutup: kemajuan dalam bidang pelancongan di negara ini begitu terserlah

— kedatangan pelancong asing yang kian bertambah dari setahun ke setahun

— pelbagai keistimewaan — usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak.

Industri pelancongan ternyata mendatangkan pelbagai faedah kepada rakyat dan negara ini. Selain menambahkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, industri ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, usaha yang berkesan perlu dilakukan untuk menarik lebih banyak pelancong asing datang ke negara ini. Usaha yang terbaik adalah dengan memastikan keamanan negara ini berkekalan. Sehubungan dengan itu, sikap bertolak ansur dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum hendaklah dikekalkan. Setiap masalah yang timbul hendaklah diselesaikan dengan berhati-hati, ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Suasana kehidupan yang harmoni ini penting untuk meningkatkan keyakinan pelancong asing tentang keselamatan mereka di negara ini.

Selain itu, destinasi pelancongan yang baharu perlu dikenal pasti. Di samping itu, kemudahan asas untuk sampai ke tempat pelancongan yang sedia ada hendaklah ditambah ataupun dinaiktarafkan. Selain membina jalan raya yang lebih balk, kemudahan lain, terutama bekalan air dan elektrik serta tempat penginapan perlu disediakan dengan sewajarnya. Tujuannya adalah untuk membolehkan pelancong asing sampai ke destinasi tersebut dengan mudah dan dapat menginap di sana dengan selesa.

Pihak kerajaan juga hendaklah mengadakan promosi tentang negara ini, terutama di luar negara. Selain mempromosikan tempat-tempat yang menarik dan menyediakan pakej pelancongan, badan-badan tertentu juga boleh mempromosikan makanan, pakaian, kraf tangan, dan lain-lain untuk menarik minat pelancong asing. Pihak yang berkenaan boleh menggunakan media massa untuk menjayakannya. Di samping itu, khidmat pelajar Malaysia di luar negara boleh diminta untuk menjadi duta kecil yang memainkan peranan untuk memperkenalkan negara ini kepada rakyat asing.

Kemajuan dalam bidang pelancongan di negara ini begitu terserlah berdasarkan kedatangan pelancong asing yang kian bertambah dart setahun ke setahun. Pelbagai keistimewaan yang dimiliki oleh negara, ditambah pula dengan usaha yang dijalankan oleh pelbagai pihak, tidak mustahil Malaysia dapat menjadi destinasi pelancongan yang popular di rantau ini suatu hart nanti.

Sudut KATA
• industri: perusahaan

• harmoni: balk dan damai dalam hubungan bermasyarakat

• promosi: segala usaha untuk meningkatkan jualan barangan atau untuk memperkenalkan sesuatu

• pakej: tawaran yang dikemukakan terhadap sesuatu urus niaga dan perkhidmatan yang mesti diterima semuanya sebagai suatu keseluruhan

• data: wakil kerajaan di sesebuah negara luar

• mustahil: tidak mungkin

• rantau: kawasan luas yang meliputi beberapa buah negara

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia Karangan SPM kedatangan Pendatang Asing ke Negara kita Malaysia, karangan usaha-usaha untuk menarik pelancong asing datang ke negara kita

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.