• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan- Langkah-Langkah Membendung Gejala Gengterisme Dalam Kalangan Remaja

Karangan- Langkah-Langkah Membendung Gejala Gengterisme Dalam Kalangan Remaja

Zik · Sep 22, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

gangterisme, kl gengster, ajib kl gengster,

Masalah Gengterisme sudah lama ada sejak dari dulu lagi. Namun ini bukan persoalannya. Macam mana untuk kita mengatasi masalah gengterisme. Sekarang kita di zaman media sosial. Lagilah berat, orang duk rakam, masa kawan tengah duk belasah orang yang di nak buli tuh. Dah jadi kes berat, kes polis. Viral satu hal lagi. Banyak masalah yang akan timbul nanti.

Soalan : Baca petikan dibawah ini, dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah membendung gejala gengterisme dalam kalangan remaja masa kini.  Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Saudara pengarang, Gejala gensterisme semakin berleluasa terutama dalam kalangan remaja. Keadaan ini tidak seharusnya dibiarkan kerana akan memberikan kesan yang buruk terhadap kesejahteraan negara. Oleh itu, remaja, ibu bapa, kaunselor, dan kerajaan perlu mengambil tindakan proaktif bagi menangani gejala ini.

Rangka Karangan.


Pendahuluan: gejala gangsterisme semakin sukar untuk dibendung

  • menggugat kesejahteraan masyarakat dan negara
  • pelbagai langkah yang proaktif wajar dilakukan oleh semua pihak

Isi 1: ibu bapa mestilah lebih prihatin terhadap kegiatan masa lapang anak-anak

  • anak-anak tidak terperangkap dalam gejala ini
  • ada sindiket yang merekrut anak-anak
  • menjalankan kegiatan gengsterisme
  • ibu bapa haruslah menutup ruang ini
  • meracuni pemikiran anak-anak

Isi 2: remaja juga mestilah mempunyai jati diri yang utuh

  • tidak mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah
  • bijak memilih rakan
  • kegagalan remaja memiliki jati diri
  • membinasakan masa depan remaja

Isi 3: kaunselor sekolah perlulah lebih proaktif untuk mendekati dan membimbing pelajar-pelajar yang terlibat dengan gejala ini

  • memberikan kesedaran kepada mereka agar kembali ke pangkal jalan
  • program-program sahsiah dan motivasi perlu diadakan
  • supaya para pelajar sentiasa positif, kuat jati did, dan proaktif

Isi 4: Pihak kerajaan pula perlu membanyakkan pusat rekreasi dan riadah

  • mengisi masa lapang mereka secara berfaedah
  • dapat mengelakkan remaja daripada membuang masa
  • dapat menyihatkan tubuh badan remaja dan membina pergaulan yang sihat Penutup: semua pihak haruslah bersatu hati
  • mengambil tindakan yang konkrit dan proaktif
  • menangani masalah gangsterisme ini
  • peranan dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi mengurangkan berlakunya gejala gangsterisme ini

Contoh karangan. 

Sejak akhir-akhir ini, gejala gangsterisme semakin membarah dan bagai sukar untuk dibendung di negara kita. Setiap hari terdapat paparan berita mengenai gejala negatif ini sehingga mengugat kesejahteraan masyarakat dan negara. Bila-bila masa sahaja, keselamatan mereka terancam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Oleh itu, pelbagai Langkah yang proaktif dan wajar dilakukan oleh semua pihak untuk membendung gejala yang berbahaya ini.

Langkah paling utama ialah ibu bapa mestilah lebih prihatin terhadap kegiatan masa lapang anak-anak mereka. Sikap ini amat penting supaya anak-anak tidak terperangkap dalam gejala ini yang dipasang oleh sindiket-sindiket yang berkepentingan. Sindiket ini merekrut anak-anak yang datang daripada keluarga yang bermasalah untuk menjalankan kegiatan gengsterisme. Oleh itu, ibu bapa haruslah menutup ruang ini serapat-rapatnya agar sindiket tersebut tidak mempunyai ruang untuk meracuni pemikiran anak-anak.

Selain itu, remaja juga mestilah mempunyai jati diri yang utuh agar tidak mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah. Remaja perlu bijak memilih rakan kerana kajian mendapati bahawa remaja pada masa ini lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama dengan rakan daripada bersama-sama keluarga. Remaja perk menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang berperangai buruk dan yang tuba mempengaruhi mereka melibatkan did dalam kegiatan gengsterisme ini. Kegagalan remaja memiliki jati did boleh membinasakan masa depan remaja lantaran pujukan rakan yang yang bermasalah itu.

Malahan, kaunselor sekolah juga perlulah lebih proaktif untuk mendekati dan membimbing pelajar-pelajar yang terlibat dengan gejala ini. Remaja yang demikian tidak begitu sahaja kerana masih belum terlambat untuk memberikan kesedaran kepada mereka agar kembali ke pangkal jalan. Oleh itu, program-program sahsiah dan motivasi perlu diadakan bagi membina jati diri dan wawasan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Malahan, aktiviti lasak yang dapat membina semangat perlu diadakan supaya para pelajar sentiasa positif, kuat jati did dan proaktif.

Pihak kerajaan pula perlu membanyakkan pusat-pusat rekreasi dan riadah untuk remaja mengisi masa lapang mereka secara berfaedah. Sebagai contohnya, pembinaan gelanggang badminton dan futsal dapat menjadi tempat kepada remaja untuk bermain permanian tersebut. Permainan seperti ini juga dapat mengelakkan remaja daripada membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti seperti ini juga dapat menyihatkan tubuh badan remaja dan membina pergaulan yang sihat sesama mereka.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bersatu hati untuk mengambil tindakan yang konkrit dan proaktif bagi menangani masalah gangsterisme ini. Bak kata orang, muafakat membawa berkat. Selciranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan mudah. Jelaslah bahawa peranan dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi mengurangkan berlakunya gejala gangsterisme ini.

 

Kalau kita nak tengok, banyak melibatkan pihak. Bukan satu pihak sahaja dari sekolah. Ibu bapa memainkan peranan penting, sekolah pula dari segi gurunya memantau, peranan kaunselor diperlukan dan juga peranan kerajaan yang serius dalam tangani isu ini agar ianya tidak berulang kali berlaku.

Sudut kata:

 • muafakat membawa berkat: sesuatu kerja yang dilakukan melalui persetujuan bersama akan mendatangkan hasil yang baik.

 • paparan: kenyataan

• menggugat: mengancam

• proaktif: bersikap positif

• sindiket: kumpulan orang untuk menjalankan sesuatu tujuan

• kaunselor: orang yang menjadi pembimbing atau penasihat kepada orang lain

• sahsiah: keperibadian

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia contoh karangan cara mengatasi gejala gengsterisme, karangan, karangan gengsterisme, langkah-langkah membendung gejala gengterisme dalam kalangan remaja masa kini

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan, bulan mei kepada Februari 2021
  • Pembayaran Interim KWSP bermula 26 Januari 2021, semak di akaun masing2atau secara online
  • Platform terbaik beli dan download games
  • Dah masuk 2021, tapi tak tahu order di Starbucks? Ikut langkah ini
  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Uncategorized

Karangan-seperti Katak Dibawah Tempurung .

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Tulis sebuah karangan tentang peribahasa.. Ta…

Akademik

Karangan- Hobi saya

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Saya mempunyai hobi yang tersendiri. Hobi say…

Akademik

Karangan cereka- Pernahkah anda bermimpi?

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Cereka- Cereka karangan yang bukan berasaskan…

%d bloggers like this: