Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan- Faedah berjimat Cermat.

Karangan- Faedah berjimat Cermat.

Zik · Apr 20, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

faedah berjimat cermat

Berdasarkan gambar diatas anda diminta untuk menulis sebuah karangan faedah berjimat cermat. Huraian karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Selamat mencuba!

Rangka Karangan.

Pendahuluan: Perdana Menteri menyeru rakyat supaya berjimat cermat – tujuan menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup banyak faedah yang dapat diperoleh jika amalan in menjadi budaya masyarakat.

  • Isi 1: dapat mengurangkan perbelanjaan harian – membeli barangan keperluan sahaja – membeli barang buatan tempatan – murah dan berkualiti

  • Isi 2: dapat menambahkan wang simpanan – secara berdikit-dikit- untuk keperluan pendidikan, kesihatan, atau membantu orang lain yang menghadapi kesukaran

  • Isi 3: mampu mendidik remaja lebih berdikari – tidak perl bergantung pada ibu bapa ataupun pada pihak kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan bag membiayal KOS pengajian – mengelakkan terjebak dalam beban hutang. 

  • Isi 4: dapat mengelakkan pembaziran yang semakin berleluasa – pembaziran ini merupakan suatu ini kerugian kerana sekian banyak wang digunakan untuk perkara-perkara yang tidak penting

Penutup: amalan berjimat cermat besar faedahnya kepada individu dan negara – semua pihak perlu menjadikan amalan ini sebagai satu keperluan dalam hidup bagi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

CONTOH KARANGAN.

             Perdana Menteri menyeru rakyat supaya berjimat cermat untuk menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Seruan beliau ini harus diberikan perhatian ole semua lapisan masyarakat kerana banyak faedah yang dapat diperoleh jika amalan ini menjadi budaya masyarakat.

             Melalui amalan berjimat cermat, kita dapat mengurangkan perbelanjaan harian. Hal ini demikian kerana, kita hanya membeli barangan yang benar-benar kita perlukan dan bukannya barangan yang sekadar memenuhi tuntutan hawa nafsu kita. Kita juga akan membeli barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya. Sebagai contohnya, membeli kasut buatan tempatan bukan sahaja tahan lama bahkan amat berbaloi kerana harga yang berpatutan dan memberikan keselesaan.

           Amalan berjimat cermat juga dapat menambahkan wang simpanan kita. Apabila kita berjimat, lebihan tersebut wang di dapat disimpan di institusi kewangan dan akan menjadi banyak jika kita menyimpan secara konsisten walaupun dalam bilangan yang sedikit bak kata pepatah sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Wang simpanan ini amat besar kegunaannya untuk keperluan pendidikan, kesihatan, atau membantu orang lain yang menghadapi kesukaran.

             Seterusnya, amalan berjimat cermat dalam pengurusan kewangan terutama dalam kalangan remaja mampu mendidik remaja lebih berdikari. Jika remaja berjimat cermat, mereka tidak perlu bergantung pada ibu bapa ataupun pada pihak kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi membiayai kos pengajian mereka di pusat pengajian tinggi. Hal ini kerana, pada masa ini, banyak pelajar yang berharapkan pinjaman PTPTN untuk pembelajaran mereka walhal perkara ini menyebabkan remaja terjebak dalam budaya hutang.

            Amalan berjimat cermat juga dapat mengelakkan pembaziran yang semakin berleluasa pada masa ini. Kadar pembuangan sisa makanan yang banyak dan pembelian barangan yang tidak perlu menjadui bukti bahawa sika ini sangat banyak. Pembaziran ini merupakan satu kerugian kerana sekian banyak wang digunakan untuk perkara-perkara yang tidak penting. Agama Islam melarang pembaziran dan jelas mengatakan bahawa sesiapa yang membazir, mereka itu bersaudara dengan syaitan.

           Kesimpulannya, amalan berjimat cermat besar faedahnya kepada individu dan negara. Oleh itu, semua pihak perlu menjadikan amalan ini sebagai satu

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia contoh karangan faedha berjimat cermat dalm kehidupan seharian, faedah berjimat cermat, karangan spm faedah berjimat cermat, kebaikan berjimat cermat

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.