Apa itu Vandalism?
Vandalism adalah perbuatan merosakkan harta-harta awam seperti tandas, alat permainan di taman permainan telefom awan dan lain-lain.
Terdapat segolongan remaja yang suka merosakkan harta benda awam. Golongan ini nakal. Mereka ini sakit jiwa dan tidak boleh duduk diam. Budak-budak sekolah pun ada berperangai seperti ini.
Di sekolah mereka menconteng kelas. Mereka merosakkan tandas. Di dalam kelas mereka menconteng meja dan kerusi serta merosakkan tingkap. Di taman permainan mereka merosakkan alat-alat permainan.
Perbuatan ini sangat tidak baik. Perbuatan merosakkan harta benda merugikan negara. Tandas yang rosak terpaksa diganti. Alat-alat permainan juga diganti. Ini semua megnhabiskan duit kerajaan.
Perbuatan ini menyusahkan orang ramai. Kesannya orang ramai tidak boleh menggunakan tandas lagi. Kanak-kanak yang lain tidak boleh bermain di teman permainan apabila alat-alat permainan ini sudah dirosakkan.
Kadang-kadang perbuatan vandalism ini berbahaya kepada orang ramai. Perosak-perosak ini merosakkan alat tetapi dibuat seolah-olah tidak rosak. Apabila digunakan mereka akan mendapat kemalangan.
Golongan vandalism ini hendaklah dikawal. Mereka patut diberi kesedaran supaya tidak berbuat jahat. Ibu-bapa, guru-guru dan orang ramai hendaklah menasihat mereka supaya menjadi orang yang lebih baik.
Buatlah jasa kepada masyarakat dan negara. Jangan menyusahkan masyarakat dan merosakkan negara. Ingat tuh.
Kosa kata
segolongan- sesetengah/sekolompok
menconteng-mencoreng/mencalit
dikawal- dijaga/diawasi
kesedaran- keinsafan /pengetahuan
1.0 PENGENALAN
Sejak akhir-akhir ini, kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja sekarang semakin serius. Apakah maksud vandalisme? Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang salah disisi undang-undang dan dilakukan sewenang-wenangnya.
Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana teraksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang telah dirosakkan. Perbuatan vendalisme ini boleh dilakkan secara bersendirian dan atau berkumpilan. Berlakunya vendalisme ini adalah disebabkan untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon awam. Selain itu,pelajar atau remaja cuba untuk memasuki ke sesuatu tempat seperti memecah masuk ke dalam rumah dengan niat yang tiadak baik seperti mencuri, dan mengambil barang orang lain. Ada diantara mereka yang melakukan vendalisme ini, ialah menyahut cabaran daripada rakan-rakan semata-mata untuk diterima sebagai kawan atau ahli kumpulan atau untuk membalas dendam.
Tahukah anda bahawa kegiatan vandalisme sering dilaporkan di media massa? Siapakah yang harus ditunding jari, ibu bapa atau pihak sekolah? Apakah faktor-faktor yang berlakunya vandalisme? Apakah kesan berlaku? Persoalannya, bagaimana cara-cara untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa?
2.0 FAKTOR-FAKTOR VANDALISME
2.1 Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
2.2 Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
2.3 Pengaruh Media Massa
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.
2.4 Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat
Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.
3.0 KESAN VANDALISME
Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat oleh fizikal dan juga emosi. Kesan vandalisme bukan dirasai oleh individu sahaja malah masyarakat sekeliling dan negara juga memberi impak yang teruk akibat perbuatan yang tidak bermoral dan menyusahkan semua pihak. Vandalisme boleh memberi kesan kepada individu, masyarakat, dan negara.
Kebanyakan individu yang melakukan vandalisme hanya untuk melepaskan geram dan sesetengahnya untuk memenuhi kepuasan hati. Hal demikian memberikan kesan kepada individu untuk melakukan perbuatan yang sama itu lagi jika masalah ini masih berterusan . Hal ini secara tidak lansung akan menyebabkan perkara yang lebih teruk akan berlaku seperti merompak atau membunuh.
Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat. Mereka hanya berdiam diri sedangkan vandalisme berlaku di depan mata mereka. Akhirnya masyarakat juga yang merana akibat aktiviti yang terkutuk itu. Masyarakat susah untuk membuat perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan. Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar. Selain itu, masyarakat tidak selesa ketika menggunakan harta benda awam yang lain. Contohnya basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian bas rosak sebab tidak dapat menghalang hujan yang turun. Contengan pada dinding tandas awam memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk meniru gejala tidak sihat ini.
Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan mata memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian akibat perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.
Kepada mereka, mungkin melukis graviti pada dinding sejuk dipandang mata, tetapi tahukah mereka bahawa perkara sebegini hanya mengotorkan dinding. Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana mereka terpaksa berbelanja ribuan wang untuk memperbaikinya. Sebaliknya, kita hanya menggoyang kaki, menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan mudah.
Inilah perbuatan manusia yang mengamalkan sikap alpa. Mereka langsung tidak mempedulikan akan perasaan orang lain. Masyarakat hanya mementingkan diri sendiri. Apabila diperlukan, mereka menggunakan kemudahan awam, apabila tidak diperlukan, mereka merosakkannya. Sikap seperti ini hanya seperti pepatah Melayu, ‘selepas isi dimakan, kepah dibuang’. Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan imej pemimpin negara. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi imej negara.
Peranan agensi yang bertanggungjawab dalam menangani gejala vandalisme. Badan kerajaan juga turut memainkan peranan dalam menangani gejala vandalism. Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Anti vandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan. Menyedari hakikat bahawa remaja merupakan aset yang penting dan pemimpin generasi wawasan yang akan menerajui negara pada masa hadapan, maka Jawatankuasa Anti Vandalisme ini telah mengambil langkah pertama dengan melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan “Harta Benda Awam Milikku-Milikmu”. Pertandingan seperti ini penting untuk menanamkan sifat bertanggungjawab dan menyemaikan perasaan sayang terhadap harta benda awam. .
Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis-majlis perbandaran serta Bandaraya juga turut memberi peranan penting bagi menangani malah vandalisme yang semakin berleluasa pada akhir-akhir ini. Pertubuhan Persatuan Pencegah Jenayah telah ditubuhkan di setiap sekolah bagi mengurangkan kadar masalah sosial dalam kalangan remaja.
Selain itu, badan bukan kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam menangani gejala vandalism. Penubuhan Rukun Tetangga merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab mengelakkan gejala vandalisme berlaku terutamanya berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan perlu bergabung tenaga untuk membuat kawal selia di kawasan masing-masing. Setiap persatuan yang bukan badan kerajaan dan juga Rukun Tetangga telah diberi satu kawasan untuk dijaga dan di selenggara. Maka berharap agar jenayah ini berkurangan dari semasa ke semasa.
4.0 CARA-CARA MENGATASI MASALAH VANDALISME
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk membendung masalah vandalisme. Salah satu caranya ialah peranan ibu bapa harus menyalurkan lebih kasih sayang kepada anak-anak. Anak yang baru dilahirkan ibarat sehelai kertas putih, ibu bapalah yang berperanan membentuk sahsiah diri mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberi lebih tumpuan dan memberi nasihat atau dorongan yang membina apabila anak-anak mereka menghadapi masalah tertentu. Didikan yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak supaya mereka menghargai harta benda awam yang terdapat di sekeliling mereka. Selain itu, ibu bapa juga harus memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak serta mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan gejala salah laku ini, tindakan sewajarnya perlu diambil oleh ibu bapa, Bak kata pepatah, “Sayang anak,tangan-tangankan”.
Seterusnya, guru sekolah juga bertanggungjawab menyemaikan didikan moral dan agama dalam sanubari pelajar. Begitu juga dengan ibu bapa, perkara ini harus dilakukan sejak mereka kecil lagi,bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Misalnya, guru Pendidikan Moral boleh selalu menggalakkan pelajar-pelajar bertingkah mulia dengan menjalankan sistem merit. Cara ini pasti sedikit banyak dapat membentuk pelajar yang berakhlak mulia.
Di samping itu, pihak sekolah harus menggalakkan para remaja menyertai kegiatan kokurikulum demi mengisi masa lapang. Ingat, masa itu emas. Kita tidak harus membazir masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Sebagai contoh, persatuan atau kelab sekolah perlu selalu mengadakan aktiviti yang menarik dan memenuhi kehendak pelajar. Dengan ini, pelajar-pelajar lebih sanggup menyertai kokurikulum dengan aktif.
Cara lain ialah pihak sekolah harus mewajibkan pelajar yang bermasalah untuk berjumpa dengan guru kauseling. Guru kaunseling akan memberi nasihat dan cadangan yang setimpal dengan keperluan dan kehendak mareka. Guru kaunseling boleh menjadikan teman sejati atau pembimbing kepada pelajar. Guru kaunseling boleh diibaratkan sebagai penyuluh pelajar untuk memimpin mereka melangkah keluar dari kegelapan.
Selain daripada peranan sekolah, langkah lain yang boleh diambil adalah melalui kerjasama masyarakat juga perlu bagi menangani gejala vandalisme ini. Masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme berlaku secara berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan dan merosakkan telefon awam perlu diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan perlu mengadakan mesyuarat dengan penduduk di kawasan tersebut. Semua anggota masyarakat perlu bekerjasama bagi membendung masalah yang semakin berlarutan sehingga hari ini. Pihak masyarakat kawasan tertentu juga perlu bersepakat bagi menangani vandalisme seperti mengenakan denda kepada pelaku yang melakukan perkara tersebut. Denda yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi memberi pengajaran serta pedoman kepada pesalah tersebut agar tidak terus melakukan perkara yang salah ini.
Di samping itu, kerjasama oleh pihak kerajaan juga amat penting bagi membanteras kegiatan vandalisme ini. Penguatkasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan secara berkesan oleh pihak berkenaan. Di bawah (Akta Kerajaan Tempatan 9 undang-undang kecil vandalisme), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun jika sabit kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada masyarakat lain.
Peranan media massa juga amat penting bagi membendung masalah vandalisme pada masa kini.Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dalam memberi kesedaran, memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam pelbagai bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat memahami dan menghayati kempen “Harta Awam Milik Bersama”, kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat merealisasikan keberkesanannya.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, para remaja harus berupaya untuk membezakan perkara yang baik daripada perkara yang buruk. Dalam hal ini, pihak sekolah, pihak guru dan ibu bapa haruslah berganding bahu untuk membasmi masalah vandalisme yang kian berleluasa dalam kalangan remaja. Semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat sebagai perkara biasa, namun ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara pada masa akan datang. Sekiranya semua kemudahan awam telah dimusnahkan dan tidak dapat digunakan,maka kesulitan akan berlaku terhadap masyarakat di negara ini juga. Imej negara juga akan dipandang rendah akibat daripada perbuatan salah laku ini. Semua pihak khususnya masyarakat di negara ini perlu bekerjasama dan bertindak segera dalam menangani gejala ini dan jangan sampai kita menyesal dikemudian hari, bak kata pepatah “Jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah”.
Vandelisme : Gejala yang Perlu Kita Tangani dengan Tegas
Apa itu Vandalisme ?
Vandalisme membawa maksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. Vandalisme merupakan salah satu jenayah moral yang tidak mengenal umur dan pelajar sering kali terjebak dengan masalah ini dengan mudah.
Antara kerosakan yang mereka buat adalah menconteng dinding bangunan dengan tulisan dan lukisan yang lucah dan tidak senonoh, merosakkan pondok telefon awam dan merosakkan kemudahan seperti tempat menunggu bas. Di sekolah pula kerosakan yang dilakukan termasuklah merosakkan meja dan kerusi di kelas serta menconteng dinding bangunan sekolah. Vandalisme sering berlaku di kalangan anak-anak muda terutamanya remaja lelaki. Perbuatan merosakkan harta benda awam mahupun persendirian ini kadang kala dilakukan untuk meluahkan ketidakpuashatian ataupun dilakukan tanpa sebab yang kukuh, contohnya, atas alasan suka-suka bagi menghilangkan rasa bosan.
Datuk Lee Lam Thye (1997) menyatakan orang yang merosakkan harta benda merupakan golongan remaja yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka tidak mempunyai matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul dengan rakan-rakan mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan tersebut.
Generasi muda yang terlibat dalam masalah ini seperti tidak sedar bahawa aktiviti yang mereka lakukan ini langsung tidak member faedah kepada mereka dan hanyalah suatu perkara yang sia-sia. Mereka hanya fokus kepada rasa ingin bebas dari kongkongan dan tidak memikirkan langsung tentang kesan daripada perbuatan mereka. Di Malaysia, perbuatan merosakkan harta benda di sekolah telah dikategorikan sebagai salah laku yang berat dan serius dan ini terbukti apabila sejak 1968 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang membenarkan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah (Mohd Zin Sham, 1996).
Menurut Cohen (1968) dan Bowels (1982), terdapat 6 kategori vandalisme yang sering dilakukan iaitu vandalisme yang berbentuk keinginan, vandelisme yang dirancang, vandalisme ideologikal, vandelisme yang bersifat dendam, vandalisme untuk suka-suka serta vandalisme besifat merosak.
Sekiranya tidak dicegah, gejala ini boleh menjurus kepada masalah yang lebih rumit kepada negara kita. Mengikut perangkaan statisitik yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ternyata tingkah laku vandalisme di kalangan pelajar meningkat dari setahun ke setahun. Pada tahun 1993, seramai 2,226 pelajar terlibat dalam vandalsime. Pada tahun 1994 pula meningkat hingga 2,622 pelajar dan pada tahun 1995 terus meningkat kepada 2,736 pelajar (dalam Nurain, 2017). Akhbar Utusan Malaysia 5 April 1989 melaporkan polis menahan seorang pelajar lelaki berhubung dengan kejadian dua letupan kecil di bilik tandas Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail. Kesan letupan itu mengakibatkan tingkap-tingkap kaca pecah dan beberapa kepingan logam berselerak dalam tandas tersebut. Ini merupakan bukti yang jelas bahawa vandalisme ini boleh menjurus kepada masalah yang lebih rumit jika tidak dibendung.
Pihak sekolah dan ibu bapa serta masyarakat luar perlu bersatu bagi menangani masalah ini. Pihak sekolah dan pihak berwajib perlu melaksanakan pelbagai hukuman yang lebih berat agar mereka yang telah dihukum menjadi serik dan tidak berani mengulang perbuatan mereka. Ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk membimbing anak sejak kecil agar mereka tahu membezakan perkara yang baik dan buruk. Masyarakat pula perlu berhenti dari mencemuh sesuka hati tanpa bertindak membendung perkara seperti ini berterusan.
Oleh itu, marilah kita sama-sama membendung gejala ini berterusan seterusnya merosakkan lagi nilai moral anak-anak muda. Kita perlu mengajak generasi muda untuk bersama-sama mengatakan TIDAK kepada vandalisme.
Sumber :
Bowels, J.K.,(1982). The Residence hall vandalism problem: A model for examining destruction behaviour: Journal of Collage and University Student Housing. Jil 12 (1), pp 15-19.
Cohen, S. (1968). The polotics of vandalism. New Society. Jil 12, pp.872-878.
Lee Lam Thye. (1997). Perlakuan buruk generasi baru : Tiga kategori vandalisme.Mingguan Malaysia. 6 Jun. m.s.5.
Mohd. Zin Sham. (1996). Cabaran guru terhadap disiplin pelajar. Seminar disiplin pelajar kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.Genting Highland, Pahang : 27-30 ogos.
Nurain Binti Hj. Sarpan. (2007). Faktor-faktor mempengaruhi tingkah laku vandalisme di kalangan remaja sekolah menengah satu kajian ke di Daerah Alor Gajah, Melaka. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.
Apakah itu ‘Vandalism’?
- ‘Vandalism’ adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang.
- ‘Vandalism’ mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.
- ‘Vandalism’ boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan.
Mengapa ‘Vandalism’ terjadi?
Sebab-sebabnya adalah:
- Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon awam
- Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah masuk ke dalam rumah
- Untuk menyatakan sesuatu idea dan kepercayaan
- Untuk membalas dendam
- Untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau sesebuah organisasi
- Untuk keseronokan dan kepuasan diri
- Untuk diterima sebagai kawan dan ahli kumpulan
Mengapa remaja terlibat dalam ‘geng’?
Remaja terlibat dalam ‘geng’ kerana pelbagai sebab seperti:
- Keseronokan
- Rasa megah / status
- Perlindungan
- Peluang untuk mencari wang dan sumber pendapatan
- Rasa diterima oleh ahli kumpulan (sense of belonging)
- Dipaksa (jarang berlaku)
Apakah ciri-ciri lain yang boleh dikaitkan dengan ‘Vandalism’?
- Remaja yang terlibat dengan ‘Vandalism’ biasanya menghadapi masalah peribadi termasuk masalah:
- Emosi
- Mental
- Sosial
- Fizikal
- Masalah yang boleh menjuruskan kepada kelakuan ‘Vandalism’ adalah :
- Ponteng kelas atau sekolah
- Melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah
- Lewat bangun pagi dan pulang lewat malam
- Kemahiran sosial yang lemah
- Mencari perhatian dengan cara yang negatif
- Jarang berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan
- Tekanan perasaan dan masalah mental yang lain
- Masalah keluarga
- Masalah dalam persahabatan
- Masalah di sekolah
- Masalah dengan pihak berkuasa dan undang-undang
- Penyalahgunaan dadah
Apakah akibat buruk menjadi seorang remaja yang terlibat dalam ‘Vandalism’?
- Remaja yang aktif melakukan ‘vandalism’ akan mudah menjadi penjenayah apabila dewasa kelak, dan mungkin juga akan terlibat dalam keganasan
- Remaja yang melakukan ‘vandalism’ biasanya terlibat dalam lain-lain salahlaku seperti gangguan seksual, pencerobohan, kecurian dan pencemaran alam persekitaran (contohnya pembuangan sampah sarap di tempat yang tidak sesuai).
- Remaja yang melakukan ‘vandalism’ selalunya menghadapi masalah.
- Dengan pihak sekolah
- Remaja yang melakukan ‘vandalism’ selalunya mendapat laporan buruk dari pihak sekolah, keadaan ini boleh mengurangkan peluang untuk mereka berjaya dalam hidup.
Bagaimanakah seseorang itu boleh mengelakkan diri dari terlibat dalam ‘Vandalism’?
- Memahami bahawa vandalism adalah satu kesalahan jenayah.
- Tanya diri anda :
- Bagaimanakah kemusnahan harta benda boleh membantu saya?
- Apakah kesannya pada saya setelah merosakkan harta benda ini?
- Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan bantuan?
- Siapa yang boleh membantu saya?
- Mengawal kemarahan yang mendorong anda untuk melakukan ‘vandalism’. (lihat Menangani kemarahan)
- Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah secara sihat dan wajar.(lihat Membuat keputusan dan Penyelesaian masalah )
- Mencari cara yang terbaik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah untuk mengelakkan ‘vandalism’. (lihat Kemahiran sosial dan Komunikasi)
- Meminta pertolongan dari orang lain ketika menghadapi masalah
- Sentiasa libatkan diri dalam aktiviti sihat dan aktiviti kurang berisiko seperti senaman, bersukan, hobi dan kerja-kerja sukarela yang boleh membantu anda mengatasi tekanan hidup
- Jauhi rakan-rakan yang melakukan ‘vandalism’
- Sentiasa mengawal kelakuan anda sedikit demi sedikit dan mencatatkannya di atas kertas
- Untuk bantuan dalam hal ini, dapatkan nasihat kaunselor atau pakar psikologi
Leave a Reply