Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan PT3-Punca Remaja Ketagihan Internet

Karangan PT3-Punca Remaja Ketagihan Internet

Zik · Sep 14, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

 

Berdasarkan rajah dibawah, huraikan pendapata anda tentang punca remaja ketagihan Internet. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih dari 120 patah perkataan.

punca ketagihan internet

Pendahuluan: kajian menunjukkan semakin ramai remaja ketagihan Internet — terdapat pelbagai punca

Isi 1: sikap ibu bapa — memanjakan anak dengan membiarkan remaja menggunakan Internet tanpa kawalan

lsi 2: kesibukan ibu bapa- tiada masa bersama dengan anak-anak- remaja menjadikan Internet sebagai teman

Isi 3: aplikasi Internet yang interaktif dan pantas – memenuhi cita rasa remaja

Isi 4: pengaruh rakan sebaya -mudah mengikut rakan dan berasa seronok melayari Internet

Penutup: ketagihan Internet dalam kalangan remaja patut ditangani- kerjasama semua pihak agar tidak menimbulkan pelbagai gejala negatif.

Contoh karangan: 

Banyak kajian yang mendapati bahawa semakin ramai remaja yang ketagihan Internet. Banyak punca yang menyebabkan hal ini berlaku. Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak dengan membiarkan anak-anak mereka menggunakan Internet tanpa kawalan mendorong kepada ketagihan Internet. Selain itu, kesibukan ibu bapa dengan pekerjaan mendorong anak-anak mereka mengunjungi kafe siber untuk melayari Internet. Remaja menjadikan Internet sebagai teman kerana ibu bapa tiada masa untuk bersama-sama mereka.

Di samping itu, kewujudan pelbagai aplikasi Internet yang interaktif dan pantas mendorong ketagihan Internet dalam kalangan remaja. Aplikasi-aplikasi ini dicipta sesuai dengan cita rasa remaja masa ini. Ketagihan Internet juga berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Remaja mudah mengikut rakan dan berasa seronok melakukan aktiviti seperti melayari Internet. Ketagihan Internet dalam kalangan remaja patut ditangani dengan kerjasama semua pihak agar tidak menimbulkan pelbagai gejala negatif.

 

Sudut Kata:

ketagihan – keadaan sangat ingin akan sesuatu

aplikasi – kegunaan

interaktif – pengaliran maklumat dua hala antara kompttter dengan penggunaannya

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia karangan pt3 punca ketagihan internet, Karangan PT3-Punca Remaja Ketagihan Internet, punca ramaja ketagihan internet

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.