Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / KARANGAN- GEJALA SOSIAL DIKALANGAN REMAJA

KARANGAN- GEJALA SOSIAL DIKALANGAN REMAJA

Zik · Sep 21, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

gejala sosial

 

Lihat gambar keratan akhbar diatas. Ianya adalah masalah sosial yang berlaku pada remaja hari ini.  Soalan dia adalah, huraikan punca-punca masalah gejala sosial dikalangan remaja sekarang ini. Panjang huraian anda hendaklah 200 hingga 250 patah perkatan.

RANGKA KARANGAN.

Pendahuluan: gejala sosial dalam kalangan remaja membimbangkan semua pihak – tonggak harapan masa depan negara

Isi 1: pengaruh media massa – banyak hiburan khususnya dari Barat tersebar-menampilkan pergaulan bebas, pakaian seksi, budaya kelab malam. Media sosial yang tidak terkawal, contohnya facebook, twitter, youtube dan sebagainya, ianya baik tetapi perlu pemantauan dari guru dan juga ibubapa perlu memainkan peranan.

Isi 2: institusi keluarga juga semakin rapuh – ibu bapa tidak mempunyai masa untuk mendidik anak-anak mereka dengan agama dan nilai kerohanian

Isi 3: pengaruh rakan sebaya – hubungan dengan ibu bapa semakin renggang – lebih rapat dengan rakan sebayanya – mudah meniru perlakuan negatif yang dilakukan oleh rakannya

Isi 4: banyaknya tekanan yang dihadapi oleh remaja – berupa harapan ibu bapa yang tinggi dan jadual harian mereka padat – ingin akan kebebasan

Penutup: terdapat pelbagai punca yang mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial – harus ditangani -memudaratkan kesejahteraan masyarakat dan negara.

CONTOH KARANGAN.

        Pada masa ini, gejala sosial dalam kalangan remaja Man kerap berlaku. Situasi ini amat membimbangkan semua pihak kerana remaja merupakan tonggak harapan masa depan negara. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbangkan pertambahan kes gejala sosial ini.

          Antara faktornya ialah pengaruh media massa. Pada hari ini, sejajar dengan konsep globalisasi, banyak hiburan khususnya dari Barat menerjah masuk ke negara kita. Remaja yang tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung itu mudah terpengaruh oleh paparan hiburan di media massa yang menampilkan pergaulan bebas, pakaian seksi, budaya kelab malam, serta penagihan dadah. Media sosial sekarang ini banyak keburukan dari kebaikan. Apabila kebebasan bermedia sosial yang tidak terkawal dari remaja ini boleh mengundang satu masalah yang baru sekarang ini buat remaja. Perlu dipantau oleh ibubapa terutamanya.

         Di samping itu, institusi keluarga juga semakin rapuh pada masa ini lantaran ibu bapa sibuk mencari kekayaan. Demi kesibukan tersebut menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai masa untuk mendidik anak-anak mereka dengan agama dan nilai kerohanian. Natijahnya, jiwa anak-anak kosong kerana tidak diberikan input agama yang dapat membentengi mereka daripada pengaruh negatif.

      Gejala sosial kian bertambah juga kerana pengaruh rakan sebaya. Apabila anak-anak meningkat remaja, hubungan dengan ibu bapa semakin renggang sebaliknya anak-anak lebih rapat dengan rakan sebayanya. Hubungan yang rapat ini menyebabkan sesetengah anak mudah meniru perlakuan negatif yang dilakukan oleh rakannya.

       Gejala sosial juga Man meningkat kerana banyaknya tekanan yang dihadapi oleh remaja pada masa ini. Tekanan tersebut berupa harapan ibu bapa yang tinggi kepada mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Apabila mereka gagal mencapai tahap yang diharap, mereka sering dipersalahkan. Natijahnya, remaja terlibat dengan gejala sosial untuk melepaskan tekanan tersebut.

     Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Punca ini harus ditangani kerana gejala sosial ini seperti kanser yang boleh memudaratkan kesejahteraan masyarakat dan negara. Oleh itu, semua pihak patut berganding bahu untuk menangani gejala sosial ini.

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia, Karangan Contoh soalan karangan gejalan sosial di kalangan remaja apakah puncanya? kesan gejala sosial dalam kalangan remaja, faktor gejala sosial dalam kalangan remaja, gejala sosial dalam kalangan remaja karangan, KARANGAN- GEJALA SOSIAL DIKALANGAN REMAJA, langkah mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja, masalah sosial dalam kalangan remaja pdf, masalah sosial dikalangan remaja dimana silapnya, Pendahuluan: gejala sosial dalam kalangan remaja membimbangkan semua pihak - tonggak harapan masa depan negara, pengucapan awam gejala sosial dalam kalangan remaja, punca gejala sosial dalam kalangan remaja pdf, statistik gejala sosial dalam kalangan remaja

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.