Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan-kemudahan-kemudahan yang perlu ada disediakan tempat-tempat rekreasi

Karangan-kemudahan-kemudahan yang perlu ada disediakan tempat-tempat rekreasi

Zik · Nov 16, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Lihat peta taman rekreasi dibawah ini. Soalannya, huraikan pendapat anda mengenai kemudahan-kemudahan yang anda perlu sediakan ditempat-tempat rekreasi. Panjang huraian hendaklah diantara 200 hingga 250 patah perkataan. Selamat mencuba!!

peta lakar taman rekreasi

RANGKA.

Pendahuluan

Pihak kerajaan telah memih lokasi yang bersesuaian ~ dijadikan tempat rekreaksi ~ untuk melakukan aktivti senaman ataupun tempat berehat – beberapa kemudahan asas perlu disediakan

Isi1: ada kemudahan yang tersedia di pusat rekreasi rosak dan tidak selamat digunakan — usaha untuk menggantikan perlu dilakukan ~ pengunjung tidak terdedah kepada risiko kecederaan ~ menjaga imej negara

Isi2: tandas awam dan tong sampah perlu disediakan di tempat-tempat rekreasi — memastikan Pengunjung tidak membuang sampah di merata-rata tempat ~ mendidlk orang ramal agar lebih bertanggungiawab

  • kedai cenderamata serta kedai minuman dan makanan perlu disediakan di kawasan rekreasi ~
  • langkah ini dapat memberikan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada peniaga

CONTOH KARANGAN.

 

Pihak kerajaan telah memilih lokasi tertentu, terutama di tepi laut, di kawasan hutan, ataupun di tempat-tempat lapang yang bersesuaian sebagai tempat rekreasi. Dengan demikian, orang ramai boleh menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat untuk melakukan aktiviti senaman ataupun tempat berehat. Memandangkan tempat tersebut menjadi tumpuan, maka beberapa kemudahan asas perlu disediakan.

Tidak dinafikan bahawa di kawasan rekreasi ini telah disediakan bangku ataupun pondok tempat berehat ataupun berteduh daripada hujan dan panas. Namun begitu, ada antara bangku ataupun kemudahan senaman yang disediakan itu rosak dan kurang selamat untuk digunakan. Sehubungan dengan itu, usaha untuk menggantikan kemudahan yang rosak perlu dilakukan agar pengunjung yang menggunakannya tidak terdedah kepada risiko
kecederaan. Tindakan ini juga penting untuk menjaga imej negara.

Tandas awam yang bersih dan dapat berfungsi dengan baik perlu disediakan di tempat- tempat rekreasi. Langkah ini penting untuk memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin menggunakannya. Selain itu, tong sampah atau tempat pembuangan sampah juga tidak kurang pentingnya. Kemudahan ini perlu disediakan untuk memastikan pengunjung tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Selain memungkinkan kawasan rekreasi bersih, langkah ini juga secara tidak langsung mendidik orang ramai agar lebih bertanggungjawab, khususnya dalam soal menjaga kebersihan.

Wajar juga sekiranya kedai minuman dan makanan disediakan di kawasan rekreasi. Paling utama adalah untuk memberikan kemudahan kepada pengunjung yang berhajat untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Di sini juga pengunjung boleh berbual dengan rakan-rakan sambil menikmati minuman. Dari aspek yang lain pula, langkah ini dapat memberikan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada peniaga. Tegasnya, strategi serampang
dua mata ini ternyata mendatangkan faedah kepada pelbagai pihak.

Tidak dinafikan bahawa kini banyak kemudahan telah disediakan di tempat rekreasi, namun kebersihan di sesetengah tempat masih kurang memuaskan. Sehubungan dengan itu, kerjasama pengujung dalam hal ini amatlah diperlukan untuk memastikan agar tempat rekreasi di negara kita menyenangkan mata memandang, sekali gus meningkatkan imej masyarakat kita pada kaca mata pengunjung dari luar negara.

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia, Karangan contoh karangan, Karangan-kemudahan-kemudahan yang perlu ada disediakan tempat-tempat rekreasi, kemudahan yang perlu ada di tempat rekreasi, krangan spm

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.