Lihat peta taman rekreasi dibawah ini. Soalannya, huraikan pendapat anda mengenai kemudahan-kemudahan yang anda perlu sediakan ditempat-tempat rekreasi. Panjang huraian hendaklah diantara 200 hingga 250 patah perkataan. Selamat mencuba!!

RANGKA.
Pendahuluan
Pihak kerajaan telah memih lokasi yang bersesuaian ~ dijadikan tempat rekreaksi ~ untuk melakukan aktivti senaman ataupun tempat berehat – beberapa kemudahan asas perlu disediakan
Isi1: ada kemudahan yang tersedia di pusat rekreasi rosak dan tidak selamat digunakan — usaha untuk menggantikan perlu dilakukan ~ pengunjung tidak terdedah kepada risiko kecederaan ~ menjaga imej negara
Isi2: tandas awam dan tong sampah perlu disediakan di tempat-tempat rekreasi — memastikan Pengunjung tidak membuang sampah di merata-rata tempat ~ mendidlk orang ramal agar lebih bertanggungiawab
- kedai cenderamata serta kedai minuman dan makanan perlu disediakan di kawasan rekreasi ~
- langkah ini dapat memberikan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada peniaga
CONTOH KARANGAN.
Pihak kerajaan telah memilih lokasi tertentu, terutama di tepi laut, di kawasan hutan, ataupun di tempat-tempat lapang yang bersesuaian sebagai tempat rekreasi. Dengan demikian, orang ramai boleh menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat untuk melakukan aktiviti senaman ataupun tempat berehat. Memandangkan tempat tersebut menjadi tumpuan, maka beberapa kemudahan asas perlu disediakan. [Read more…] about Karangan-kemudahan-kemudahan yang perlu ada disediakan tempat-tempat rekreasi