Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / KARANGAN- PROGRAM INAP DESA

KARANGAN- PROGRAM INAP DESA

Zik · Jan 3, 2023 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Apa itu program inap desa?

Inap desa kalau dalam bahasa (Homestay) ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat sebagai alternatif yang lain lebih murah, tetapi selesa. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. 

kerajaan bagi peruntukkan pulau pinang

Contoh soalan :

Berdasarkan kenyataan kerajaan diatas ini. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memajukan program Inap Desa dalam kalangan pelancongan asing ke negara kita. Panjang huraian anda hendaklah diantara 200-250 patah perkataan.
Isi karangan :

Rangka Karangan

Pendahuluan: kerajaan memperkenalkan pelbagai produk pelancongan – program inap desa
Isi 1: kerajaan memperuntukkan RM250 juta kepada para pengusaha inap desa – meningkatkan mutu keselesaan
Isi 2: kerajaan membina infrastruktur dan saluran komunikasi – memudahkan para pelancong
Isi 3: bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, pengusaha program inap desa diberikan kursus dan latihan – memberikan pendedahan kepada para pengusaha tentang cara-cara mengendalikan program inap desa mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Isi 4: para pengusaha inap desa haruslah lebih kreatif, inovatif, dan bersungguh-sungguh untuk memajukan program inap desa mereka
Penutup: kejayaan program inap desa banyak bergantung kepada sikap pengusaha program ini – sokongan dan galakan daripada kerajaan juga perlu kerana kebanyakan pengusaha program inap desa mempunyai modal yang kecil.

CONTOH KARANGAN :

Dalam usaha menarik lebih banyak pelancong ke negara kita, kerajaan memperkenalkan pelbagai produk pelancongan kepada para pelancong. Antara produk pelancongan yang kian popular pada masa ini ialah program inap desa.

Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan ialah memperuntukkan RM250 juta kepada para pengusaha inap desa di seluruh negara. Hal ini demikian supaya, para pengusaha inap desa dapat meningkatkan keselesaan di inap desa mereka, dengan menyediakan bilik yang lengkap dengan kemudahan yang bertaraf tinggi, tandas yang selesa, serta kemudahan pengangkutan untuk memudahkan para pelancong pergi ke mana-mana destinasi semasa menginap di situ.

          Di samping itu, kerajaan juga membina infrastruktur seperti lebuh raya, jalan raya,dan saluran komunikasi. Menerusi kemudahan tersebut, para pelancong akan mudah sampai ke kawasan inap desa. Malahan, penunjuk arah yang jelas juga disediakan supaya pelancong tidak tersesat ke kawasan inap desa tersebut.

           Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, pendali program inap desa diberikan kursus dan latihan oleh pihak kerajaan. Kursus dan latihan jangka pendek ini memberikan pendedahan kepada para pengusaha tentang cara-cara mengendalikan program inap desa mengikut standard yang ditetapkan. Dalam dunia perniagaan termasuk industri inap desa, pengetahuan dan kepakaran penting kerana cabarannya besar. Bak kata pepatah, jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

         Selain itu, para pengusaha inap desa haruslah lebih kreatif, inovatif, dan bersungguh- sungguh untuk memajukan program inap desa mereka. Hal ini demikian kerana, persaingan sengit menyaksikan pengusaha-pengusaha pelancongan menggunakan pelbagai kaedah untuk menawan hati pelancong asing agar mengunjungi pusat percutian mereka. Jika pengusaha inap desa tidak kreatif dan inovatif, program ini akan terkubur.

          Kesimpulannya, kejayaan program inap desa banyak bergantung kepada sikap pengusaha program ini. Jika mereka kreatif dan inovatif, maka program ini akan berkembang pesat. Namun demikian, sokongan dan galakan daripada kerajaan juga perlu kerana kebanyakan pengusaha program inap desa mempunyai modal yang kecil dan cetek pengalamannya.

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia, Karangan APA ITU INAP DESA, artikel inap desa, inap desa homestay, inap desa meaning, karangan pengalaman menyertai program inap desa, KARANGAN- PROGRAM INAP DESA, kebaikan program inap desa, Keistimewaan Program Inap Desa, program inap desa di malaysia, program inap desa karangan, program inap desa karangan pengajian am

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.