Salam semua, ingin berkongsi cara untuk merawat penyakit kayap “ular”. Adakah anda pernah terkena penyakit seperti ini?
2010/3/24 Maria clara
Salam.Ada sesiapa tahu tentang petua untuk menyembuhkan penyakit KAYAP? kayap ular atau semua jenis kayap…share with me please….
Apa itu Penyakit Kayap?
Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.
Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.
Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.
Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.
Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.
Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.
Jenis-jenis kayap.
Selain kayap ular,
- Kayap api2
- Kayap tompok
- Kayap selendar
- Kayap harimau
- Kayap bersambung (umur pendek)
Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa.
Kayap ular ini akan muncul buat pertama kalinya di beberapa bahagian tubuh badan seseorang, bergantung kepada urat saraf ‘rasa’ yang mana diserang. Serangan yang berlaku adalah diikuti dengan rasa sakit di bahagian kulit di mana urat saraf ‘rasa’ berada. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’.
Pada mulanya, ruam merah yang bertompok-tompok akan kelihatan pada kulit dan kemudian lebih banyak ruam yang berbagai bentuk dengan warna kemerah-merahan dan melecur-lecur berlaku. Ruam merah yang bertompok itu mengandungi nanah sebelum pecah dan menyebabkan kulit jadi melecur. Setengah daripada kulit yang melecur ini akan menerbitkan darah dan rasa sakit akan berterusan bila ruam terus merebak di sekeliling tubuh.
Bagaimana mengubatinya??
Melalui perbincangan di email yang zik terima ada banyak sebenarnya, dan zik pun dah edit-edit (ubahsuai ayatnya kepada yang lebih skema sikit,hehe) . Ada (10) sepuluh petua yang nak dikongsikan bersama-sama.
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
Petua 2.
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.
Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
Petua 4. (Untuk kayap setompok).
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.
Petua 5.
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
Petua 6.
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.
Petua 7.
Disyorkan ETERNITY GEL GAMAT keluaran AlWahida Cosmetik, dapat menyembuhkannya dengan cepat..harganya juga murah cuma RM 39.00 je..sesiapa yang berminat boleh lihat blog saya :www.sysbeautyshop.blogspot.com atau email ke mspink_ija@yahoo.com.my (aisey promote lah pulak).
Petua 8
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
Petua 9.
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
Petua ke 10.
Pantang larang
- Jangan makan makanan berminyak.
- Buah tempatan tak boleh makan.
- Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng sebarang benda pun.
- Tak boleh kena sabun.
- Tak boleh makan buah@sayur yang menjalar/berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)
- Tak boleh makan makann yang gatal contohnya (seafood,ayam,telur)
Ada petua lain tak?? bagitau zik dibahagian komen ini, selamat mencuba, dimulakan dengan Bismillah. Insyallah
mancai says
petua yang menarik dan amat membantu… tq2
Azizah Khalil says
Assalamualaikum.
Untuk mengubati kayap ular dan lain-lain jenis kayap, dengan mengunyah nangka muda (babal dalam bahasa jawa) dan garam, sebelum tu baca selawat , Alfatihah serta berdoa agar cepat sembuh. bila dah hancur semburlah tempat yang kena kayap. Tapi jika yang menyembur seorang janda berhias yang berkahwin dengan teruna. InsyaAllah memang mujarab. Apa pun semuanya berlaku dengan izin Allah SWT . Kita hanya mampu berusaha. Ibu saya adalah janda berhias yang telah mendirikan rumahtangga dengan ayah saya yang berstatus bujang. Ibu saya ada kelebihan mengubati orang yang berpenyakit kayap . Dengan izin Allah, ramai yang datang semunya sembuh tanpa parut.InsyaAllah.
mohd haffizzi says
salam………
boleh sye thu bagaimana nak jumpe ibu awk bagi mengubati penyakit kayap ular ini……….mksud sye bgi sye alamat rumh ibu awk………..kami amat memerlukan bntuan……….terima kasih….
Azizah Khalil says
Assalamualaikum ..
Ibu saya tingggal dimuar johor, Sebelum saya beritahu alamat ibu saya, En. Mohd. Haffizzi boleh berikan alamat email kepada saya. Terima kasih.
azura samsudin says
assalam.. cik azizah, ibu sy baru terkena penyakit kayap ni.. kebetulan ibu sy juga menetap di muar.. boleh sy minta alamat cik azizah @ no tel cik @ ibu cik? sgt2 mengharap..
Azizah Khalil says
019-7614701
liza says
Saya dari Singapura ibu saya baru kena penyakit kayap ular.BOlehkah anda memberi alamat rumah ibu anda kerana saya ingin mengubat ibu saya sebelum penyakit ia lebih melarat
Azizah Adamhafiz says
call akak di no. tel 0197614701
nea shaferra says
salam,akak duk mane ye???
Rose says
Kat mana rumah awak Anak saya pun kayap ular
Azizah Adamhafiz says
Cuba cari janda/ibu tunggal yang berumahtangga dengan teruna..minta tolong dengan suami atau isterinya, dan minta dia kunyahkan putik nangka dengan garam sedikit.sebelum tu baca alfatihah, salawat dan doa..pas tu sembur kat tempat yang sakit..atau minta tolong dengan sesiapa buat sendiri di rumah insyaAllah ..atau tel saya ..0197614701/0136982078
salsa bila says
Salam.mak sy dah menderita penyakit ni hmpr 4 bln.puas berubat tp penyakit kayap tetap ada.sy dr Pahang.Bagaimana nak hubungi Cik Azizah?
sabree hussin says
mak aih seram pulak aku tengok kayap ular ni,
hyprobulksms says
Tak boleh pakai pakaian yang diperbuat dari kulit. Semua jenis kulit. Saya tahu ni dari orang tua suatu masa dulu.. tak sure betul ke tak.
Baloot says
Camane pulak dengan jaket kulit atau boot kulit? Dalam kulit tu ada satu chemical kot yang akan menyebabkan kayap ni..
tomeo says
saya pernah dijangkiti kayap ular.. tp tak guna petua2 diatas. saya berjumpa dgn seorang hamba Allah yg hanya menggunakan ayat2 suci al-quran dan selawat ke atas nabi.. saya dapat rasa ia di tarik keluar dr urat saraf π sy sembuh dlm kurang 2 minggu dan tak tinggal parut alhamdullillah
tt says
boleh kenalkn sy dgn hamba allah itu? PM sy dbarms23@yahoo.com.tq π
eijad says
semekom..boleh tahu dimana boleh dapat air penawar 2 x???
zainab manan says
Salam
dimana kah tempat saudara mendapatkan rawatan tu blh bgtau..tk
aiya says
boley bagi tahu mana tmpt tu tak ? sy dh 3 thn sakit ..
syira says
saya pun kna pykit kayap juga sktnya hanya Allah je yg tahu..dh 2mggu skt xsmbuh sehggalah jiran saya memberikan “bedak penawar” mcm bedak sejuk yg telah dijampi.botol kaler pink keluaran keluarga bomoh kayap barah,sg bakau ,nibong tebal. tel:05-7166829.klau yg dh truk tu baik trus jumpa ja..alhmdulilah,setelah mggunakan bedak penawar tu,kayap mula mengering dan beransur sembuh.
Lina says
assalamualaikum… mak sy pun kena sakit kayap ular ni… skrg nak msuk 3 bulan dah. kesian sy tgk. tiap hjg minggu sy msti blik kg jaga dia… sy harap sgt mak sy sembuh… dkt mana jumpa hamba Allah 2? kalau blh sy nak tau juga la… xdpt jumpa pun xpa, cuma mungkin awak blh share surah apa yg hamba Allah 2 baca..mungkin sy blh cuba baca utk mak sy… tq π
sufi says
penyakit kayap…….penyakit kayap……..penyakit kayap…..penyakit kayap,
apa jenis pun ………….insyaallah boleh diubati
dengan izin allah s.w.t,
call no ni……….0176708094
nasslimdiet2 says
masa dok asrama dulu aku penah tengok kawan kene kayap ular. gerun aku tengok
syieda says
saya rasa saya kene kayap nie..
mcm mane nieT_T
nurul says
assalamualaikum…sy skrg mengalami penyakit kayap ular tp di bahagian lengan sebelah kiri..jiran sy dh cuba wt air tawar tp xde ape2 prubahan pon…plezz tell me how to do..tension sgt sbb kna berpantang..ape pon xley mkn…
apizz sulaiman says
http://www.facebook.com/pages/Ubat-Khas-Untuk-Penyakit-Kayap-Herpes-Zoster-Medicine/126567114111842#!/pages/Ubat-Khas-Untuk-Penyakit-Kayap-Herpes-Zoster-Medicine/126567114111842?sk=info boleh contact sy..
Zik says
orait
suefareeza says
sumpahan kayap ni adalah dengan berubat/berusaha dengan izin allah. adalah dengan mencari orang seperti berikut: Janda yang berkhawin dengan anak teruna atau Duda yang berkhawin dengan anak dara, minta diorang kunyah sedikit kelapa dengan gula merah selepas itu, sumber pada kayap berkenaan..insyallah…………….
john says
penyakit nie boleh sembuh sndiri ke???
Zik says
takboleh.. kalau dibiarkan boleh membawa maut..
mohd fazi says
sya kena penyakit ni..tolong saya.. π
Zik says
dah cuba belum petua yang ada nih???
anis says
ibu tri sya bru mninnggal smlm d sbbkan pnyakit ini..merata tempat dia brusaha nk sembohkan tp xjuga semboh..sedih melihat keadaan dia.. Al-fatihah..
ASRUL says
CALL SAYA: 019-3349890
ken says
kalau kayap ular petua mana yg sesuai..
Zik says
mana rasa, senang nak cari bahan dia….
Aishah says
Salam.. ayah sy pernah kena pnyakit ni..utk m’ubatinya,mak sy amik kacang hijau dan rendam shingga kembang..kmudian kacangnya ditumbuk ( lebih baik diblender ) sehingga hancur..cmpurkan dengan sedikit air ( ledih baik air zamzam atau air bacaan yassin ) dan sapukan pada kawasan kayap berkenaan..disertakan selawat dan doa..insyaAllah akan beransur kering dan sembuh..bagi mengelakkan kayapnya merebak ke tempat lain,mak sy cop dibahagian sekeliling kayap tersebut..terima kasih jgk utk petua2 yg ada..
cda says
saya pernah mgalami kayap ular ni..mula2 kena mmng sakit..pastu kwn suruh saya guna kunyit hidup digosok kn bawah lesung batu pastu campur kn dgn kapur mkn 1ari 2kali..sapu insyaallah..kayap tu kering..kalau nk baik jgn mkn benda2 yg mgatalkn..seperti ayam,udang.sotong,telur..dll
syira says
sesiapa yg brada area penang @ perak blh berjumpa keluarga bomoh kayap barah di sg bakau,nibong tebal.tel:05-7166829.bagi yg jauh blh guna “bedak penawar” mcm bedak sejuk yg tlah djampi,btl kaler pink keluaran bomoh tersebut.Setelah menderita penyakit kayap slama 2mggu,3x berjumpa doktor,alhamdulilah,dgn izin Allah dgn hanya mggunakan bedak penawar penyakit kayap mula mengering dan beransur baik.
Farhana says
jampi mcm mana tu?
syafiq says
saya harap saudara tomeo sudi tolong saya , ini email saya cloudzv9@gmail.com.
Zakiza says
Kt tmpat aq d Bidor Perak ade org leh ubat kayap ngan putik nangka n garam… Insaallah dembuh dgn izinnya.
irdina qistina says
assalam.saya sekarang tengah sakit kayap nie..sakitnya hanya allah saja yang mengetahui..saya cuba ubat cina tapi panas sangat saya dah stop sapu ubat cina saya sapu bedak sejuk campur dengan air zam zam….
ASRUL says
BERITA BAIK..
PENAWAR KAYAP TELAH DIJUMPAI!!!!
SAYA TELAH MENGUNAKAN PENAWAR INI, DAN ALHAMDULLILLAH SEMBUH SEPENUHNYA!!
SAYA JUGA TURUT MENCADANGKAN PENAWAR INI KEPADA RAKAN-RAKAN, DAN ALHAMDULLILLAH, MEREKA BERPUASHATI..
IA SEJENIS MINYAK YANG DISAPU BERULANG-KALI KE TEMPAT YANG SAKIT..
INSYA ALLAH, PENYEMBUHANNYA BERLAKU MENGIKUT PERINGKAT MASA PENGGUNAAN:
1 – 4 HARI: RASA PEDIH PADA KAYAP MULAI BERKURANG, TETAPI KEMERAHAN MASIH BERLAKU.
5 – 7 HARI : RASA PEDIH SEDIKIT, DENGAN KAWASAN JANGKITAN BERUBAH WARNA KEMERAHAN KE WARNA KULIT ASAL. BINTIK – BINTIK HITAM MULAI MUNCUL KERANA BINTIK KAYAP TELAH KERING.
8 – 14 HARI: KAYAP PULIH SEPENUHNYA. BINTIK- BINTIK HITAM MULA MENJADI KERUPING DAN RASA GATAL. AKHIRNYA KERUPING AKAN GUGUR DENGAN SENDIRINYA.
HUBUNGI SAYA/WHATSAPPS 019-3349890
Zik says
Terima kasih tuan..
a rahmani says
Ada cara mudah dan sangat berkesan untuk rawat kayap. Layari krimmutiarabumi.blogspot.com ada latest update tntang kayap..tk
Zik says
Orait..,
A. Aziz says
Di tempat saya di batu pahat, anak abg saya dan juga anak saya pernah kena kayap ular. Mula2 anak abg saya yg kena dulu dan telah pergi berubat dgn seorang bekas janda berkahwin dgn bujang dan kayap tu kering selepas 3 hari rawatan semburan kunyahan kelapa parut dgn gula merah dan sembuh sepenuhnya dlm masa seminggu dgn izin Allah swt…Anak ckp tidak sakit semasa dirawat….