• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / 5 tips elak penyakit Jangkit Berjangkit

5 tips elak penyakit Jangkit Berjangkit

Zik · Mar 27, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

tips elak penyakit berjangkit,

Dunia sekarang digemparkan dengan penyakit berjangkit yang sangat berbahaya iaitu virus corona atau dikenali sebagai COVID-19.

Cuba amalkan 5 Tips ini, inshaAllah kita semua terhindar dari sebarang penyakit berjangkit yang berbahaya.

  1. Mencuci tangan dengan betul

Kerap mencuci tangan di mana saja kita berada. Ini bukan saja dapat melindungi dari sebarang penyakit berjangkit malah kita juga dapat menitik beratkan mengenai pentingnya menjaga kebersihan itu sendiri.

Dalam hadith ada mengatakan , “kebersihan itu adalah sebahagian dari iman”. Sebagai umat islam , kebersihan amatlah dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Lebih baik jika kita mengamalkan wudhu’ setiap hari .

Macam mana dikatakan wudhu’ itu sebagai wudhu’ yang sempurna ? Jom tonton video Wudhu’ sempurna ini! 

  1. Menutup mulut ketika batuk atau bersin

Seeloknya ,tutuplah mulut jika mengalami batuk dan juga bersin menggunakan tisu atau tangan. Dan jangan lupa untuk membasuh tangan sejurus kita bersin atau batuk.

Ini bagi mengelakkan kita atau orang yang berada disekeliling terkena apa-apa penyakit berjangkit dan boleh memudaratkan kesihatan. Nak tahu dengan cara apa virus boleh merebak ? Terutamanya virus Covid 19 sekarang ni? Teruskan baca .

( https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/lain_lain/pdf/SOALAN%20LAZIM%20COVID-19.pdf)

  1. Amalan Doa dan Zikir

Disini, saya ingin kongsikan sedikit doa yang boleh diamalkan sepanjang keberadaan kita sama ada di luar atau pon di dalam rumah.

InshaAllah dengan amalan ini, kita semua dijauhi dari perkara yang berbahaya seperti penyakit berjangkit dan juga musibah-musibah yang lainnya.

doa cegah penyakit berjangkit doa cegah penyakit berjangkit

 

  1. Membaca Al-Quran

Luangkan masa kita yang ada sekarang ni untuk sentiasa mendekatkan diri dengan membaca AL-QURAN. Tetap belajar , fahami dan perbetulkan apa yang sebelum ini kita rasa kurang dari pembacaan kita.

Inilah masa yang sangat sesuai untuk anda kembali kepada Al-Quran. InshaAlah dengan pembacaan yang baik dan konsisten , ini juga boleh menjadi satu asbab untuk kita dijauhi daripada penyakit berjangkit. Amin .

Dan bila-bila anda bersedia untuk memperkasakan lagi bacaan mengaji anda, anda boleh sertai kelas mengaji kami hanya dengan klik kelas mengaji (https://beanahomequran.com/promo/)untuk info lebih lanjut ya.

  1. Patuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Dengan pesakit covid 19 yang makin meningkat dari hari ke hari, jadi KKM telah mengeluarkan arahan untuk kita semua tidak keluar dari rumah jika tiada tujuan yang penting. Di sini saya sediakan  (http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan) sebagai rujukan.

Rehat dan duduk la dirumah. Luangkan masa kita semua dengan keluarga, Jangan menjadirikan diri kita salah seorang dari punca penyebaran penyakit berjangkit tersebut.

Sebagaimana dalam Firman Allah:-

surah albaqarah ayat 195

Semoga dengan perkongsian tips ini dapat membantu memberi kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya pencegahan awal dari Covid19 ini. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Semoga Bermanfaat !

Boleh tonton juga dalam bentuk video penuh di channel youtube kami di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=6F9OG1UTiI0 

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan 5 tips elak penyakit Jangkit Berjangkit, cara ambil wudhuk yang sempurna, cara cegah penyakit berjangkit, cara elak penyakit berjangkit, penyakit berjangkit

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss