Salam semua, ingin berkongsi cara untuk merawat penyakit kayap “ular”. Adakah anda pernah terkena penyakit seperti ini?
2010/3/24 Maria clara
Salam.Ada sesiapa tahu tentang petua untuk menyembuhkan penyakit KAYAP? kayap ular atau semua jenis kayap…share with me please….
Apa itu Penyakit Kayap?
Penyakit kayap terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayap melukut, kayap jagung dan kayap ular atau nama saintifiknya herpes zoster atau disebut shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.
Lazimnya ruam kayap ular ini bermula dari tengah belakang dan merebak hingga ke bahagian dada. Pada kebiasaannya kayap ular ini menyerang sebelah dada sahaja. Akhirnya, kayap ular ini akan menyerang urat saraf ‘rasa’ di bahagian’ mata, sekiranya ia tidak dirawat ketika di peringkat awal lagi. Bila ini berlaku, seseorang akan merasa pening-pening dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata.
Jika mata turut diserang ia kelihatan merah dan berlakulah apa yang di-katakan ‘conjunctivitis’. Mana-mana urat saraf ‘rasa’ akan diserang oleh kuman kayap ular ini bila tumbuhnya kayap ini di kulit di mana adanya urat saraf ‘rasa’. Ruam yang berlaku pada kulit memakan masa dari 10 hari hingga dua minggu untuk sebuh jika dirawat dan kemudian ia akan mula reda dan meninggalkan parut pada kulit.
Bagi pengidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan-bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar ‘Post-Herpetic Neuralgia’ dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberi lazim-nya kurang berkesan. Sebelum seseorang pakar dapat merawat kayap ular Ini dia harus benar-benar mengetahui secara lebih mendalam akan penyakit ini.
Pada hakikatnya, rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat dari bakteria. Rawatannya mudah, pesakit akan diberikan sejenis pil untuk dimakan. Sementara itu ubat sapu yang ber-bentuk krim ataupun cecair juga diberikan untuk disapu ke atas ruam yang berlaku.
Tujuannya ialah untuk mengurangkan rasa kurang senang akibat kesakitan dan gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.
Jenis-jenis kayap. [Read more…] about Cara untuk merawat kayap ular.