Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / Tips elak mabuk laut

Tips elak mabuk laut

Zik · May 8, 2010 · 1 Comment

Share this on WhatsApp
Mabuk laut

Salam semua. Kali ini ingin berkongsi bagaimana untuk mengelakkan dari gejala mabuk laut ini.

Apakah mabuk laut?

Mabuk laut ialah satu bentuk mabuk perjalanan berunsur satu perasaan rasa loya, dalam kes-kes ekstrem, pening, mengalami selepas menghabiskan masa pada satu aktiviti  diatas air.

Sesetengah orang agak mudah terpengaruh untuk keadaan itu dengan perangsang kecil dan akan berasa mabuk laut hanya dengan menetapkan kaki pada sebuah bot, sekalipun kapal dalam keadan yang statik . Sesetengah orang malah telah mendakwa mengalami mabuk laut bila meilhat program-program televisyen bertemakan nautika.

Bila terjadinya.

* dalam gerabak kereta api
* dalam kereta
* dalam kapal terbang
* pada buaian
* ketika melihat dari sebuah cenuram tinggi di mana objek-objek diketahui, dan menjadi jauh.
* ketika berjalan pada satu dinding atau bumbung
* ketika melihat secara langsung sehingga sekeping atap
* ketika melihat bintang-bintang dalam kemuncak
*dan sebagainya.

Cara untuk mengatasi mabuk laut.

Ada banyak cara sebenarnya,

Sebelum berangkat menaiki kapal, seelok dan sebaiknya pastikan perut tidak kosong, tetapi jangan terlalu kenyang dan bagi yang tidak percaya diri boleh minum ubat anti mabuk kurang lebih 15 minit sebelum naik ke laut. Pilih tempat yang teduh tidak panas serta cari tempat udara yang bagus, dan tidak terperap. Kalau boleh, cari air dan berada ruangan yang ber-Air Cond.

Tenangkan fikiran, jangan terbawa rasa takut, kerana rasa takut akan timbul 5 minit sesudah kapal berangkat dan lepas dari pelabuhan.

Bagi yang mulai terasa mual dan p ening sebaiknya mencuba menarik nafas dalam keadaan yang secara teratur. Siapkan kantung plastik untuk muntah jika tak dapat dicegah. Kapal tidak akan berhenti walaupun anda muntah. Sebabnya  sekiranya kapal berhenti, goncangan ombak akan menghantam badan kapal dan akan lebih mengakibatkan pusing dan mual.

Yang dibawah ini lebih sesuai untuk kaki pancing, tapi terpulang juga, boleh juga kita ambil tips ini ya.

  • Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
  • Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
  • OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata, limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
  • Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
  • Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
  • Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
  • Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
  • Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

Selamt mencuba, sekiranya ada petua yang ingin ditambah. silalah komen diruangan bawah ini. Terima kasih diucapkan. Hehe..

Share this on WhatsApp

Kesihatan mabuk laut, punca terjadi mabuk laut, tips elak mabuk laut

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Mekar says

    October 12, 2012 at 10:30 pm

    Nak pegi langkawi naik feri, selalu juga terkena ‘mabuk laut’ tambahan jika laut bergelora

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.