Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Cabaran keusahawan

Cabaran keusahawan

Zik · Apr 29, 2010 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

Dalam keusahawanan perlu adanya cabaran, seperti dalam perlumbaan, silap langkah pasti akan tersungkur! Tetapi tidak boleh berputus asa.

Cabaran seorang usahawan perlu diharungi,dari segi dalaman dan luaran.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Asam garam dalam perniagaan/keusahawanan.

Pelbagai rintangan dan cabaran harus di tempuh dan di lalui biarpun sangat pahit untuk ditelan. Ungkapan ini di ertikan sebagai salah satu anjakan paradigma yang perlu ada untuk terus berjaya dalam bidang usahawan. Cabaran inilah yang menjadikan kita lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan dan penyelidikan yang lebih mendalam dalam konteks asam garam dalam business usahawan.

Cabaran keusahawanan.

Usahawan yang berjaya ialah usahawan yang suka kepada cabaran. Cabaran kepada  usahawan diibaratkan seperti layang-layang dengan angin. Lebih kuat angin (cabaran), maka lagi lebih tinggi layang-layang (perniagaan) akan terbang, maka semakin seronoklah pemain layang-layang (usahawan) itu.

Jenis dan bentuk cabaran.

 

Secara umumnya, jenis atau bentuk cabaran boleh dikategorikan seperti berikut:

1. Cabaran dalaman (internal challenges)

 

2. Cabaran luaran (external or environmental challenges)

 

  • Peringkat keluarga
  • Peringkat masyarakat
  • Peringkat Industri
  • Peringkat negara

1. Cabaran Dalaman.

Oleh yang demikian, cabaran dalaman adalah unsur-unsur yang mencabar kewibawaan seseorang dalam merealisasikan impian seseorang. Unsur-unsur ini boleh memberi rangsangan positif atau negatif bergantung kepada tanggapan atau cara bagaimana kita mengatasinya.

Sebagai contoh, salah satu cabaran dalaman kepada seseorang usahawan ialah keyakinan terhadap dirinya untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan. Pada peringkat ini, beliau mungkin memikirkan beberapa natijah atau kemungkinan yang akan berlaku ekoran daripada keputusannya menjadi seorang usahawan. Antaranya adalah sama ada berjaya (lebih baik), tiada perubahan (status-quo) atau gagal (lebih teruk).

Masalahnya di sini ialah siapa yang tahu kemungkinan yang mana akan berlaku! Sekiranya, kita tidak mahu mengambil cabaran (melupakan keinginan menjadi usahawan) maka kemungkinan pertama dan ketiga tidak akan berlaku. Dalam ertikata yang lain, perubahan tidak akan berlaku. Untuk mendapatkan perubahan, usahawan perlu kepada cabaran dalaman (mencabar dirinya sendiri – “internal push”).

 

  • Untuk mengatasi cabaran dalaman, orang paling baik dapat membantu ialah DIRI ANDA SENDIRI.
  • Dapatkan nasihat serta pandangan orang lain. Orang lain ini tidak semestinya, “PAKAR” tetapi seorang yang berpengalaman, Guru yang paling baik ialah ‘pengalaman kita sendiri’.
  • Bagaimana hendak menimba pengalaman, kalau kita tidak berani mencuba. Oleh itu, anggaplah cabaran dalaman itu umpama ranjau-ranjau yang perlu disisihkan di sepanjang perjalanan ketika kita memburu cita-cita menjadi seorang usahawan.

2. Cabaran luaran.

Ia datang dari beberapa peringkat, iaitu 4 peringkat.

1. Cabaran keluarga – beberapa persoalan?

  • Pendapatan tetap vs. pendapatan luwes
  • Menambah pendapatan atau mengurangkan simpanan
  • Pembahagian masa

2. Cabaran masyarakat setempat (paradigma metal yang sempit)

  • Mengapa nak jadi usahawan?
  • Orang Melayu pandai berniaga ke?
  • Kalau tak kaya – kayap!
  • Lebih suka lihat kegagalan drp kejayaan
  • Lebih suka mengata drp memberi sokongan

3. Cabaran peringkat industri

  • Mencari perniagaan yang sesuai
  • Mendapatkan pembiayaan tambahan
  • Mengeksploitasi insentif dan peluang yang ada
  • Memahami kaedah perniagaan “business model” dalam industri berkenaan
  • Mewujudkan “networking” yang relevan
  • Persaingan (cooperate not compete)
  • Produk dan perkhidmatan (quality, price, customer service, branding etc)

Cabaran peringkat negara

  • Menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi
  • Sebagai penggerak utama pengembelingan sumber-sumber negara
  • Menambah nilai (added-value) kepada produk atau perkhidmatan yang diberikan
  • Menjadi peneraju dengan memperhebatkan “R & D” dan inovasi yang berterusan

Di tahap usahawan:

Sebagai anda bergerak daripada mengalahkan cabaran dalaman anda untuk cabaran-cabaran luar, keamatan peningkatan cabaran-cabaran itu.

Di tahap perusahaan:

Sebagai perusahaan pergi daripada masa bayinya hingga remaja kepada kematangan, keamatan cabaran-cabaran juga bertambah. Bagaimanapun, apabila ia sampai peringkat tertinggi, usahawan telah pun memperolehi terlalu banyak mengalami sehinggakan menganggap cabaran-cabaran itu telah menjadi sebahagian hidup keusahawanan mereka.

Penutup.

Percayalah bangsa kita, budaya keusahawan masih lagi “ah seng” berbanding dengan bangsa lain seperti cina,  rasa kagum dan malu dengan bangsa mereka rancak dalam dunia perniagaan.

Ayuh semua, marilah kita meneruskan pelayaran sebagai seorang usahawan, nah jangan takut gagal, sedangkan Bill Gates yang tak habis belajar mampu berdiri sekarang sebagai orang yang terkaya didunia. Berani sahut cabaran ini? Komen jangan tak komen.

Share this on WhatsApp

Ekonomi bentuk cabaran dalam usahawan, cabaran keusahawanan, cabaran sebagai seorang usahawan, cabran usahayan yang perlu kita sahut

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.