Ikan ketutu

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQgNwnXHqv8z0iW5_Ec2BpVcy5iY8yBHyMpZU2a1eUobFQKnzQ&t=1&usg=__WU-i1QaRecovHQfr88FxOlZMXtE=


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ikan ketutu, atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmoratus, merupakan tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Habitat utamanya adalah di sungai, tasik dan lombong tinggal.

Nama panggilan lain yang biasa orang kebanyakkan ikan ini ialah Marbled goby atau lebih dikenali haruan hodoh, ikan ubi, ikan hantu, dan macam-macam lagilah!.

Sapa yang suka makan ikan nie?

Kalau dekat Malaysia nie, ketutu sangat popular dikalangan masyarakat cina dan permintaan terhadapnya adalah sangat tinggi apabila menjelang Sambutan Tahun Baru Cina. Hah, masyuk jugak tuh!

Khasiat Ikan Ketutu.

Diantara kelebihan ikan ini ialah mempunyai daging yang manis dan lazat juga halus dan berwarna putih. Kebanyakan penggemarnya mengatakan bahawa daging ketutu mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan tubuh badan.

Disamping itu juga,  khasiatnya menyamai khasiat ginseng, lingzhi,  madu lebah, spriluna dan lain lain makanan  yang ternama dunia. Masakan yang popular bagi ikan ketutu ialah ‘masak kukus halia + bawang putih(steam)’.

Harga di pasaran.

Kalau diukur dari harga, ikan ketutu diantara spesis yang termahal kerana harganya mampu mencecah RM50 hingga RM80 sekilogram bagi ketutu mentah. Manakala bagi sudah siap dimasak pula mencecah RM180 hingga RM200 sekilogram. Masyuk tuh!

Antara faktor yang menyebabkan harga ikan ini melambung tinggi, ialah kerana setakat ini, masih kurang penternak ketutu di negara ini. Walaubagaimanapun, ianya masih boleh didapati di kawasan sungai terutamanya di sepanjang Sungai Pahang.

Dipercayai saiz maksimum ikan ketutu mencecah hingga 7 inci dan berat maksimum mencecah 3kg seekor. Ikan ketutu juga dipercayai hanya aktif pada waktu malam dan akan sentiasa menyembunyikan diri pada siang hari.

Sistem ternakan yang macam ne untuk komersialkan nya?

Memang ada banyak cara, tapi bergantung kepada budget yang ada, kalau aku pakai tempayan jugak nie kang. Ok serius.

  • Ternakan kolam tanah
  • Tangki fiber glass
  • Tangki aquarium
  • Kolam konkrit

Anda dinasihatkan apabila menggunakan medium ternakan di dalam kolam tanah disyorkan dengan persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal. Tangki fiber antara kaedah ternakan bagi yang mempunyai kawasan yang terhad.

Sifat agresif ketutu ketika mengambil makanan mendatangkan masalah melalui kaedah ini terutamanya tangki fiber yang berbentuk segi boleh menyebabkan ikan nie sakit, dah terbantut dia punya

Antara modul ternakan yang  kebiasaanya orang guna

  • Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi
  • Mempunyai kadar pencahayaan samar-samar dengan penggunaan tumbuhan akuatik dan plastik hitam sebagai pelindung cahaya
  • Ada menyediakan sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh
  • Kedalaman air yang sesuai bagi mengekalkan suhu air dan mengejar anak ikan
  • Ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor) dalam tempoh <  lebih kurang lebih 18bulan
  • Kandungan oksigen terlarut DO > 5mg/l untuk memastikan kadar tumbuh pembesaran yang maksimum mungkin.

Makanan

  • Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia
  • Daging ikan yang dipotong-potong
  • Dedak (sila abaikan point ini).

Potensi ikan ketutu di pasaran.

Tak pastila. Tapi kalau ikutkan, ikan ini memang banyak juga permintaan dari luar negara, seperti ikan haruan dan ikan keli.

Namun begitu, namun faktor kadar pembesaran yang lambat, sumber anak benih yang terhad dan diet pemakanan yang sukar dicari, merupakan cabaran yang besar terhadap usaha penternakan pada skala komersial. Tetapi kalau betul serius, semua tak menjadi halangan.

Mana nak dapatkan benih nie ya zik?

Cari je kat sungai-sungai. Ataupun tanya kepada pembekal-pembekal ikan air tawar, kebiasaannya ada membekalkan ikan jenis seperti ini.

Jadi kepada penternak yang betul-betul serius dalam  nak mengusahakan ikan ini, disarankan menjalankan pembenihan sendiri bagi menjamin bekalan anak yang berterusan.

Kaedah pembenihan semula jadi dengan formasi induk yang diguna dalam sistem pembenihan ketutu 3: 1 dan 1:2 iaitu 3 induk betina dengan 1 induk jantan diletakkan dalam kolam pembenihan.

Nota: Sedang mencari-cari peluang-peluang pekerjaan kerja sendiri, bulan 11 nie dah hilang status student. Insyallah.

Sumber disini, ini dan ini.

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Ekonomi and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

78 Responses to Ikan ketutu

  1. Ab Hamid bin Ab Salam says:

    Saya ni pemakan ikan,semua jenis ikan saya suka nak makan;buntal,baji,belukang,bulus,salmon,malong,barakuda,layar,todak,paus,jerung,termasuklah ikan ketutu

  2. YUS says:

    Assalamualaikum…
    benih ketutu untuk di jual
    saiz 4′ ke 8′
    harga RM 4
    call/sms 0175297805

  3. aimandde says:

    salam..
    saya pernah juga mancing kat kuala sungai, ada sekali tu, air cetek ingatkan nak sauk udang bawah dan celah celah kayu, tapi dalam masa yang sama dapat gak ikan rupanya lebih kurang pesen tu gak. tapi dia hidup air masih/tawar. Betul ke tu ikan ketutu atau belontok…
    aimandde recently posted..Lagi Mengenai MANGGISMy Profile

  4. hazwan says:

    aku ade try bela ikan ni..dalam kolam kanvas je tak besar pown kolam nye..benih beli kat brother simpang pulai.die bg campur ade besar dan kecik sebab die pakai bubu tangkap benih 2,siap hantar lagi harga 3.60..senang je jage ikan ni asalkan jangan ade luke kat badan die kang die taknak makan,lg 1 parasit jd punca ikan ni mati.senang je beli ubat kat kedai ikan setel.makanan lg senang beli tangguk,malam2 cr anak ikan longkang .lani da besar da nak tunggu raya cina je. agak2 tangguk lebeh ikan longkang 2 jual kat kedai ikan ,die amek 1 tin susu 8.00 hahahaha senang giler.nak seribu daya taknak memang banyak alasan.

  5. malihalihamid says:

    da ke pembeli di sabah, sya penternak ikan ketutu tp xtau nak pasarkan kemana

  6. madlut says:

    jika mahu bela..lebih elok kolam tanah berbanding fiber..kerana kolam tanah seperti habitat asalanya. Ikan yang dibela di tempat yang sperti habitat asalnya, kurang stress, maka dapat meningkatkan survivor rate, dan juga pembesaran yang lebih cepat…sekadar berkongsi :)

  7. hafizmd says:

    semacam jer kulit die..hohoho..aku aku mmg tak pernah tgk lagik ikan ni..mahal tuh..

  8. mancai says:

    aku pernah merasa… memang sedap… tapi kena juga dengan cara masak dia.. harga memang mahal.. nasihat aku sesiapa nak buat perusahaan ikan ketutu ni cari dan belajar di tempat yang betul…. takut ada yang tertipu nanti…

  9. wan says:

    sumpah tak pernah den dengo.. macam ulo sawo pulak kulit dia.. hehe :)

  10. Dila.13 says:

    Wahh, bulan 11 hilang status student.. welcome to the real world, zik :D

  11. ishak says:

    macam sedap her ikan ni kalau dimasak madu..huhu..leleh air liur aku..huhu :cheerful:

    • Zik says:

      perghh masak dengan madu…. ayoyooo… manyak syokk..

    • Shahizan Hj Abu Hashim says:

      As-salam Bro…dan selamat hari raya.Dimana saya boleh dapatkan benih ketutu ni….saya tinggal kat kepala batas s.perai utara..kat rumah Pak lah…
      pada dasarnya ternakan ikan ketutu ni mudah dalam hal nak bagi dia makan …cuma dalam penjagaan kesihatan/penyakit nak kena belajar dan
      ambil tahu lepas tu baru boleh teruskan usaha ternak ikan ketutu ni..
      Memang lumayan….

  12. usop says:

    ermmm ikan yg memang mahal, dan ikan yg susah nak dapat sekarang ni, kalau dulu dalam sungai boleh ler juga dapat, tp sekarang mcm dah pupus jer

  13. fiezaradzi says:

    nama pernah dgr, tapi tak penah nampak kot.. wpun kg de air tawar..

  14. Eizil says:

    Boleh tahan leceh gak penjagaan ikan ketutu ni erk… tapi menarik untuk dibuat kajian lanjut…

  15. finafedora says:

    ikan ketutu..dah makan, buat BBQ simple2 je. daging dia mmg manis, halus & kaler putih. hampir sama dgn rasa ikan keli.

    harga market mmg mahal tapi haritu saja pegi cuti2 hujung minggu dkt rumah member, ada pulak ketutu dekat tasik bekas lombong bijih timah dkt perak nun. apelagi, sendiri kail sendiri makan la. masa 1st time makan tu mmg taktau pun harga dia mahal dkt market.

  16. wazy says:

    dulu pernah juga dapat ikan ni masa memancing
    memang banyak khasiat ikan ni
    kalau buat bisnes ternakan ikan ketutu gerenti balik modal

  17. zool says:

    Ikan ketutu ni memang mahal.. Org2 biasa tak mampu nak belinya

  18. khairolghani says:

    kalau ikan ubi aku kenal la..nama ikan ketutu tak femes langsung kat tempat aku..hehe

  19. tehr says:

    ada cikgu kat sekolah bela ikan ni
    harganya memang mahal
    payah gak nak bagi hidup dan membesar

  20. anuarkarimz says:

    ikan ketutu ni memang mahal hargenya…

  21. Sir Marcello says:

    wow lengkap gila info nie…zik memang dalam bidang agri and agro culture ke?

  22. zackpantai says:

    untuk makan makanan ikan ni, resepi apa yang terbaik? adalah lebih baik kalau tak makan.

  23. bujang3 says:

    aku pernah gak dengar pasal ikan ketutu nie… sepupu aku pernah ceriter pasal ikan nie.. dulu dia ada gak bercadang nak ternak, tapi tak tau ler…aku ingat tak menjadi le kot.. kalau dah jadi tentu dah kaya !!! hahahah !!!

  24. etomyam says:

    kalau kat kg aku ikan ubi..betul ke zik? ke lain species nya

  25. hanif says:

    pernah dengar,tengok real2 tak pernah..masak ape sedap ikan ni,,

  26. kulanz says:

    Tak pernah lagi nampak ikan kekutu sebelum ni.. nama pun 1st time dengar.. bagus juga info ni bro..

  27. hafidz says:

    Khasiat Ikan ketutu & harganya memang terbaek la, heh :tongue:

  28. donnyien says:

    adik beradik ikan kerapu?

  29. elmO blurb says:

    cam tak berani makan je ikan camni !

  30. suri says:

    rupanya sangat pelik heeee..

    pemakanan org cina dgn org mlyu berbeza skit kan heee..

  31. Mus says:

    cantik juga ikan ni..

  32. acapz says:

    mcm ikan keli dah je aku tngok. haha. xpnh mkn lagi kowt. hoho. best ek?. kng aku cari. haha

  33. syahrilhafiz says:

    erk mcm penah dengar tapi kurang amik tahu sgt.
    yg aku taw ikan temenung je..haha :w00t:

  34. zulkbo says:

    salam..
    alahai..apa yang ku tahu
    hanya ikan kembung,selar,
    keli,ruan..ikan ni biasa dengar
    tapi tak teringin langsung
    nak rasa memandang
    ah la ropenya pelik..tambah
    rega pun mahal..he he..
    makan kembung je la.. :ninja:

  35. zezebel says:

    Tempat saya banyak ni….
    Tapi susah nak dapat yang besar2 macam kat restoran tu….

  36. azizan4444 says:

    pestime dgr name ikan ni..apsl plik sgt tu ye?hehhe..lps ni kalau p pasar nak try tanya peniaga ikan ada x ikan ketutu ni..:)

  37. ashraf says:

    Aku dulu pernah mancing ikan ni tapi tak pernah makan pula lepas dapat terus bagi kat orang…..pernah makan ke zik? sedap ke? ikan ketutu memang mahal… :lol:

  38. aziq says:

    woo….berharga ikan ni.Sumpah tak pernah dengar ttg ikan ni sblum ni….hehehe

  39. annfrendly says:

    errrr. …
    rupa ikan ni macam kulit ular sawa.
    berbatik2.. errr…. takot..

    mahalnya… nape ek? ape yg cina suke makan mesti mahal?

    • Zik says:

      sedap ikan nih.. orang cakap la..hehe

    • teropong halus says:

      Orang cina kalau dapat kahwin gadis melayu & masuk Islam, maskahwin nya lagi lah mahal, macam kawan saya muallaf, dia malu nak letak mas kahwin RM300,,jadi dia sebut RM300RIBU tunai,,betul lah andaian U tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge