Ikan kelisa yang merupakan diantara ikan yang mempunyai harga yang sangat bernilai dan juga dikatakan boleh membawa tuah buat orang china yang meletakkannya di kedai-kedai ataupun di rumah sebagai medium terapi atau untuk sekadar hobi menjadikannya ia satu asset yang sangat bernilai untuk tatapan umum.
Ia bukan sahaja dari kulitnya yang cantik, tetapi mempunyai 101 ciri-ciri yang menarik untuk didedahkan (next episode k). Seronok sebenarnya kalau kita teliti ikan nie, macam cool lah pulak. Tapi, jangan lupa bagi makan ya, kalau nak jaga ikan-ikan perhiasan nie.
Nama sebenar ikan kelisa
Ia lebih dikenali sebagai Arowana Asia. Manakala di Republik Indonesia dikenali sebagai ikan peyang, tangkelesa, kelesa, siluk, kayangan serta beberapa nama lain lagi, adalah ikan hiasan eksotik klasik bermutu tinggi yang begitu istimewa di kalangan penggemarnya.
Di samping itu juga, ia sangat terkenal dengan nama jolokannya seperti Dragon Fish dan Dragon Bonytongues terutama sekali bagi para pengekspot dan pengimpot ikan yang sedang diancam kepupusan ini. Walau apapun jua nama yang diberikan kepadanya, Arowana tetap berenang megah sebagai raja ikan hiasan eksotik air tawar yang unik dan eksklusif.
Jenis-jenis ikan kelisa.
Ada banyak, tetapi aku tak pasti ada berapa bilangan jenis-jenis ikan kelisa.
- Banjar Red Arowana
- Green Arowana Malaysia
- Golden Arowana
- Platinum Arowana
- Red Tail Golden Arowana
- Super Red Arowana
- Silver Arowana
Kepercayaan orang china.
Orang china percaya ikan perhiasan seperti Ikan ini, mempunyai feng shui yang sangat bagus untuk tuah dalam kejayaan dan juga untuk memastikan untung terus bertambah-tambah. Kita sedia maklum, majoriti mereka adalah golongan peniaga yang sentiasa memerlukan satu pendorong untuk terus maju kehadapan. Salah satu yang perlu kita contohi ialah mereka tidak berkira untuk mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit demi survive perniagaannya akan datang.
Mereka percaya, lagi mahal ikan ini, lagi banyak tuahnya,tertutamanya badan/warna ikan kelisa yang berwarna keemasan. Tuah ini bukan sahaja dalam bidang yang mereka meminati ,tetapi aspek lain juga contohonya dalam hubungan cinta, tuah dalam perjudian, tuah dalam kerjaya, tuah dalam sesuatu projek dan sebagainya.
Kalau nak beli, beli ketika masih kecil. Nanti dah besar boleh jual, dengan harga yang berlipat-lipat kali ganda.
Akan datang, gambar-gambar ikan kelisa dan penjagaannya.
Sumber website
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
kami says
kami mmg minat giler ngan kelisa ni,
kat umah ada bela sekor,dulu beli 8 cm jer skang da nak cecah 20 cm, bru 8 bulan bela..:)
mmg syok tgk dia brenang mau plak da besar,
ikan ni jenis pandai..:)
dnobiz says
Aku bela tak sampai seminggu, rumah black out… ikan pun black out sama, sekarang dalam tu aku ganti ngan ikan laga siam puas hati aku..
sebulan black out pun dia tak kisah 😀
akubiomed says
Dulu ada bela ikan Flower Horn sebesar tapak tangan hingga besar juga tapi masalahnya apabila balik kampung tidak ada siapa nak bagi makan.
Pasang alat bagi makanan palet automatik dan balik-balik dari kampung ikan Flower Horn dah lain macam 🙂
akubiomed says
Dengar ikan Kelisa ini cerewet terutama suhu dan pH air yang perlu diambil perhatian
Zik says
memang agak cerewet.. kena tanya kepada mereka yang pakar… dalam menjaga ikan seperti ini…
faisal says
assalam… zik sy nk kongsi pendapat sy ada kelisa d beli d kedai katanya highback mg beli dr kecik skrg da 6inchi da anggaran…sy tgk ekor merah badan da naik nmpk sisik berkilauan ada gak biru kebiruan…jd nk tya boleh ada harga ker…?ingin tahu 0177765930
jasti says
bluebase kah? masih ada lagi?
jasti says
brader..bela elok2 dah beso boleh jual…huhu ada org akan beli!
tehr says
mahal ni
aku suka bela ikan murah je, macam ikan guppy
kalau mati pun tak la nyesal / sedih sangat 😀
akubiomed says
Ikan Guppy kalau terlalu makan palet banyak sangat perut mesti kembung nak berenang pun susah
Ladfe Amir says
banyak2 ikan yg pernah aku bela..ikan guppy aje tak masuk dalam senarai.
Arowana pernah 3 kali aku bela..mati kesemuanya
wandisini says
memang best tengok kelisa ni berenang. nampak cool je. minat nak bela, tapi bab makanan tu yang kurang minat sikit. mahal gak belanja. kena beli makanan hidup. kalau nak sisik cantik ada serangga tertntu yang kena bagi makan. memang banyak hal lah
kawan aku punya kelisa, tiap hari tak kurang rm20 kena keluar duit..kena isi minyak.hehe… 🙂
akubiomed says
Kalau dah minat tak kira berapa pun perbelanjaan yang perlu dikeluarkan asal hati puas apabila melihat kilauan sisik ikan Kelisa
jasti says
seharian ikan arowana perbelanjaan makanan dia
sehari dua kali-pagi udang, petang katak-sebulan sekali lipan(utk sisik dia)
sehari=Rm 3.50x30hari =Rm105/sebulan
p/s:Rm20 ringgit sehari mewah ikan tu brader…. :p
jasti says
laaa kereta rupa nyer…kantoi! :p
wandisini says
cepat sangat buat kesimpulan..hehe..
zulkbo says
salam Zikr..
nasib baik di lahirkan
sebagai melayu islam..
ermm..tidak ikan pun
membawa tuah ye..? :tongue:
Ladfe Amir says
walaupun kita tidak percaya pada luck tu..Arowana mmg ikan yg menarik bila dipandang
rusliesophian says
Pelihara utk seronok, oklah! Tapi leceh dan rumit jaga ikan ni…hari2 nak kena teliti. Tapi jgn lak org kita pelihara kelisa utk fung shei…!
Zik says
itu lah ceritanya lah pulak.. uncle.. huhu…
rockinsudu says
ikan ni mahal kot. yg kecik2 pun dlm 1k cam tu. klaw yg besar n warne mas ke mau dlm 20k
Zik says
erm memang mahal giler… better beli time kecik2.. kalau besar.mahal berapa kali ganda tuh…
adamfaiz says
Setelah lebih 6 kali membela arowana sehingga 8 cm pastu mati…dah fobia nak bela..sedih gak kalau sebelum mati tu goreng pun sodap…hehehee
Zik says
goreng pun sodap.. huhu
Busu says
Tempat tinggal aku lebih kurang 1/2 jam dari Bukit Merah,tempat pembiakan ikan kelisa….sekarang dah jadi macam kilang dah kawasan Bukit Merah,bezanya bukan bangunan yg didirikan sebaliknya kolam yang beratus-ratus…..
Ladfe Amir says
Kelisa Tasik Bukit Merah dan Kelisa Sungai Kerian adalah kelisa paling mahal di dunia.
Jika dilihat pada sisiknya ianya memang berwarna emas..daripada kepala hinggalah ke ekornya.
Jasti says
Saya setuju 🙂
zool says
memang best kalau dapat ternak ikan kelisa ni..masyuk tu.
Zik says
nak jaganya… fuh…
paihujey says
tengok jela mulut ikan tu..menjuih jew ke dpan..cam smbong plak ikan ni mentang2 la kuit dia tu lawa..huhu
Zik says
ikan nie bukan sahaja sombong… nak jaga dia.. bukan main lagi…
RedBoys says
siapa yang bela ikan ni memang masyuk. mahal.
Zik says
nampak mudah… tapi bukan sesenang yang disangka…
Fendidahada says
kat rumah aku ade 2 ekor..satu kelisa silver lagi satu kelisa merah..dua2 dah besar…
akubiomed says
Tidak ada plan nak jual?
fendidahada says
tak kot bro..sayang..dari kecik kot bela…hehe
Ladfe Amir says
wau..best tu.. harap umurnya panjang.
jika tidak berminat lagi nak menjaganya..lepaskan aje di lombong.
fendidahada says
hehe…sayang kot nak lepaskan bro…hehe
arrizz says
waa, aku minat pelihara ikan nie..cumenye ikan kelisa g aku tak jumpe..ingat nak cari yang kecik punya..
Ladfe Amir says
yg kecik pun harganya mencecah ratusan ringgit..paling cikai silver aroeana.
iza says
Salam…
Suka jgk bela ikan, tapi ikan puyu je…3 kali bela 3 kali mati sbb tak bagi makan. ingatkan dia nak makan lumut je….
kejam betul…
akubiomed says
Ikan Puyu dan ikan Betuk senang bela. Emak saya bela tidak pernah basuh balang kalau basuh mesti mati 🙂
iza says
A’a…ikan puyu payah nak mati.
apasal la ikan yg saya bela selalu mati?
bekas kecik sangat kot.
tak pun dia boring dok sekor-sekor dalam balang tu….
Dah pernah masukkan kawan tapi salah sekor mesti terluka…
Ladfe Amir says
agaknya tu ikan puyu sama jantina..tu yg bergaduh tu.
ikan puyu kalu bela kat balang, alamatnya besar mcmtu ajelah..tak membesar dah.
puyu yg saya bela..adalah antara kumpulan ikan pertama yg dibela (ambil dari sawah)..juga merupakan kumpulan ikan terakhir yg mati.
pernah juga..saya bela puyu , letak dalam balang tanpa penapis..sampai bertelur dan menetas ribuan anak puyu yg baru, tetapi semuanya dibunuh oleh puyu2 yg besar.
iza says
Lepas ni kalau nak bela puyu, kena carikan akuarium la nampaknya…
Ladfe Amir says
selepas beranak di balang..saya pindahkan semuanya di akurium. tidak beranak lagi, tetapi saiznya tetap sama walaupun kuat makan.
daripada 5 ekor, 2 melompat keluar. hilang tanpa dikesan..tetapi beberapa bulan kemudian, saya menemui keduanya berada di bilik tidur yang berasingan.
puyu yang terakhir mati, barangkali sbb sakit tua.
iza says
Bab mati ni yg sedih ni…
Ladfe Amir says
kawan saya pernah bela puyu dalam tangki air tandas. makan jentik2 katanya.
suri says
nak naik kereta kelisa plk heeee..
Zik says
kereta kelisa kecik sangat… untuk family kecik2 mungkin boleh…
treatmen says
penah tengok satu ikan kelisa arowana ni..memang besaarrr..takut nak pegang. :blink:
Zik says
ikan nie memang main sambar jer apa yang diletakkan kat akauriam dia tuh…
mancai says
pernah bela dulu.. tapi mentenen memang tak tahan… jual semula je.. sekarang ni bela ikan puyu je… huhuhuhu…
Zik says
ikan puyu pun oklah.. kalau tak berkemampuan, baik bela ikan2 yang mudah dan senang nak goreng…
syadiq says
ikan jenis apa
yoy says
mahal kowt..mentenens lagi..kalah jg awek..hehe
Zik says
hehe.. betul tuh.. susah woo nak jaga ikan nie..
riy_burg says
mcm mana nak jaga tu ah?
dnobiz says
dan disebabkan ikan ni juga ramai pelabur yang kerugian berpuloh ribu ringgit :D..
skim pelaburan dalam kolam ternak kelisa
Ladfe Amir says
tu semua skim spam je. sama tipu macam bela kambing..ternak lintah dan burung walit
Jasti says
Salam sedare,
Industri penternakan ikan arowana itew sudah melebihi 30 thn.
Pada peniaga@pelabur harus teliti apabila berurusan dgn pihak syarikat mouth brooders ini.
Banyak kompeni ikan arowana yang sudah stabil dgn perniagaannya.jadi harus berhati-hati membuat pilihan. 🙂
Ladfe Amir says
ikan laga mmg senang nak dibela.letak dlm cawan pun bole hidup lg.
Ladfe Amir says
silap la..terpost kat sini. ingat nak jawab bro Dnobiz punye jawapan.
Ezany-Kun says
kalo beli mahal2 tetiba bisnes rugi.. mau kena goreng ikan ni.. ekeke..
Zik says
goreng jer… takpun jual jer… market memang up harga ikan nie..
Ali ridha says
goreng buat sambal belacan. :w00t:
syadiq says
bt apa buat sambal belacan bt asam pdst lah
Ladfe Amir says
Aku rajin bawak anak2 aku pegi ke kedai ikan bersebelahan Wet World Water Park Shah Alam.
Kat sini memang ada dijual arowana pelbagai spesis termasuk
silver arowana – spesis paling cikai dari sg Amazon Brazil
pearl arowana – spesis dari Australia / indonesia
green arowana – spesis dari Vietnam
golden red tail arowana – spesis dari Indonesia (borneo kalau tak silap)
super red & red Chili – arowana dari Indonesia. spesis ni juga antara yg paling mahal
golden high back – spesis kacukan golden red tail dengan golden arowana
golden arowana – spesis dari negara kita. panjang 6 inci harganya mencecah hampir rm8K dan ke atas.
golden blue base- murah sedikit dari golden arowana..sisiknya berwarna biru keemasan.
paling mahal sekitar rm20K. pure golden arowana.
ada juga yg tidak dijual sekadar display. mungkin saiznya yg sudah besar.
antara yg display termasuklah
pure golden arowana (daripada kepala hingga ke ekor..memang mcm emas).
golden blue base saiz dewasa
golden head arowana – kepalanya nampak macam emas tulin.
golden twin arowana ..kembar siam.
dan
king arowana.. arowana raja yg ada bonggol mcm bonggol unta.
Zik says
terima kasih diatas nota tambahan bro…
hafizan says
kedai kat mana
Norizwan says
Aku tak pernah tgk pula ikan kelisa emas ni…dah tentu mahal giler….sapa la pembelinya erk….untung rr dia…
syadiq says
mmm betul 3
rashid says
wahaha..kawan rumah aku de bela..kecik tapi harga cecah RM80..huhu..memang mahal, tapi dia kata seronok..
Ali ridha says
ikan kelisa boleh membawa tuah
dalam perjudian.kenapa kawan
kalah judi je. :ermm:
syadiq says
engkau percaya sangat pasal ong ong cina buat apa
yuzri says
ikan kelisa ni…bila kita tgk cara dia berenang……pandang kiri pandang kanan..(mcm eksyen ja lebih)……dok kibaih2 ekor…
kaler dia tu…yang bermcm jenis….yang kutulenan pnya…
boleh bg kita inspirasi tuh!!!!
syadiq says
ikan mahal boleh lah berenang macam tu
hadye says
tp ak pliara ikan kap yg besar 7 ekor dgn yg kecil sebesar ibu jari sbnyk 20 ekor…ak smpn kat akuarium yg pnjng 10 kaki,lebar 2 kaki, tinggi 6 kaki…rasanya blh cmpur ka tu ah dgn aruwana..?
Jasti says
Saya peniaga ikan arowana, saya ada lebih dari tiga Puluh kolam.jenis arowana yang kami titik berat kan ialah jenis Malaysian Gold Arowana.lokasi kolam kami di Bukit Merah semanggol,Perak. Ingin tahu lebih lanjut sila layari website kami@ email kepada saya di jasti@gafarowana.com.
Zik says
orait … terima kasih diatas info dan iklan anda…
awal says
anak ikan awana mas selepas menetas brapa harganye
zal says
ak pn minat jgk bela ikn ni,tp tk mmpu nk beli sbb hrganye,,ya allaaahh, mahal nk mamp0s huhu
Zik says
cari kat area kampung ada banyak…
peja says
Ada sape-sape tahu x kat kuantan mana nak cari ikan kelisa
riy_burg says
mcm na mau jaga ikan arwana tu bro?
Zik says
bukan mudah bro…. tapi akarium kena besarlah… dengan kasi makan lipas, ikan kecil pun ok dah