• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / 25 ciri usahawan cemerlang

25 ciri usahawan cemerlang

Zik · Jul 12, 2011 · 22 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

usahawan cemerlang, 25 ciri usahawan cemerlang, usahawan yang  berfikiran jauhUntuk menjadi usahawan yang cemerlang dari segi pemikiran dan tindakan bukan seusatu yang mudah. Kebanyakkan mereka belajar dari pengalaman kegagalan yang banyak mendewasakan. Segala yang dirancang tidak semua itu akan berjaya.

25 Ciri Usahawan Berjaya

Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Tak dapat 25, 10 pun dah cukup bagus. Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan berjaya iaitu:

1. Keperluan untuk kejayaan.

Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat (risk taker)

Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.

3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan.

Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan masalah

Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik

Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari persekitaran yang baik

Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu

Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk kawalan

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain

Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan

Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab

Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan mencuri peluang

Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi

Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan

Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah

Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan

Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat

Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan matlamat

Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20. Ubah suai pentadbiran

Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21. Kemahiran pengurusan

Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Rasa kemanjuran (semangat waja)

Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

23. Kepimpinan

Usahawan adalah pemimpin (boss). Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Kuat berusaha

Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya. Teringat, artikel tuan lebanon yang terpaksa korbankan cuti raya kerana kerjayanya yang perlu diselesaikan demi sesuap nasi.

25. Pandai membuat keputusan

Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan perniagaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

” Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.”

Adakah anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya? Bukan mudah untuk menjadi usahawan yang berjaya. Kita tengok contoh seorang tokoh-tokoh usahawan yang terbilang ini, kejayaan mereka semuanya kebanyakkanya bermula dari bawah. Untuk stage pertama, perlu kasi cukup makan dulu. Dalam tahap pertama inilah kita akan terima pelbagai cabaran dan rintangan. Semoga berjaya!!

Sumber Petikan dari majalah Sukses – 10 September 2009

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Ekonomi, Motivasi 25 tips usahawan yang berjaya, cara nak brejaya dalam usahawan, cara nak jadi usahawan yang berjaya, ciri usahawan yang berjaya, ciri-ciri usahawan yang jutawan, sifat yang perlu ada dalam usahawan

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. muhammad fakhruddin says

    July 12, 2011 at 8:21 am

    Yang ke-26, Ingat Tuhan 😉

    Reply
    • MDHAFiZ.NET says

      July 12, 2011 at 2:19 pm

      sepatutnta inilah yang Pertama..dan bukannya yang terakhir..ehehe…
      btw.. semuanya benar belaka.. 🙂

      Reply
  2. zulkbo says

    July 12, 2011 at 10:16 am

    salam,
    nak capai 3 antara
    10 tu pun susah la
    Zikr..
    🙂

    Reply
    • Zik says

      July 13, 2011 at 1:45 am

      yeker.. takpelah abang zul pun dah otai … hehe..

      Reply
  3. ciksembang says

    July 12, 2011 at 11:09 am

    khairuddin, apa kata kita letak yang Ke1

    Reply
    • Zik says

      July 13, 2011 at 1:58 am

      boleh jer…

      Reply
  4. LiFe KaMi says

    July 12, 2011 at 12:24 pm

    bila la kami ni akan jadi usahawan.
    mmg nak buka juga satu kedai,
    harap suatu hari nant akan berjaya..

    Reply
    • Zik says

      July 13, 2011 at 1:59 am

      Insyallah … kami doakan yang terbaik…

      Reply
  5. akubiomed says

    July 12, 2011 at 4:14 pm

    Sebagai usahawan sentiasa mahu belajar kalau tidak ada kemahiran dapatkan bantuan dari yang lebih mahir. Macam perakaunan syarikat kerana tidak semua kita tahu

    Reply
    • Zik says

      July 13, 2011 at 2:03 am

      multi task… sebab kalau orang akaun mana tahu salah kira, atau ada berlakunya pecah amanah.. kita boleh trace..

      Reply
  6. Wan Gerrard says

    July 13, 2011 at 1:01 am

    fuh masih belum ada ciri-ciri seorang usahawan..cuba nak jadi hehe

    Reply
    • Zik says

      July 13, 2011 at 2:04 am

      selamat mencebrui bidang usahawan..semua boleh ceburinya… walaupun berlainan kepakaran.. yang penting ada semangat dan usaha

      Reply
  7. Hany chery chery says

    July 13, 2011 at 11:15 am

    Sya bminat jdi usahwan..tp cam susah ja..fuhhh! byak gler smpy 25 ciri2..menakutkan..!!! emm rasa2 bley x jadi usahawan pda usia yg masih muda…???? wlaupun msih stdy…agak2 bsnes apa 2…????????

    Reply
    • Zik says

      July 17, 2011 at 12:50 am

      ambil sahaja business yang mudah2.. jual kerepek ker, jual barang2 terpakai.

      Reply
  8. mancai says

    July 13, 2011 at 12:28 pm

    dan jangan lupa beryukur kepada-Nya jika sudah berjaya

    Reply
    • Zik says

      July 17, 2011 at 2:25 am

      ya betul tuh… zakat jangan lupa…

      Reply
  9. InfoBuahPinggang says

    July 13, 2011 at 12:46 pm

    Terima kasih bro kerana kongsikan tip usahawan ni.Ianya akan menjadi satu panduan kepada diri saya untuk juad usahawan terbaik,insyaAllah.

    Reply
    • Zik says

      July 17, 2011 at 2:41 am

      Semoga ianya bermanfaat.

      Reply
  10. Esempoi says

    July 28, 2011 at 6:24 pm

    nak cepat kaya
    jadi usahawan

    Reply
  11. kamal says

    March 26, 2012 at 6:40 pm

    tips2 ini amat berguna untuk saya untuk jadi usahawan yang berjaya.terima kasih

    Reply
    • Zik says

      April 1, 2012 at 10:59 am

      Insyallah kalau kita betul2 mahu berusaha kearah itu…

      Reply

Trackbacks

  1. 25 ciri usahawan cemerlang « news @ yoys says:
    July 12, 2011 at 10:05 am

    […] Read more: 25 ciri usahawan cemerlang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Cara semak status Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat fasa1 2021
  • Semua Cawangan KWSP Ditutup Awal Esok Untuk Penyelenggaraan – Termasuk Aplikasi Mudah-Alih
  • Cara nak claim(tebus) bantuan E wallet RM 100
  • Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa1 mula 24 Februari 2021 -menteri kewangan
  • Live streaming friendly sabah vs kuala lumpur 23.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan Motivasi

Minggu final exam!

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGMinggu peperiksaan sudah bermula!! Salam semua…

Akademik Ekonomi Motivasi

Sajak merdeka 2015, Sehati sejiwa

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGSejak merdeka kembali lagi untuk tahun 2015. T…

Ekonomi Isu semasa

Harga minyak ron 95 turun,rm1.90 seliter 1 januari 2015!?

Share this on WhatsAppKERJA KOSONGYahooooo harga ron95 minyak turun!! Tapi melal…

%d bloggers like this: