Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ikan ketutu, atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmoratus, merupakan tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Habitat utamanya adalah di sungai, tasik dan lombong tinggal.
Nama panggilan lain yang biasa orang kebanyakkan ikan ini ialah Marbled goby atau lebih dikenali haruan hodoh, ikan ubi, ikan hantu, dan macam-macam lagilah!.
Sapa yang suka makan ikan nie?
Kalau dekat Malaysia nie, ketutu sangat popular dikalangan masyarakat cina dan permintaan terhadapnya adalah sangat tinggi apabila menjelang Sambutan Tahun Baru Cina. Hah, masyuk jugak tuh!
Khasiat Ikan Ketutu.
Diantara kelebihan ikan ini ialah mempunyai daging yang manis dan lazat juga halus dan berwarna putih. Kebanyakan penggemarnya mengatakan bahawa daging ketutu mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan tubuh badan.
Disamping itu juga, khasiatnya menyamai khasiat ginseng, lingzhi, madu lebah, spriluna dan lain lain makanan yang ternama dunia. Masakan yang popular bagi ikan ketutu ialah ‘masak kukus halia + bawang putih(steam)’.
Harga di pasaran.
Kalau diukur dari harga, ikan ketutu diantara spesis yang termahal kerana harganya mampu mencecah RM50 hingga RM80 sekilogram bagi ketutu mentah. Manakala bagi sudah siap dimasak pula mencecah RM180 hingga RM200 sekilogram. Masyuk tuh!
Antara faktor yang menyebabkan harga ikan ini melambung tinggi, ialah kerana setakat ini, masih kurang penternak ketutu di negara ini. Walaubagaimanapun, ianya masih boleh didapati di kawasan sungai terutamanya di sepanjang Sungai Pahang.
Dipercayai saiz maksimum ikan ketutu mencecah hingga 7 inci dan berat maksimum mencecah 3kg seekor. Ikan ketutu juga dipercayai hanya aktif pada waktu malam dan akan sentiasa menyembunyikan diri pada siang hari.
Sistem ternakan yang macam ne untuk komersialkan nya?
Memang ada banyak cara, tapi bergantung kepada budget yang ada, kalau aku pakai tempayan jugak nie kang. Ok serius.
- Ternakan kolam tanah
- Tangki fiber glass
- Tangki aquarium
- Kolam konkrit
Anda dinasihatkan apabila menggunakan medium ternakan di dalam kolam tanah disyorkan dengan persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal. Tangki fiber antara kaedah ternakan bagi yang mempunyai kawasan yang terhad.
Sifat agresif ketutu ketika mengambil makanan mendatangkan masalah melalui kaedah ini terutamanya tangki fiber yang berbentuk segi boleh menyebabkan ikan nie sakit, dah terbantut dia punya
Antara modul ternakan yang kebiasaanya orang guna
- Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi
- Mempunyai kadar pencahayaan samar-samar dengan penggunaan tumbuhan akuatik dan plastik hitam sebagai pelindung cahaya
- Ada menyediakan sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh
- Kedalaman air yang sesuai bagi mengekalkan suhu air dan mengejar anak ikan
- Ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor) dalam tempoh < lebih kurang lebih 18bulan
- Kandungan oksigen terlarut DO > 5mg/l untuk memastikan kadar tumbuh pembesaran yang maksimum mungkin.
Makanan
- Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia
- Daging ikan yang dipotong-potong
- Dedak (sila abaikan point ini).
Potensi ikan ketutu di pasaran.
Tak pastila. Tapi kalau ikutkan, ikan ini memang banyak juga permintaan dari luar negara, seperti ikan haruan dan ikan keli.
Namun begitu, namun faktor kadar pembesaran yang lambat, sumber anak benih yang terhad dan diet pemakanan yang sukar dicari, merupakan cabaran yang besar terhadap usaha penternakan pada skala komersial. Tetapi kalau betul serius, semua tak menjadi halangan.
Mana nak dapatkan benih nie ya zik?
Cari je kat sungai-sungai. Ataupun tanya kepada pembekal-pembekal ikan air tawar, kebiasaannya ada membekalkan ikan jenis seperti ini.
Jadi kepada penternak yang betul-betul serius dalam nak mengusahakan ikan ini, disarankan menjalankan pembenihan sendiri bagi menjamin bekalan anak yang berterusan.
Kaedah pembenihan semula jadi dengan formasi induk yang diguna dalam sistem pembenihan ketutu 3: 1 dan 1:2 iaitu 3 induk betina dengan 1 induk jantan diletakkan dalam kolam pembenihan.
Nota: Sedang mencari-cari peluang-peluang pekerjaan kerja sendiri, bulan 11 nie dah hilang status student. Insyallah.
errrr. …
rupa ikan ni macam kulit ular sawa.
berbatik2.. errr…. takot..
mahalnya… nape ek? ape yg cina suke makan mesti mahal?
sedap ikan nih.. orang cakap la..hehe
Orang cina kalau dapat kahwin gadis melayu & masuk Islam, maskahwin nya lagi lah mahal, macam kawan saya muallaf, dia malu nak letak mas kahwin RM300,,jadi dia sebut RM300RIBU tunai,,betul lah andaian U tu.
lambat ikan ni membesar kalau la 3bln je kayo den huhuh
woo….berharga ikan ni.Sumpah tak pernah dengar ttg ikan ni sblum ni….hehehe
nak jaganya memang agak susah gakla bro.. huhu
Aku dulu pernah mancing ikan ni tapi tak pernah makan pula lepas dapat terus bagi kat orang…..pernah makan ke zik? sedap ke? ikan ketutu memang mahal… 😆
tak pernah pun..hehe…
pestime dgr name ikan ni..apsl plik sgt tu ye?hehhe..lps ni kalau p pasar nak try tanya peniaga ikan ada x ikan ketutu ni..:)
bro, lepas ni bolehlah kita ternak ikan ketutu tu.. boleh jadi taukey ketutu kita, 😀
cmna cara nak ternak ikan petutu ne dlm kolam simen ye..spa pnah buat kongsi la sket.mula mula pa yg perlu d buat.dari a to z
Tempat saya banyak ni….
Tapi susah nak dapat yang besar2 macam kat restoran tu….
owh yeke…. lagi besar lagi mahal tuh..
salam..
alahai..apa yang ku tahu
hanya ikan kembung,selar,
keli,ruan..ikan ni biasa dengar
tapi tak teringin langsung
nak rasa memandang
ah la ropenya pelik..tambah
rega pun mahal..he he..
makan kembung je la.. :ninja:
makan mana yang murah dan berkhasiat gitu bro..hehe
erk mcm penah dengar tapi kurang amik tahu sgt.
yg aku taw ikan temenung je..haha :w00t:
hehe… ikan termenung aku tak pernah dengar lah pulak bro… hik2
mcm ikan keli dah je aku tngok. haha. xpnh mkn lagi kowt. hoho. best ek?. kng aku cari. haha
mana ngko nak cari acapz…hik2.. kedai ke mancing??
haha. pyh ke nk cekau?. beli je r klu de. aku ingt nme. haha
rupanya sangat pelik heeee..
pemakanan org cina dgn org mlyu berbeza skit kan heee..
hurm …. cuba la sekali sekala makan ikan nie..tapi nak cari susah juga ya…
cam tak berani makan je ikan camni !
tak berani tak payah makan…makan gcb jerk…hik2..
adik beradik ikan kerapu?
lebih kurang macam tuhla bro…
Khasiat Ikan ketutu & harganya memang terbaek la, heh :tongue:
yeah… ingat aku nak study sket pasal ikan nie….tapi on cost gak nie… kena usahakan nie..huhu
Tak pernah lagi nampak ikan kekutu sebelum ni.. nama pun 1st time dengar.. bagus juga info ni bro..
hurm… tuhla baru je tahu jugak pasal ikan nie bro… 🙂
pernah dengar,tengok real2 tak pernah..masak ape sedap ikan ni,,
masak cili api pun sodap…. 🙂
kalau kat kg aku ikan ubi..betul ke zik? ke lain species nya
betulah tuh bro…sama ikannya…
aku pernah gak dengar pasal ikan ketutu nie… sepupu aku pernah ceriter pasal ikan nie.. dulu dia ada gak bercadang nak ternak, tapi tak tau ler…aku ingat tak menjadi le kot.. kalau dah jadi tentu dah kaya !!! hahahah !!!
kayo2… pakcik kayo…hik2
untuk makan makanan ikan ni, resepi apa yang terbaik? adalah lebih baik kalau tak makan.
masak kukus halia… steam.. nyum2..
wow lengkap gila info nie…zik memang dalam bidang agri and agro culture ke?
takdalah..saja2 cari ikan baru yang tak pernah dengar…
ikan ketutu ni memang mahal hargenya…
ingat nak bela buat makan.. ok gak ..hee
ada cikgu kat sekolah bela ikan ni
harganya memang mahal
payah gak nak bagi hidup dan membesar
banyak cabaran tuh nak bela ikan nie…
kalau ikan ubi aku kenal la..nama ikan ketutu tak femes langsung kat tempat aku..hehe
kat sini panggil ikan bodoh… tak tahu apa pasal bodoh..kesian dia… huhu
Ikan ketutu ni memang mahal.. Org2 biasa tak mampu nak belinya
beli ikan kembung jela..huhu
dulu pernah juga dapat ikan ni masa memancing
memang banyak khasiat ikan ni
kalau buat bisnes ternakan ikan ketutu gerenti balik modal
masalah ikan nie agak susah juga nak belanya tuh..huhu
ikan ketutu.. harga mmg mahal… penjagaan nye tak la serumit mana… cume ikan ketutu ni lambat membesar… makanan bleh bagi anak ikan, ikan potong. dan jugak dedak.. tapi mesti nak kena tahu cara untuk ketutu makan dedak…. bile ikan ketutu dah bleh makan dedak. pembesaran nye hanya mengambil masa 1thn3bln hingga 1thn setegah………
ikan ketutu..dah makan, buat BBQ simple2 je. daging dia mmg manis, halus & kaler putih. hampir sama dgn rasa ikan keli.
harga market mmg mahal tapi haritu saja pegi cuti2 hujung minggu dkt rumah member, ada pulak ketutu dekat tasik bekas lombong bijih timah dkt perak nun. apelagi, sendiri kail sendiri makan la. masa 1st time makan tu mmg taktau pun harga dia mahal dkt market.
wah bestla dah pernah try makan ikan ketutu nie.. yang tulis nie tak pernah makan lagi…
Boleh tahan leceh gak penjagaan ikan ketutu ni erk… tapi menarik untuk dibuat kajian lanjut…
sedang riki2 ok ke tak nak komersialkan ikan nie…huhu.. harap berjaya…
nama pernah dgr, tapi tak penah nampak kot.. wpun kg de air tawar..
jarang ada ikan nie kak…
ermmm ikan yg memang mahal, dan ikan yg susah nak dapat sekarang ni, kalau dulu dalam sungai boleh ler juga dapat, tp sekarang mcm dah pupus jer
hah macam dah pupus…. hurm boleh jadi tuh broo…
macam sedap her ikan ni kalau dimasak madu..huhu..leleh air liur aku..huhu :cheerful:
perghh masak dengan madu…. ayoyooo… manyak syokk..
As-salam Bro…dan selamat hari raya.Dimana saya boleh dapatkan benih ketutu ni….saya tinggal kat kepala batas s.perai utara..kat rumah Pak lah…
pada dasarnya ternakan ikan ketutu ni mudah dalam hal nak bagi dia makan …cuma dalam penjagaan kesihatan/penyakit nak kena belajar dan
ambil tahu lepas tu baru boleh teruskan usaha ternak ikan ketutu ni..
Memang lumayan….
Bro blh tnggl kn no hp…sy area kulim jg ingin berjinak2 dln menternak ikan ketutu..
boleh tahan…
Wahh, bulan 11 hilang status student.. welcome to the real world, zik 😀
insyallah.. harap lulus lah semua subjek semester nie…
sumpah tak pernah den dengo.. macam ulo sawo pulak kulit dia.. hehe 🙂
hah tuhla pasal… sekali macam ulor sawa da…
aku pernah merasa… memang sedap… tapi kena juga dengan cara masak dia.. harga memang mahal.. nasihat aku sesiapa nak buat perusahaan ikan ketutu ni cari dan belajar di tempat yang betul…. takut ada yang tertipu nanti…
erm betul jugak tuh… ada dengar jugak pasal yang kena tipu nie… habis duit…
semacam jer kulit die..hohoho..aku aku mmg tak pernah tgk lagik ikan ni..mahal tuh..
mcm kulit ular sawa…
jika mahu bela..lebih elok kolam tanah berbanding fiber..kerana kolam tanah seperti habitat asalanya. Ikan yang dibela di tempat yang sperti habitat asalnya, kurang stress, maka dapat meningkatkan survivor rate, dan juga pembesaran yang lebih cepat…sekadar berkongsi 🙂
owh macam tuh…. erm betul tuh madlut…
dikolam batu pon blh… yg penting tidak digangu selalu. keadaan sebaiknye gelap… bile keadaan gelap di waktu siang pn blh diberi makan dedak.. anak ikan hidup hanya sampingan.. mudah dipantau jika nak dibandingkan dgn kolam tanah…
Salam bro klau sy bela dlm kolam batu air dya mcm mn plak ea?maksud sy xda sungai dkt rmah..lbh sng..kwsan perumahan just ad air paip..tapak dh ad kwasan rmh corner lot..minta nsihat..dn pandangan..
da ke pembeli di sabah, sya penternak ikan ketutu tp xtau nak pasarkan kemana
kamu boleh pergi jabatan perikanan, tanye di sana sekiranye kamu tak tahu dekat mana nak pasarkan… semoga bejaya
aku ade try bela ikan ni..dalam kolam kanvas je tak besar pown kolam nye..benih beli kat brother simpang pulai.die bg campur ade besar dan kecik sebab die pakai bubu tangkap benih 2,siap hantar lagi harga 3.60..senang je jage ikan ni asalkan jangan ade luke kat badan die kang die taknak makan,lg 1 parasit jd punca ikan ni mati.senang je beli ubat kat kedai ikan setel.makanan lg senang beli tangguk,malam2 cr anak ikan longkang .lani da besar da nak tunggu raya cina je. agak2 tangguk lebeh ikan longkang 2 jual kat kedai ikan ,die amek 1 tin susu 8.00 hahahaha senang giler.nak seribu daya taknak memang banyak alasan.
salam..
saya pernah juga mancing kat kuala sungai, ada sekali tu, air cetek ingatkan nak sauk udang bawah dan celah celah kayu, tapi dalam masa yang sama dapat gak ikan rupanya lebih kurang pesen tu gak. tapi dia hidup air masih/tawar. Betul ke tu ikan ketutu atau belontok…
betul lah tuh… ikan ketutu tuh bro…
bermakna ketutu (belontok) memang boleh hidup dalam air masin dan tawar lah, jadi jika kita ingin memulakan untuk menternak ikan tersebut apa persediaan yang patut ada?
Assalamualaikum…
benih ketutu untuk di jual
saiz 4′ ke 8′
harga RM 4
call/sms 0175297805
Saya ni pemakan ikan,semua jenis ikan saya suka nak makan;buntal,baji,belukang,bulus,salmon,malong,barakuda,layar,todak,paus,jerung,termasuklah ikan ketutu…
aq ade bberpe ekor ikn ketutu @ ubi….besarnye dlm 400 gm k bwah la…kalo spe ade nk bli call lah aq..area alor str kedah…..0142451122
apa ikan ketutu makan sealin dekat atas???
apa ikan ketutu makan selain ade yang kat atas ni??????
banyak.. bagi dedak pun boleh…..
dedak jenis apa???dedak ayam ke???
dedak jenis apa nak bagi ketutu makan???
dedak jenis grobes dan jika blh dicampur dedak grobes besama dedak pengemok. sekiranya ikan dari 4inci hanya megambil masa 8bln sudah seberat setegah kilo. sudah blh dipasarkan..
pasaran dh ok cuma projek belum mula lg
Saya ada bela ikan ini yg saya beli benihnya dgn nelayan yang menangkap guna bubu. Saiznya berbagai. Ikan yang saya bela membesar dgn cepat. Saya beri makan anak udang dan isi ikan tongkol yg dipotong dadu. Harga jualan memang lumayan. Berat ikan saya pernah mencapai 3kilo saekor. Kualiti air perlu dijaga.
bagus tuh..air memang kena pastikan bersih..
Bro,location u kat mana ek.i baru nak berjinak jinak ni,bleh belaja dari u..
bela dalam kolam jenis ape?
kalau 3kilo mau makan bertahun tu..
blh dibela dlm poly tank, kolam batu, dan canvas. pastikan air dijaga… pemknan anak ikan,ikan potong dan dedak. saye rase tak perlu ternak sehinga 3 kilo sbb berat ikan setegah kilo pun dah ada harga, jangka ternak pun cume megambil masa 1thn sahaja…
mahukan benih ketutu hubungi saya. 01119669220. megikut saiz.. (2>2inci setegah rm2).(3>3inci setegah rm3.50) (4>4inci setegah rm4.50) pengangkutan sendiri. pengambilan benih di kota tinggi johor..
saye syorkan jika nak ternak ikan ketutu jgn la sikit2… biar la 1000 benih keatas sbb pembesaranye agak lambat jika sikit ianya munkin tidak bebaloi…. sekiranye 1000 ekor….. setiap seekor seberat setegah kilo smuanya ada 500 kilo kali rm45 jadinye rm22500. ianya megambil masa paling lama setahun untuk mencapai setegah kilo seekor… semoga berjaya…..
kalau nak jual dalam skala
besar susah bro…kena ada deal ngan mana2 restaurant yang serv ikan jenis ni…rstrnt cina la……
ikan ni susah lah nak bela… lambat besar… 1thn setengah fuhh lama nak dapatkan hasilnya… keluar hasil lagi kot hihhi….
kena sabar… huhu
aku selalu dapat iakn ni, berat biasanya dalam 3-6 kg..aku pancing kat sungai Padas Beaufort, Sabah…jual kat kedai cina RM35/kg..tu pun apek cina tu banyak songeh..siap mintak tolak berat tulang lah…kulit lah………aku tak taum pulak ikan ni mahal macam ni??
– skang ni aku ada simpan juga kat umah dalam 40> ekor…purata berat 1-3 kg…..tapi tak pandai membiak…mkin sbb aku tak tau cara nak biakkan,atau..semuanya jantan….heheheee
encik, boleh berikan number teiefon ?
Sy nk bljr ternak ikan ni.ni number fon sy.0123633736.sp2 yg sudi ajar sy blh pm sy.terima kasih.
Benih ikan ketutu liar size 2″-4″ quantity dlm 1kg rm45. Size 4″-6″ quantity dlm 1kg rm55. Size 6″-8″ rm65. Yg berminat boleh call 0192494640 imran