

Tidak seperti ikan laga, ikan gupi ini lebih tampak lebih kecil tetapi keunikan ikan kecil molek ini lebih menarik perhatian buat mereka yang meminati ikan seperti ini.
Nama saintifik ikan ini.
Ikan Gupi (Poecilia reticulata) atau juga dikenali sebagai (Ikan seribu ) merupakan salah satu ikan air tawar yang paling popular dibela sebagai ikan hiasan serta sebagai makanan ikan pemangsa seperti haruan, arowana. Ikan Gupi berasal daripada Brazil, Guyana, Venezuela dan kepulauan Caribbean .
Kenapa mesti ikan gupi??
Selain bentuk badan, ekornya yang cantik, Ikan gupi ini pada mulanya telah diperkenalkan di negara-negara asia untuk mengawal populasi nyamuk terutamanya nyamuk aedes. Nampaknya selain kita bela ikan ini di akuarium, boleh bela di kolam-kolam,
Ciri-ciri khas.
Ikan Gupi yang jantan mempunyai tompok atau belang yang berwarna kuning, jingga, biru, merah , atau hitam (saiznya diantara 2-3cm) tetapi yang betina berwarna kelabu (saiznya diantara 2-7 cm). Ikan Gupi jika dibela dalam keadaan kualiti air kurang baik berserta jika suhu air tiba-tiba naik atau turun akan mengakibatkan penurunan daya tahanan imunisasi terhadap infeksi bactiria merupakan salah satu punca kematian ikan gupi.
Layan video ikan gupi:
Ikan gupi ada banyak jenis.
Sumber wikipedia,
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
Dulu selalu juga tangkap ikan gupi ne diparit ,memang bagus untuk kurangkan nyamuk
betul ker bantu kurang nyamuk? kalau betul aku nak beli nak letak kat bilik sebab x suka guna ubat nyamuk
dulu sy pernah bela ikan gupi.. sangat bahagia tengok ikan ni bertelor
tapi ikan ni sangat mudah mati
yer betul tuh…
klau tak silap saya ikan gapi bukan beranak ker?
Salam;
sedap tak ikat gupi kalau digoreng..??
ikan gupi nih kecik sangat , kang goreng tak tahu ada rupa ke tak??? hehe
Setiap ciptaan Allah bukan sahaja punya keindahan dan nilai estetika sendiri, tetapi berfungsi menyeimbangkan alam ciptaan-Nya.
wasatiah…
dulu aku ader bela, tp skrg da x sebab ikan ni mudah mati, hehe
memang senang matilah ikan nie…
dulu aku sangka ikan ni bertelur
sekali bila diperhatikan, rupanya dia beranak la…
sempat aku rakam dengan video
hehe
wah sempat rakam lagi tuh… upload bro teh. .
ehmm..ikan emas aje aku penah bela dulu. tapi lepas mati..serik dah aku bela ikan. hehe..
ikan emas memang susah nak bela… ikan emas nih memang manja… huhu
gupy memang senang nak bela.nak breed pun senang…
mati pun senang..hehe
salam..
dulu ada bela..beranak pinak
dalam akuarium kecil saya..
sekarang bela ikan besar sikit
ikan apa agaknya …kalau besar sikit tuh..
Saya kurang berminat nak bela haiwan seni macam ni, tapi terpaksa berkorban juga keluar modal beli akurium dan peralatan dmi anak-anak. Nama pun anak-anak, mana serius nak bela akhirnya ikan mati 1 demi 1. Sekarang akurium dan segala alatan dah tolak kat member.
ikan kena jaga betul2… kalau dalam akuarium lah.. kalau kolah, kolam ker.. senang sikit.. tak payah nak tukar2 air…
Dulu siap beli akuarium besar bela ikan Kaloi dan Flower Horn tapi rasa aniaya ikan setiap kali balik kampung terabai walaupun pasang auto feeder.
Sekarang ini ambil langkah tidak lagi mahu membela haiwan kerana bimbang terabai apabila setiap balik kampung. Kalau ada kucing liar bagi makan.
kena letak lumut… takpun kena mintak tolong jiran yang dipercayai bagi makan… erk.. susah juga tuh..
macam ikan lawan je rupa ikan ni…
lebih kurang tapi lagi cantik ikan nih… sebab saiz dia lagi kecil…
saya memang dah jadi hobi bela ikan gapi, dah beranak pinak dah pun, seronok tengok ikan ni cute kecik senang
senang nak jaga dan bagi makan
hari tu ada terjumpa ikan2 ni di Jaya Jusco..waaa,comel sgt..tp akuarium nya je dah RM250. lbih baik beli kucing yg mmg sah2 memahami mnusia.. 😀
kucing dah ada kat umah … masalahnya bila beranak pinak…