Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ikan ketutu, atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmoratus, merupakan tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Habitat utamanya adalah di sungai, tasik dan lombong tinggal.
Nama panggilan lain yang biasa orang kebanyakkan ikan ini ialah Marbled goby atau lebih dikenali haruan hodoh, ikan ubi, ikan hantu, dan macam-macam lagilah!.
Sapa yang suka makan ikan nie?
Kalau dekat Malaysia nie, ketutu sangat popular dikalangan masyarakat cina dan permintaan terhadapnya adalah sangat tinggi apabila menjelang Sambutan Tahun Baru Cina. Hah, masyuk jugak tuh!
Khasiat Ikan Ketutu.
Diantara kelebihan ikan ini ialah mempunyai daging yang manis dan lazat juga halus dan berwarna putih. Kebanyakan penggemarnya mengatakan bahawa daging ketutu mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan tubuh badan.
Disamping itu juga, khasiatnya menyamai khasiat ginseng, lingzhi, madu lebah, spriluna dan lain lain makanan yang ternama dunia. Masakan yang popular bagi ikan ketutu ialah ‘masak kukus halia + bawang putih(steam)’.
Harga di pasaran. [Read more…] about Ikan ketutu