BANTUAN Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019 sebanyak RM100 yang bakal memanfaatkan 1.2 juta pelajar dibayar mulai hari ini 28 mac 2019.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dengan peruntukan RM120 juta, ia akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat bagi mengurangkan beban kewangan pelajar institusi pendidikan tinggi.
Katanya, pelajar yang memenuhi kriteria boleh membuat semakan status kelayakan melalui portal Bank Rakyat mulai hari ini di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt.
“Bagi pelajar sedia ada yang mempunyai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat, bantuan akan dikreditkan ke akaun pelajar mulai hari ini secara berperingkat manakala bagi pelajar yang belum mempunyai kad diskaun itu, permohonan baharu boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai 1 April ini.
“Sekiranya semakan status ‘tiada rekod’ dipaparkan di portal Bank Rakyat, pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pendidikan masing-masing untuk mengemaskini data MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti/e-IPTS (IPT Swasta)/penyelaras agensi yang berkaitan selewat-lewatnya pada 28 April ini,” katanya.
Menurut kenyataan itu, untuk sebarang maklumat lanjut, pelajar institusi pendidikan tinggi boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemberian BPPT 2019 dengan mengakses pautan portal
https://www.moe.gov.my/index.php/pemberitahuan/pengumuman/4994-garis-panduan-bppt2019. (Ada 4 MUKA SURAT)
Baca dan fahamkan dia punya garis panduan yang korang kena ikut , (bagi yang layak).
“Tarikh akhir permohonan BPPT 2019 adalah pada 31 Mei depan dan tarikh akhir pengambilan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat adalah pada 31 Julai depan,” katanya.
BPPT diperkenalkan untuk menggantikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebagai inisiatif mengurangkan beban kewangan mahasiswa. Ada kurang dari kerajaan BN dulu rm 250.00. Sekarang rm 100.00
GARIS PANDUAN PEMBERIAN BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) TAHUN 2019 (seperti yang didalam pdf file link atas tadi tuh.)
1. PENDAHULUAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) pada tahun 2019. Bantuan tersebut akan disalurkan menggunakan mekanisme sedia ada iaitu melalui Kad Diskaun Siswa
daripada Bank Rakyat. Bantuan ini dijangka memanfaatkan 1.2 juta pelajar dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM120 Juta.
2. OBJEKTIF
Pemberian BPPT 2019 adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar.
3. KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima BPPT 2019 ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut :
I. Warganegara Malaysia; dan
II. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada
tarikh 31 Disember 2018 di institusi pendidikan di Malaysia seperti
berikut:
a) Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional , Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
badan-badan profesional di Malaysia;
b) IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang
berkuatkuasa; atau Garis Panduan Pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) Tahun 2019 3
c) Mendapat pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas.
4. KADAR
Setiap pelajar yang layak akan menerima BPPT berjumlah RM100.
5. CARA SEMAKAN KELAYAKAN DAN PERMOHONAN BAHARU
a) Bantuan akan disalurkan kepada yang layak (memenuhi syarat di para 3) mulai 28 Mac 2019 secara berperingkat.
b) Pelajar boleh membuat semakan status kelayakan dan mengisi borang permohonan secara atas talian di portal Bank Rakyat atau di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt mengikut tarikh seperti berikut:
- PERKARA PELAJAR SEDIA ADA
(TELAH MEMPUNYAI KAD) - PELAJAR BARU (TIADA
KAD)/ AKAUN TELAH
DITUTUP - Tempoh Semakan Kelayakan 28 Mac 2019 – 28 April 2019 28 Mac 2019 – 28 April 2019
*Tempoh Pengemaskinian Data sekiranya status “TIADA REKOD”28 Mac 2019 – 28 April 2019 28 Mac 2019 – 28 April 2019 - Tempoh Permohonan bagi pelajar “LAYAK” Tidak perlu memohon/ BPPT 2019 akan dikreditkan ke akaun sedia ada. 1 April 2019 – 30 April 2019
- Tempoh Permohonan bagi pelajar “TIADA
REKOD” Tidak Berkaitan 10 Mei 2019 – 31 Mei 2019 - Tempoh Semakan Status Permohonan Tidak Berkaitan Semakan status permohonan boleh dibuat 2 minggu selepas tarikh permohonan sehingga 30 Jun 2019
- Tempoh Pengambilan kad Tidak Berkaitan Selewat-lewatnya pada 31 Julai 2019
Garis Panduan Pemberian Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) Tahun 2019 4
* Sekiranya pelajar memenuhi kriteria kelayakan menerima BPPT 2019 tetapi semakan menunjukkan status “TIADA REKOD”
- Pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemaskini data di
MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / e-IPTS (IPT
swasta) / penyelaras agensi bermula 28 Mac 2019 sehingga selewat-lewatnya pada 28 April 2019. -
c) Pelajar yang telah membuat permohonan boleh mengambil Kad Diskaun
Siswa Bank Rakyat di mana-mana cawangan Bank Rakyat selepas semakan
status bertukar kepada “BPPT TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SIMPANAN-i BANK RAKYAT ANDA”.
6. FAEDAH PENGGUNAAN BPPT 2019 MELALUI KAD DISKAUN SISWA BANK RAKYAT
- Pelajar boleh menikmati pelbagai diskaun sekiranya menggunakan kad tersebut di premis rakan dagang yang berkaitan. Senarai rakan dagang KPDNHEP boleh disemak melalui pautan http://kadsiswa.infopengguna.com
Leave a Reply