• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / Takrif demam, punca, dan rawatan susulan.

Takrif demam, punca, dan rawatan susulan.

Zik · Dec 21, 2010 · 55 Comments

Share this on WhatsApp

demam, baby demam, si manja demam, musim demam, kenapa demam nie, adik ku demam, baby cute, baby comel,

Bila si manja demam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin disebabkan musim hujan/tengkujuh di hujung tahun ini. Hujan yang kerap berlaku di ibu negara dan negeri-negeri lain, ramai pulak yang demam. Aku nie macam demam, pagi sampai ke petang tidor memanjang.Badan agak lemah.

Apakah itu demam?

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi normal  dalam range 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan peningkatan pada titik set ini mengerakkan ton otot dan menggigil seluruh badan.

Suhu normal bagi yang manusia biasa normal

Suhu tubuh manusia yang normal diatur oleh system thermostat di dalam otak yang membantu suhu tubuh diantara 36.5C dan 37.5C.

Bagaimana Demam Terjadi ??

Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat, penjana utama datang dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama. Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.

Punca demam.

  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,
  • Cirit birit, denggi, dan HIV.
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),
  • Batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah

Tanda dan gelaja orang yang demam.

  1. Badan akan rasa panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat dari seperti baisa
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur (dah ada tuh petanda)
  5. Resah gelisah yang berpanjangan.
  6. Selera makan, hilang.
  7. Menggigil

Tindakan yang perlu dilakukan sekiranya demam.

  1. Biarkan, bagi mereka yang demam itu, berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis.
  3. Minum air sebanyak yang mungkin, air suam pun sudah cukup bagus.
  4. Makan ubat atas nasihat doktor, jangan sembarang jer. (panadol mungkin berkesan).
  5. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.

Apepun, kepada yang demamnya sudah tahap kritikal dapatkan tindakan yang lanjut dari doktor, jangan diambil serius, kerana dikuatiri demam yang lain/sakit lain seperti demam denggi dan demam misteri.

Sumber gambar disini. Sumber info disini.

Share this on WhatsApp

Kesihatan apa kes demam nie?, apakah itu demam, bagaimana demam itu berlaku, bagaimana demam terjadi, berapa ketinggian barrack obama, cara untuk merawat demam selain panadol, definisi demam, demam gambar demam, demam yang teruk berlaku, kenapa demam, musim demam, perihal demam, perkara yang menyebabkan demam, radang apabila demam, suhu normal manusia yang sihat

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Jebat Malaya says

    December 21, 2010 at 8:48 pm

    Kalau demam panas, cikgu aku cakap baringkan pesakit bawah kipas, ps2 curah air…. ps2 pegang tangan dan kaki pesakit…. sekejap je lega….

    Reply
    • iza says

      December 21, 2010 at 9:24 pm

      Betul ke ni???
      tak pernah dgr pun…

      Reply
      • Ladfe Amir says

        December 23, 2010 at 5:30 pm

        insyaAllah ia berkesan.
        ada yg sampai pasal air batu utk turunkan suhu badan.
        yg penting kena ikhtiar

        Reply
    • akubiomed says

      December 21, 2010 at 11:23 pm

      Kurang sesuai cara perawatan kerana ia akan memberi kejutan kepada badan pesakit. Cara yang dicadangkan adalah mengunakan kain basah yang telah diperah dan lap seluruh badan secara kerap πŸ™‚

      Reply
    • Jebat Malaya says

      December 21, 2010 at 11:26 pm

      Aah.. cikgu aku time skolah menangah la ckp.. cikgu sains…

      Reply
  2. iza says

    December 21, 2010 at 9:28 pm

    Salam…
    Selalunya kalau demam, selimut tebal2 bagi berpeluh @ kebah kata org utara. Pastu mesti lega @ surut panas tu, kalau dah keluar peluh.
    Kalau tak jln jgk, makan ubat atau berjumpa Dr.
    Kalau kanak2, jelum dgn daun bunga raya diramas pun ok jgk.

    Reply
    • akubiomed says

      December 21, 2010 at 11:24 pm

      Selemut badan pesakit pun tidak digalakkan sebaliknya pakai pesakit baju yang nipis supaya panas tadi keluar dan kerap minum air

      Reply
      • iza says

        December 21, 2010 at 11:33 pm

        Ya ka?
        Selalunya org demam ni akan rasa sejuk. kalau pakai baju nipis2, lambat pulak nk lega dan tak dpt nk hilangkan kesejukkan yg di rasa tu…
        biasanya buat mcm tu la kalau nk cepat lega.

        Reply
  3. adamfaiz says

    December 21, 2010 at 10:55 pm

    Elok minum air suam banyak2 supaya suhu badan turun…tapi aku sendiri pun kekadang malas.. kalau tak de selera makan, makan buah-buahan, InsyaAllah cepat baik…ok Zik.?..semoga cepat sembuh!!

    Reply
    • akubiomed says

      December 21, 2010 at 11:25 pm

      Betul tu perlu minum air suam dengan kerap

      Reply
      • Ladfe Amir says

        December 23, 2010 at 5:32 pm

        arwah cikgu sains aku cakap mcmtu..minum air suam banyak..senang buang air. air kencing akan kuarkan semua suhu badan panas tu

        Reply
  4. Aretikz says

    December 22, 2010 at 12:25 am

    Kalau demam biasa seeloknya jangan dimanja makan ubat.. tapi kalau dah panas.. memang patut jumpa doktor.. Tapi part paling best.. dapat cuti mc.. haha..

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 12:35 am

      dapat mc memang best.. tapi kalau kerja banyak tuh.. adoii… sedeynya..

      Reply
  5. tehr says

    December 22, 2010 at 1:08 am

    kalau makan aiskrim banyak2, tak bagus ke?
    ~ berbanyak rehat, zik

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 12:39 am

      thank u br tehr.. dah ok sekarang nie..demam piala suzuki lak..

      Reply
  6. azizan4444 says

    December 22, 2010 at 2:51 am

    aku baru je ok dr demam..3 4 hari jgk bertemankan ubat…kena pandai jaga kesihatan skng ni..kdg panas kdg hujan..x menentu cuaca..

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 12:43 am

      tuhla keadaan cuaca yang tak menentu sekarang nie…

      Reply
  7. nadia abdullah says

    December 22, 2010 at 8:10 am

    sy kdg2 guna cara traditional jer…
    1- jelum kepala ngan daun bunga raya yang diramas2 dlm air
    2-jelum kepala ngan air asam jawa
    3-mandi ngan air kundur

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 12:49 am

      terima kasih diatas petua tradisional…

      Reply
  8. mancai says

    December 22, 2010 at 8:25 am

    tu hari aku demam seminggu cuak juga di buatnya… syukur sekarang dah ok

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 12:52 am

      syukran2…

      Reply
  9. alif says

    December 22, 2010 at 8:29 am

    hahahaha dgrlah nasihat doktor kita ini…apa2 yg penting jgn lupa makan ubt

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 12:56 am

      ubat jangan lupa… bila dah semua kita lakukan yang last sekali tawakal….

      Reply
  10. Kamal Mustafa says

    December 22, 2010 at 8:52 am

    Hari nie badan macam tak sedap aje.3 hari kena hujan masam keduri khawin adik. huhuhu

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 12:58 am

      sekarang dah ok lah ek bro…

      Reply
  11. fendidahada says

    December 22, 2010 at 10:26 am

    aku dah seminggu batuk n selsema..demam tu mcm nak kena..tapi tak kena..terasa nak joging je bagi keluar peluh

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 1:04 am

      owh macam tuh… erm dah ok ker belum sekarang nie.. aku dah ok.. cuma demam piala suzuki jerla… hehe

      Reply
      • fendidahada says

        December 26, 2010 at 1:54 am

        belum lagi la zik..tgk la sok g tgk bola..kot baik demam nanti..haha

        Reply
  12. adele says

    December 22, 2010 at 11:46 am

    selalu kalo dmm mmg selubung dlm selimut..biar berpeluh2 n panas akn keluar melalui peluh..mmg lega..demam yg plg sakit setakat ni adalah demam denggi…huhu..xnak dah kena.

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 1:06 am

      uhh takutnya demam denggi tuh..nasib baik dah ok kan.. huhu

      Reply
  13. adele says

    December 22, 2010 at 11:47 am

    anak bro ke tu? serius kiut.

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 1:12 am

      eh bukan la… tak kahwin lagi pun.. hehe.. itu gambar dari rakan blog dia punya anak…

      Reply
  14. dnoBiz says

    December 22, 2010 at 1:46 pm

    Thank Zik,
    aku tak terpikir pun nak cari info pasal demam ni, nasib baik kau kongsi kat sini πŸ˜€

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 1:14 am

      syukran..sempena demam2 nie..sekarang nie dah ok dah…

      Reply
  15. ProfHariz says

    December 22, 2010 at 1:56 pm

    Satu keluarga habis demam.. Dan saya cirit birit 2 hari jugaklah.. Kini alhamdullilah πŸ™‚

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 1:35 am

      baguslah… bro… aku pulak sekarang demam piala suzuki..hehe

      Reply
  16. rusliesophian says

    December 22, 2010 at 6:40 pm

    Salam Zik,

    Demam atau apa saja penyakit berpunca pada sistem immune badan kita yang lemah.

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 1:36 am

      ya betul tuh… mungkin disebabkan anti body dah lemah.. kurang makan makanan yang berzat…

      Reply
  17. Ismail N says

    December 22, 2010 at 7:33 pm

    kalau kanak2 demam ni bahaya sikit, tapi org dewasa shld be ok kot kalau demam biasa.

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 1:47 am

      kanak2 demam.. memang kena aware…

      Reply
  18. RedBoys says

    December 22, 2010 at 9:40 pm

    nice info. thanks for sharing bro.

    Reply
  19. Ladfe Amir says

    December 23, 2010 at 5:34 pm

    thank for this info.
    hari tu anak sulung aku demam. seminggu 3 kali demam. bawak pegi doktor, doktor cakap dia kurang vitamin.

    bila dah kena warning ngan doktor, dia terus tak makan burger yg dia suka makan. terus tidak lupa utk ambik vitamin

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 1:51 am

      keimunan badan jadi lemah kalau tak makan benda2 yang berkhasiat…

      Reply
  20. Anwar Osman says

    December 23, 2010 at 5:47 pm

    Aku tgh demam nie bro. Start Isnin. Esok lega kut. Dah kurang nie. Tapi nie anak aku plak on the way nak demam kat kampung. Sebab ibu dia demam nak tinggal anak kat kelantan dan pi kerja kat sungai petani. Ibu pass demam kat anak kut. Harap2 x jadila bb demam. Ibu dia xpa, nanti ayah balik lega la demam. Hehehe

    Reply
    • Zik says

      December 26, 2010 at 1:55 am

      owh sekarang nie dah ok lah nie kot…

      Reply
  21. Ali ridha says

    December 31, 2010 at 9:58 pm

    alahai si manja ku comel.
    geram rasa nak cubit.

    Reply
  22. muliati says

    January 26, 2011 at 8:18 pm

    tido bwh kipas mmg berkesan… tp x berani sgt nk buat… sejuk gile…

    Reply
    • Zik says

      January 26, 2011 at 8:57 pm

      betul tuh… diri sendiri pun tak sanggup.. sejuk sangat… walaupun pakai selimut…

      Reply
  23. Awieka ayang says

    March 6, 2012 at 1:54 pm

    saya ni jenis jrg dmm..klo satu klrga dmm dr suami berjangkit ke anak lps sorg2 saya alhmdllah mash sihat. Allah Maha Berkuasa..klo la saya pun dmm mcm mna nk jg deme?

    Reply
    • Zik says

      March 12, 2012 at 12:35 am

      takpelah jagalah juga… wlaupun kita sakit ..selagi boleh…

      Reply
  24. sue says

    March 23, 2012 at 9:07 am

    salam…anak sy umur 1 thn 6 bln….dia jarang demam tapi akhir bulan lepas tiba2 demam 2 minggu puas sy bawa ke klinik kerajaan 2 kali ke klinik swasta 3 kali tapi tak baik2 juga….lps 2 minggu tu hantar ke hospital…kena tahan ward 3 hr…selama kat dlm ward tu dia langsung tak demam…bila 1 minggu dia balik rumah kena pulak ke klinik untuk ambil suntikan 1 thn 6 bln….lps suntik tu ada lah demam sikit…tapi sekejap je lps makan ubat dia baik….selang dlm 4 hr demam dia naik tiba2…bawa gi hospital dia elok je demam takde….balik rumah ok balik…..lps tu selang 2 hari demam balik…aduiiii tak tahu nak buat apa…..suhu dia semalam 38.9c….haiii….

    Reply
    • Zik says

      March 26, 2012 at 12:36 am

      saya rasa kena banyakkan berdoa.. apabila kita dah berusaha sebaik mungkin… cuba tanya2 orang yang lebih arif dalam menjaga anak2 nih… pernah tak berlaku macam ini.. cuba tanya rakan2 yang dah berkeluarga… yang lain.. kejadian ini macam jarang2 berlaku.. tapi tak mustahil

      Reply
      • sue says

        March 29, 2012 at 2:45 pm

        terima kasih sbb reply soalan sy…untuk pengetahuan EN..anak saya baru je keluar hospital….dokter dah x-ray dan ambil darah…tapi still tak dapat kesan.cuma diorang cakap anak saya kena jankitan paru2..skrg ni tengah ambil antibiotik selama seminggu…tengok samaada dia masih demam atau pun tidak….sy berdoa sgt2 semoga anak sy sihat je…amin

        Reply
  25. wankuntumsari says

    April 10, 2012 at 9:06 pm

    skang ni den sllu sgt dmam.. blh dikatakan 3-4 bln skli
    . sbb tekann n pnat di tempt keje kot.. tp mslhnya den mls nk mkn ubt.
    da mcm alergik ngn ubt tu.. tgk je da nk muntah.. pe nk wat lg eh? agak2 kalo mtk suntikan ok x? doc bg x? ni pon tgh dmam selsema n batuk lg.. aduii.. x tahan den.. pedh sgguh mata ni..huhu

    Reply
    • Zik says

      April 11, 2012 at 2:22 pm

      boleh jer.. kalau mintak buat suntikan..sebab dari suntikan nih, ubat dia memang berkesan terus… sebab terus masuk dalam badan kita…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss