• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Karangan-Laporan Wabak Penyakit Berbahaya

Karangan-Laporan Wabak Penyakit Berbahaya

Zik · May 13, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

wabak penyakit berjangkit

Selaku pegawai kesihatan di Sebuah Pejabat Kesihatan Daerah, anda ditugaskan untuk melawat sebuah kawasan yang diancam wabak penyakit yang berbahaya.  Anda juga dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap berhubung dengan perkara berkenaan.

Sediakan laporan tersebut.

Jawapan.

Korang kena buat rangka dulu cari point.

Rangka Karangan.


Pendahuluan: menyatakan tajuk laporan — tarikh dan tempat yang diancam wabak demam denggi

Isi 1: diiringi oleh ketua kampung dan Ahli Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung — tujuan — mengenal pasti punca penyakit itu merebak — meninjau tahap kebersihan kampung

lsi 2: berdasarkan tinjauan dibuat — wabak berkemungkinan berpunca dari kawasan berpaya — kawasan persekitaran kampung yang kotor dan banyak tin, botol, dan tayar buruk yang ditakungi air — penduduk kampung tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan tempat tinggal

Isi 3: 25 orang penduduk kampung menerima rawatan — menghidap demam denggi — dua orang telah meninggal dunia — menular ke kampung sebelah

Isi 4: suatu mesyuarat diadakan — mengambil tindakan — mencegah wabak demam denggi — beberapa langkah akan dilaksanakan

lsi 5: sekiranya langkah-langkah yang dikemukakan dilaksanakan — wabak demam denggi ini dapat diatasi — penduduk diseru supaya lebih prihatin akan kebersihan — kesejahteraan hidup

Penutup: pengakuan pelapor — tandatangan — nama jawatan dan tarikh

Laporan Wabak Demam Denggi di Kampung Damai, Kota Tinggi. 

Sebagai pegawai kesihatan, saya telah diarahkan untuk melawat ke suatu kawasan yang baru-baru ini diancam wabak demam denggi, iaitu Kampung Damai. Lawatan pada 12 Februari 2015 itu bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12.00 tengah hari.

Dalam lawatan itu, saya diiringi oleh ketua kampung berkenaan, iaitu Encik Zaki Zainal dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (IKKK) Kampung Damai. Tujuan lawatan itu adalah untuk mengenal pasti punca penyakit itu merebak dan meninjau tahap kebersihan kampung tersebut.

Melalui tinjauan saya, wabak tersebut berkemungkinan berpunca dari kawasan berpaya yang terletak di hujung kampung itu yang ditakungi air setelah hujan lebat beberapa hari pada akhir bulan lalu. Demikian juga dengan botol dan tin kosong serta tayar buruk yang banyak terdapat di sekitar kampung itu, terutama di rumah penduduk dan longkang. Keadaan ini menyebabkan nyamuk aedes membiak. Selain itu, parit besar yang terdapat di hadapan rumah penduduk juga tersumbat sehingga menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar. Tahap kebersihan kawasan ini secara keseluruhannya tidak memuaskan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan sikap penduduk kampung yang tidak peka dan tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat tinggal dan kawasan persekitaran.

Sehingga laporan ini ditulis, 25 orang penduduk kampung ini telah menerima rawatan di hospital kerana menghidap demam denggi. Dua orang daripadanya telah meninggal dunia. Pada hari semalam pula, seorang penduduk kampung bersebelahan pula dilaporkan dimasukkan ke hospital kerana disyaki menghidap penyakit tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa wabak demam denggi telah menular ke kampung yang berdekatan dengan kampung Damai.

Lawatan hampir dua jam itu berakhir dengan mesyuarat ringkas di Balai Raya Kampung Damai. Ketua kampung, anak buahnya, dan saya yang mewakili Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi bersepakat untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mencegah wabak demam denggi daripada terus merebak.

Antara langkah yang bakal kami laksanakan ialah menyembur ubat penghapus nyamuk aedes di kawasan rumah penduduk dan persekitarannya. Pemantauan dan tindakan susulan akan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan semua kawasan bebas daripada nyamuk aedes. Jangan bersikap sudah terhantuk baru tengadah.

Selain itu, pihak kami telah menetapkan tarikh 19 Februari 2015 sebagai hari bergotong-royong untuk membersihkan kawasan Kampung Damai. Pada hari tersebut, suatu ceramah tentang kesihatan dan penjagaan alam sekitar anjuran Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar Daerah Kota Tinggi akan diadakan.

Kesimpulannya, kami percaya bahawa sekiranya semua cadangan di atas dapat dilaksanakan dengan segera, masalah wabak demam denggi ini dapat diatasi. Penduduk Kampung Damai dan kawasan sekitarnya diseru supaya lebih prihatin terhadap soal kebersihan demi kesejahteraan hidup dan imej kediaman mereka sendiri.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,                                                                                                                       13 Mei 2021

_________Sufian_____________

Sufian Suhaimi bin Abdullah.

Pegawai Kesihatan,

Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi.

 

Share this on WhatsApp

Akademik, Bahasa Malaysia Karangan-Laporan Wabak Penyakit Berbahaya, laporang penyakit berjangkit, penyakit berjangkit, wabak penyakit berjangkit

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss