Apakah itu eletrolik?
Ia adalah suatu zat yang larut atau terurai ke dalam bentuk ion-ion dan kemudiannya larutan menjadi konduktor elektrik, ion-ion merupakan atom-atom bermuatan elektrik. Elektrolit kebiasaannya berbentuk air, asam, basa, garam, atau berupa senyawa kimia lainnya.
Senang cerita, di setiap minuman isotonik biasanya tertulis di botol-botolnya (sila rujuk di tepi botol) mengandungi elektrolit. Biasa air yang ada elektrolit macam 100 plus lah. Itu memang ada. Yang lain-lain tuh kurang periksa.Air berkabonat bukan ya!! Itu berapa sudu teh, tak tahulah. Sempena raya-raya nih elakkan minum air bergas. Minum air biasa sudah.
Elektrolit, unsur kimia yang dicampurkan ke dalam minuman isotonik. Ia boleh berupa vitamin atau mineral. Isotonik, ‘iso’-nya sendiri bererti unsur tambahan sepenuhnya larut (tidak mengendap) dalam minuman itu. ‘tonik’-nya, suplemen penambah vitalitas atau daya tahan tubuh.
Elektrolit membantu mengekalkan hidrasi
Proses perpeluhan dalam persekitaran yang panas dan lembap merupakan cara semulajadi tubuh bertindak balas dalam membantu mengekalkan suhu badan pada bacaan 37°C.
Menggantikan elektrolit yang hilang di dalam peluh Elektrolit pada asasnya adalah alat pemancar elektrikal di dalam badan kita. Kita boleh membandingkannya dengan partikel-partikel yang bercas elektrik atau ion-ion di dalam bateri lampu suluh. Keringat yang menyejat daripada kulit kita mengandungi bermacam-macam elektrolit. Terdapat pelbagai komposisi peluh tetapi ia lazimnya terdiri daripada cecair dan elektrolit utama seperti di bawah:
- Natrium
- Kalium
- Kalsium
- Magnesium
- Klorida
- Fosfat
- Sulfat
Sekiranya terdapat kehilangan berterusan elektrolit-elektrolit utama ini, ia akan mendorong kepada penyahhidratan dan strok haba. Lazimnya, badan kita akan melaksanakan pengawalan dalaman elektrolit-elektrolit ini bagi mengekalkan keseimbangan sekiranya berlaku sedikit perbezaan. Digalakkan kita untuk menggantikan elektrolit-elektrolit yang telah hilang ini dengan cara membekalkan tubuh dengan cecair dan elektrolit-elektrolit bagi membolehkan penghidratan semula dengan pantas.
Kepentingan elektrolit.
- Ia juga merupakan yang pertama akan hilang apabila cecair dikumuhkan melalui perpeluhan dan pembuangan air kencing.
- Natrium dan klorida merupakan elektrolit utama badan yang hadir di antara sel-sel.
- Peranan utamanya adalah untuk menyeimbangkan cecair yang sewajarnya dan mengawal pergerakannya (cecair) masuk dan keluar daripada sel-sel. Selain itu juga ia melaraskan tekanan darah, menghantar impuls saraf serta membantu otot-otot anda berehat termasuk otot-otot jantung.
Natrium dan klorida adalah penting untuk pengecutan otot-otot. Ini dapat diterangkan, kenapa sekiranya cecair yang hilang tidak digantikan serta-merta, ia akan menyebabkan kekejangan otot. Kekurangan natrium mungkin tidak akan berlaku tetapi jika itu terjadi, gejala-gejalanya mungkin loya, pening dan kejang otot-otot.
Sebaliknya jika berlebihan, natrium akan dikumuhkan tetapi sesetengah penyakit buah pinggang akan mengganggu pengumuhan natrium di kalangan individu sihat, seterusnya menyebabkan pembendungan cecair dan pembengkakan.
Kalium merupakan elektrolit utama yang wujud di dalam sel-sel badan. Ia juga berperanan dalam mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit. Tambahan pula, ia turut membantu memelihara tekanan darah yang normal, menghantar impuls atau isyarat saraf serta mengecutkan otot-otot. Bagi individu yang sihat, kekurangan kalium amat jarang kita ditemui. Bagaimanapun, sekiranya berlaku muntah dan cirit-birit, badan mungkin mengalami kehilangannya dengan banyak. Antara gejala kekurangan kalium adalah seperti lemah, hilang selera makan, mual dan letih lesu.
Fosforus membantu menjana tenaga di dalam setiap sel tubuh kita dan bertindak sebagai pengatur utama metabolisme tenaga organ tubuh anda. Ia merupakan komponen utama dalam struktur gigi selepas kalsium. Kekurangan fosforus amat jarang berlaku kecuali bagi sesiapa yang mengambil ubat antasid dengan aluminium hidroksida dalam jangka panjang. Gejala-gejala kekurangan termasuklah kerapuhan tulang, kelemahan, hilang selera makan dan kesakitan.
Pengambilannya dalam jumlah yang berlebihan boleh menurunkan tahap kalsium dalam darah, dan masalah yang timbul jika pengambilan kalsium adalah rendah.
Air mengawal proses badan. Ia membawa nutrien dan lain-lain bahan kimia tubuh ke sel-sel badan anda serta menyingkirkan bahan-bahan buangan. Selain itu, ia juga menolong melaraskan suhu badan anda.
Bahan utama di dalam minuman isotonik adalah air. Ia juga mengandungi karbohidrat (glukosa dan sukrosa), natrium, kalium dan fosfat. Dahaga hilang apabila kita minum cukup cecair bagi melegakan rasa kering di dalam mulut dan menggantikan cecair yang hilang dalam bentuk peluh.
Minuman isotonik sememangnya mempunyai peranan di dalam penyimpanan cecair yang anda gunakan dan menggalakkan penghidratan semula.
Bagi memenuhi pengambilannya, minumlah pelbagai jenis cecair sama ada air, jus, minuman isotonik, susu soya dan susu dalam jumlah yang disarankan.
Pesanan untuk diri sendiri dan anda semua.
Sangat penting bagi mengekalkan tahap hidrasi tubuh di dalam iklim panas dan lembap seperti yang ada di Malaysia ini. Tapi sekarang ini, cuaca pun agak tak menentu, kadang-kadang suhu terlalu panas. Yang penting ialah pengambilan elektrolit-elektrolit utama mesti dikekalkan untuk kekal terhidrasi.
sumber 100plus
oh agak unik entri ni. amat bermanfaat untuk pemahaman sepenuhnya, cuma agak panjang. 🙂
kita semua memerlukan elektrolit nih. ni sains darjah 5 ni. hehe..
salam..
suka juga minum minuman ni
yang pasti bila badan rasa nak demam
confirm saya langgah sebotol besar
Kelakar gile unta tu.
“Ana haus , mana minuman isotonik ana” terbahak2 aku
Byk jugak khaisiat 100 plus ni.
Ada orang ckp klu dmm elok minum, tpi ak minum lgi dmm teruk
nk tmbah sikit. garam2 di dlm elektrolit tuh mcm sodium (natrium), potassium (kalium) itu diperlukan oleh Adrenal Gland untuk membebaskan hormon aldosterone di mana ia diperlukan untuk penghasilan tenaga juga.. sebab tuh org kat hospital diberikan air garam (sodium chloride) sebab nak pastikan tenaga itu sentiasa ada.. sekian ^.^
minuman yang wajib bagi setiap atlet terutama bdk2 main bola
badan kita memerlukan juga elektrolik.
ehhmmm…..masa demam dulu ada minum
air jenis ni.
Manfaat betul info ne ,ingatkan elektrolit ne diguna sebai air bateri ..aduii silap2
yelah. cuaca skang ni pun tak berapa elok sangat. banyak perkara la kita nak kena jaga & ambil kira.
kalau demam memang ada doktor cadangkan minum 100 plus ni
aku pernah juga bagi kat anak
Betul tuh bro kalau anak demam saya akan belikan 100 plus supaya dapat memulihkan tenaga dan hidrasi kerana demam panas.
Kalau terkena demam Denggi pun digalakkan kerap mengambil 100plus
Kalau demam atau sakit kepala elok minum 100 plus ni, tapi kena campur air masaklah bukan minum terus dari botol, itu yang doktor bagitau saya.
perfect la bro….tq2, apapun sentiasalah menjaga kesihatan…