Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Drama / Sinopis drama sinar ramadhan untuk amanda, Awal Ashaari, Nina Iskandar

Sinopis drama sinar ramadhan untuk amanda, Awal Ashaari, Nina Iskandar

Zik · May 19, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

sinar ramadhan buat amanda2

Bila kehadiran anak syurga tidak diterima.. semuanya dalam Sinar Ramadhan Untuk Amanda.. di slot cerekarama hari ini 19 mei 2019. Menampilkan Awal Ashaari setelah sekian lama tidak berlakon kini kembali bergandingan dengan Nina Iskandar.

SYARIKAT penerbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd cuba lari daripada kebiasaan kisah kekeluargaan dengan memaparkan kehidupan kanak-kanak istimewa Sindrom Down (SD) yang tidak diterima keluarga dalam telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda.

Karya yang mendapat sentuhan pengarah terkenal, Heykal Hanifah itu bakal menemui penonton Ahad ini, jam 10 malam di TV3.

Heykal berkata, itu pengalaman pertamanya mengarahkan kanak-kanak SD sekali gus memberikan cabaran baharu untuknya dalam berkarya.

“Cerita ini berbeza apabila ia membabitkan watak kanak-kanak SD. Dalam cerita ini, kanak-kanak ini ada tiga peringkat iaitu daripada bayi selepas dilahirkan, berusia empat bulan dan empat tahun. Jadi, proses pembikinan agak sukar dan tertekan.

“Sewaktu kecil, okey lagi. Tapi, ketika usia empat tahun, agak sukar sebab sudah ada pergerakan dan babak dengan pelakon lain.

“Selalunya kita ambil pelakon berlakon menjadi cacat tapi ini berbeza kerana ia memang kanak-kanak SD. Jadi, saya banyak buat rujukan. Terima kasih kepada pihak yang membantu terutama ibu bapa yang memberikan maklumat mengenai kanak-kanak SD ini.

“Daripada situ, saya gunakan untuk dipaparkan dalam cerita ini. Jadi, apabila cerita ini ditayangkan nanti, perkara itu tak ada yang salah. Sebaliknya memberikan ilmu kepada penonton,” katanya.

Menurut Heykal, apa yang penting cerita itu memberi kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai kehadiran kanak-kanak istimewa ini.

“Sejujurnya, cerita ini berkaitan segelintir sikap masyarakat yang tidak dapat menerima kehadiran anak SD dalam keluarga yang juga darah daging sendiri. Sedangkan orang luar dan persekitaran semua terima dengan baik.

“Pendek kata, cerita ini lebih kepada mendidik masyarakat bagaimana nak menerima anak istimewa ini. Kalau ikutkan, memiliki anak sebegini tidak boleh ‘down’. Walaupun pada hakikat iaitu pada awal kelahiran mesti akan ada perasaan itu. Malah, kita ada babak berkenaan.

“Nak dapatkan anak SD tidak sukar. Alhamdulillah, tiga kanak-kanak yang kami jumpa, ibu bapa mereka sangat menyokong. Mereka sendiri yang beria-ia nak membantu cerita ini. Dengan tujuan mereka nak beritahu penonton macam mana mahu menjaga dan apa yang perlu masyarakat tahu mengenai anak SD ini,” katanya.

Telefilem ini menampilkan lakonan Awal Ashaari dan Nina Iskandar sebagai watak utama. Turut berlakon ialah Khatijah Tan, Rahim Jailani, Shazreen Zakri, Faezah Elai serta pelakon kanak-kanak Ariana Mikayla, Arissa dan Lukman Hakim.

Sinar Ramadan Untuk Amanda mengisahkan Sofea (Nina Iskandar) dan Idham (Awal Ashaari) yang berkahwin hampir tiga tahun, tetapi belum mempunyai anak. Ibu Idham, Datin Suraya (Khatijah Tan) mula membenci Sofea.

Tiba-tiba rezeki datang apabila Sofea disahkan hamil. Datin Suraya mula menerima kembali Sofea. Sofea disahkan hamil anak kembar. Perkara ini menggembirakan lagi Datin Suraya. Ketika kandungan Sofea lapan bulan, Idham terpaksa ke luar negara selama dua minggu kerana urusan kerja.

Tanpa diduga, ketika itu juga Sofea bersalin. Malang menimpa apabila seorang bayinya meninggal. Seorang lagi selamat tetapi disahkan mempunyai penyakit SD. Datin Suraya tidak dapat menerima kehadiran cucunya yang diberi nama, Amanda (Naura Arissa, watak empat tahun dan Ariana watak empat bulan).

Pengalaman Nina dan Awal

Sama seperti Heykal, Nina dan Awal juga mengakui itu pengalaman pertama mereka berlakon dengan kanak-kanak istimewa, SD

“Walaupun mereka istimewa, tapi sama saja dengan kanak-kanak normal yang ketika penggambaran, kena ikut ‘mood’ mereka.

“Cuma, kanak-kanak SD memiliki karakter yang menarik. Apabila penggambaran dibuat membabitkan mereka, kami di belakang kamera senyum saja melihat gelagat mereka. Sangat tersentuh dan jatuh cinta dengan personaliti dimiliki. Mungkin sebab tidak pernah ada pengalaman sebegini.

“Kita tahu mereka SD, tapi tak tahu macam mana mereka bawa diri. Sebab tak pernah nak mengenali mereka. Hanya dalam cerita ini kita belajar mengenai mereka. Sebab ada depan mata dan luangkan banyak masa bersama dari pagi hingga malam,” katanya.

Awal berkata, perasaannya bercampur baur apabila menjayakan babak bersama Naura Arissa, 6, dan Ariana yang berusia empat bulan.

“Sebelum ini saya pernah berlakon dengan kanak-kanak normal, jadi sudah biasa. Tapi, berbeza dalam telefilem ini yang mana menampilkan pelakon kanak-kanak istimewa yang dipanggil anak syurga.

“Kebetulan dalam cerita ini anak saya bersama Nina Iskandar dilahirkan SD. Malah, babak bersama bayi pun pihak penerbit mencari bayi yang SD.

“Diakui, bukan mudah nak menjayakan babak bersama. Sebab kita tidak biasa, jadi tidak tahu macam mana nak kawal. Mujur kedua ibu bapa adik Arissa ada di lokasi. Sedikit sebanyak mereka membantu,” katanya.

 

Pelakon Awal Ashaari tidak lama lagi bakal tampil di Slot Cerekarama TV3 untuk sebuah drama terbaru menjelang Ramadhan.

Diberi judul Sinar Ramadhan Untuk Amanda, telefilem itu menampilkan Awal Ashaari sebagai watak penting bergandingan dengan kanak-kanak istimewa down sindrome.

Untuk pengetahuan, ini merupakan pengalaman kali pertama Awal berlakon dengan kanak-kanak istimewa.

“Sebelum ini saya pernah berlakon dengan kanak-kanak normal, jadi sudah biasa. Namun, berbeza dalam telefilem ini yang mana menampilkan pelakon kanak-kanak istimewa yang di panggil anak syurga.

Menurut Awal, proses penggambaran bersama anak down sindrome  tidak semudah yang disangka dan perlukan kesabaran yang tinggi kerana perlu mengikut ‘mood’ mereka.

“Diakui, bukan mudah menjayakan babak bersama. Disebabkan kita tidak biasa, jadi tidak tahu macam mana nak kawal. Mujur kedua ibu bapa adik Arissa ada di lokasi. Sedikit sebanyak mereka membantu.

“Difahamkan, ‘mood’ dan emosi kanak-kanak seperti mereka tidak boleh dijangka. Kalau dia tak nak buat, dia takkan buat. Jadi, kami kena tunggu,” ujar Awal.

Selain Awal Ashaari, Telefilem Sinar Ramadhan Untuk Amanda arahan Heykal Hanifah itu turut menampilkan pelakon Nina Iskandar, Khatijah Tan, Raja Azmi dan Rahim Jailani.

Share this on WhatsApp

Drama Awal Ashaari, Nina Iskandar, SINAR RAMADAN UNTUK AMANDA, sinara ramadan untuk amanda tv3, Sinopis drama sinar ramadhan untuk amanda, sinopsis drama sinar ramadhan buat amanda

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.